Hati Aku

20 1 0
                                    


Aku hadam nasihat kawan
Aku cuba untuk bertahan
Kau pula hanya senyap

Terlalu sukarkah untuk kau
Berikan jawapan
Hanya Ya atau Tidak
Itu saja yang kuperlu

Sebulan itu singkat
Tetapi kenapa kurasakan
Bagai setahun menunggu

Jika tak suka lepaskan
Jika suka sila luahkan
Hatiku ini rapuh
Sudah terlalu banyak
Luka dan parut
Tak sanggup lagi aku
Jika hancur sekali lagi

Aku tahu
Kau juga butuh waktu
Kau juga harus tahu
Kau bolak balikkan hatiku

Andai sudah terlanjur sayang
Bagaimana harusku undur?
Andai terlalu menaruh harapan
Bagaimana harusku berhenti?

Tidak mahu lagi aku sakit
Terluka kerana seorang insan
Yang aku gelar lelaki

Coretan HatiWhere stories live. Discover now