Perasaan

34 1 0
                                    

Pernahkah?
Kau terfikir walau sekali
Ada yang tersenyum riang
Dengan hanya memandangmu

Pernahkah?
Kau membayangkan
Ada yang gembira seharian
Hanya kerana terlihat
Walaupun kelibatmu sebentar

Pernahkah?
Kau bayangkan perasaanku
Menahan rasa di hati
Takut menanti jawapan darimu
Andai kau tahu..
Akulah yang menyukaimu

Maafkan aku
Menyeksa dirimu
Kerana satu fakta
Kau tahu ada yang suka padamu

Kau juga harus tahu
Aku juga terseksa memendam
Kerana takut
Apakah jawapan
Yang bakal kau lontarkan

Andai perasaan kau juga sama seperti apa yang aku rasa..

Coretan HatiWhere stories live. Discover now