Part 6: Mata

89 2 2
                                    

"Nenek! Mayrah dah sampai ni"
Luggage nya diseret masuk ke dalam rumah papan dua tingkat itu sambil dibantu oleh nenek, berat katanya.
Mayrah pantang sekali bau makanan, memang semua benda lain diketepikan dulu. Beg semua dibiarkan di ruang tamu, kakinya lebih utamakan perjalanannya ke dapur. Bau masakan kegemarannya itu sungguh menguji iman! Gulai Lemak Pucuk Ubi!
Pinggan kaca berwarna perak diambilnya di rak pinggan beserta senduk untuk cedok nasi. Seperi biasa, 3 cedokan senduk penuh.
Nak kata gembira, memang gembira. Tapi apakan daya air mata Mayrah tiba tiba mengalir. Gulai lemak dicedoknya lagi. Air matanya jatuh beberapa banyak titis tah ke dalam gulainya.
Matanya merah, hidungnya soksek soksek menyedut hingus dari keluar, air liurnya juga turut tumpas ke tanah.
Satu persatu nasi disuap, berselang-seli dengan tegukan air sirap limau buatan nenek.

Setelah selesai makan, dia beransur ke bilik untuk mengemas pakaian.
"Nenek, harini jom kita pi shopping mall. Baju Mayrah banyak dah lama la nek."
Neneknya menggeleng kepala sambil tersenyum kerana tergeletek dengan aksi cucunya yang tak habis habis nak habis berbelanja.

Di atas jalan tar hitam Kampung Nujum Pak Cengkerik, Mayrah berjalan lintang pukang dengan tangan neneknya dipegang erat. Gembira bagai nak rak. Tapi tu lah, dari kampung nak ke bandar paling tak mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih jugak.
Orang kampung memerhati pelik sikap Mayrah yang hampir tak betul tu.
Ada yang membuat cerita yang bukan-bukan, ada yang pandang tanda tak puas hati.

Perjalanan 1 jam 30 minit itu akhirnya tamat jua. Bas ke Pekan itu berhenti betul-betul di hadapan shopping mall yang diidamkannya. Kaki kanannya melangkah masuk, matanya teliti memandang sekeliling. Jasadnya kaku di tengah-tengah mall. Hatinya tercetus beribu kenyataan. Aku sedih melihat nasib anak muda zaman ini, ya Allah ramai sekali anak-anak hipster. Tudung kau tak boleh atas lagi ke, baju kau kalau boleh nak terselak kasi nampak semua benda. Pakai tudung, tapi seluar singkat nampak betis. Fesyen apakah ini.
Ada hipster kampung, ada hipster bandar. Memang! sekelilingnya hampir semua mengenakan style hipster kolot itu! Lagi sedih, budak budak yang tak matang, hingusan, masih bersekolah rendah juga tidak kurang hebatnya. Adik, baliklah tidur, janganlah menyusahkan mak bapak kau, cetusnya lagi.

Hatinya sedih, jiwanya menangis.
Dilihatnya lagi, masing-masing berpasangan, berpelukan, berpegangan tangan. Saat itu, Mayrah tidak tahan lagi.
Dia terus berjalan ke arah pasangan itu, tudung gadis itu ditarik dengan kuat.
"Gadis murah! Kau fikir kau hebat lah buat macam ni ha!"
'Boyfriend' gadis itu hampir mau menolong, tapi dipandang sinis mata merah Mayrah, terus terhenti langkahnya.

Mata Mayrah mengeluarkan seribu dendam. Tiba-tiba Mayrah tersenyum.
"Nah, kau boleh ambik balik makwe kau. Terima kasih, perempuan"
Mayrah memberi senyuman paling ikhlas kepada pasangan itu.
"Kau gila ke apa!" jerit wanita itu.
Mayrah tidak menghiraukan mereka, tangan nenek dipegang semula dan berlalu pergi. Banyak baju yang dia hendak beli ni!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MATIWhere stories live. Discover now