Bab 3

38 1 1
                                    

Aman:
Penat. Tu je yang aku boleh ungkapkan. Aku penat kena hadap semua benda ni seorang diri. Penat kena pendam perasaan ni. Penat kena tunggu bila Kau nak sedar perasaan aki terhadap kau? Penat.

Ya Bella. Aku ada anugerah. Aku diberi kelebihan mendengar setiap bait kata yang keluar dalam pemikiran orang.

Aku rimas.
Namun, seperti yang selalu aku katakan pada kau Bella, ini kelebihan. Bukan musibah atau sumpahan.

Setelah selesai membersihkan diri, aku duduk menghadap komputer riba. Aku boleh dikatakan seorang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling. So, aku lebih gemar membaca kisah dari berita berita tempatan.

Tiba tiba mata aku teralih pada kalendar yang tertera pada skrin komputer aku.

1 oktober.
Patutlah Bella sedih semacam sahaja.
Harini tak banyak benda berlaku pun. Sekadar menghadapi hari hari biasa aku je. Hari hari aku gembira melihat Bella. Dan sedih melihat Bella.

Tiba tiba. Lampu dibilik ku terpadam. Langsir tingkap ku berterbangan padahal tiada angin yang bertiupan. Badanku rasa sejuk lain macam. Skrin komputer ku bertukar dari pink menjadi biru. ( ya wallpaper aku berwarna pink. Aesthatic lah org kata )  aplikasi di dalam komputer riba aku bergerak dengan rakusnya. Aku terlihat  kalendar yang berada di sudut bawah belah kanan, 15 September?. Apa yang?

" Jangan kacau Bella " terdengar suara yang agak menyeramkan
" Jangan kacau Bella. Aku sayang Bella. " sambung suara itu.
" AKU KATA JANGAN KACAU BELLA! " pekik suara itu.

Aku hanya mampu menutupkan kedua dua belah telinga aku. Apakah semua ini? Apa yang telah terjadi? Apa yang aku baru lepas dengar? Takguna. Apa benda ni nak sial?

Aku kemudiannya terlelap di atas katil setelah puas menahan telinga dari terdengar sesuatu yang aku tanak dengar lagi dah lepasni.

Gerun.
---------------
6:25 pagi.
Aku terbangun.

Sejurus selepas aku solat subuh, aku baring sambil melihat telefon bimbitku.

Notifikasi aku mula melebarkan senyuman aku
" Good Morning Prince Katak Buruk " - Bella.

Hahaha tak guna dia gelarkan aku buruk. Tanpa membuang masa aku terus menaip satu ayat baharu. Aku dengan dia sudah biasa ber flirting flirting mcm ni. Tapi dia sikit pun tak rasa apa apa.

Hahahah. Nak buat macam mana? Hati dia pun sedang berbunga memikirkan member aku si Farid.

" Good Morning my deer. " - Aku
Yup. Rusa. Sengaja aku biarkan dia pula yang tertawa. Atau mungkin mengukir senyuman? Entahlah. Aku pun tak faham perempuan ni macam mana.

Phone ku bergetar
Bella : jom jog, aku nak kurus.
Aku : malaslah, kau tu dah gemuk, biarjelah gemuk
Bella : Bodoh lah kau. Siapa ajar kau gemuk kena terus jadi gemuk?
Aku : Hahahahah. Yalah deer, tunggu kat park. Jangan lari dulu.
Bella : Okay baby ❤️

Takguna. Dia selalu buat aku cair sebelum aku cairkan dia. Apa apa pun aku kena bersiap.

Aku mengenakan pakaian berwarna hijau. Dan seluar jogger pants ala ala adidas tak ori.
Rambut?
Aku biarkan sahaja tak bersikat. Malas pula. Aku hanya menggosok rambut ku dengan tangan tanpa minyak. Kadang kadang aku pun pelik, apa function aku beli minyak rambut tapi tak guna? Ah, biarlah. Cermin mata ku dicapai.

Aku keluar melalui pintu depan, mengenakan kasut adidas mahal. ( RM60 mahal lah tu ). Dari luar aku jerit pada mamaku " Ma! Orang nak gi jog dengan Siti tau! " pekikku.

Mama yang sedang menyiapkan sarapan membuat tanda ' okay ' dengan senyuman yang manis.

Ok dah ada keizinan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AnugerahWhere stories live. Discover now