Bella :
Aku mengaku, aku bersyukur ada Aman. Berbanding kawan kawan aku yang lain. Aku rasa dialah yang paling ikhlas kawan dengan aku." Bella, meh turun makan meh " Pekik ibu di bawah memanggilku turun makan bersama ayah.
Tiba sahaja di meja makan, aku terlihat masak lemak cili padi yang ibu buat. Itu lauk kegemaran Intan.
Harini, tanggal 1 oktober, tarikh adik lahir dan tarikh adik pergi.
Harini, tarikh aku mula berinteraksi dengan makhluk lain tanpa aku sedar
Harini, aku nampak benda lain cuba lindungi aku.
Harini, aku sedar sebenarnya aku dah mengalirkan banyak air mata. Termasuklah sekarang. Air mata aku tak berhenti mengalir melihat Masak lemak cili padi ibu.Satu tahun sudah adik tinggalkan aku.
" Siti "
Satu suara memanggil. Aku senyapkan diri. Aku tahu bukan ibu yang menyebut nama aku.
" Siti ~ " Kalini makin mendayu.
Sial kau boleh masuk rumah aku ke bodoh. Bisik hai kecil aku.
" Mestilah boleh, dinding rumah kau dah rapuh. " Suara itu kembali." Baik kau pergi lah setan, jangan ganggu aku dengan keluarga aku. Jangan sebok hal aku. Jangan berani nak kononnya bantu aku. Aku rak terima pertolongan kau lah setan laknatullah! " Aku bersuara perlahan namun dalam keadaan tegas.
Aku perhatikan ibuku yang sedang menyiapkan sentuhan terakhir sambal ayam. Aku bersyukur ibu dan ayah tidak mendengar suara aku.
Aku tersentak.
Aku nampak adik.
Aku nampak adik kat tingkap masa ibu tengah masak." Bu, " panggilku
" Bu adik bu! Adik bu kat situuuuuuy " Ujarku. Mengalir air mata ku.
Ibu menoleh kepada aku.
Aku tahu ibu tak percayakan aku. Aku pun tak percaya apa yang aku nampak.
Ayah datang dan memeluk aku. Tanpa aku sedar, ayah turut mengalirkan air mata mahalnya. Ibu datang dan memeluk aku. Air mataku mengalir dalam dagapan ibu bapaku.Aku tersentak.
Mataku kini mulai sedar. Itu bukan adik aku. Itu satu lembaga yang menyerupai adik aku.
Bodoh. Kau memang kejam.Kau gunakan kelemahan aku. Aku benci kau syaitan yg direjam! Kenapa aku kena seksa mcm ni? Aku rindu adik.
" Aku dah cakap aku nak lindung kau, kau tak percaya aku. Aku dah cakap elok elok, kau nak aku berkeras juga. " Satu suara yang tah dari mana tiba tiba kedengaran. Aku pasti, ini lembaga yang menjelma jadi Intan.
Aku takkan sesekali ada dengan kau dan dengar apa yang kau cakap. Walau susah mana pun aku. Jangan harap aku akan bergantung kepada kau setan.
YOU ARE READING
Anugerah
Horror" Aku nak adik aku " " Kau kena tunduk pada aku " " Jangan Bella, aku sayang kau. " Ujar Aman