Lampu elektrik sudah dinyalakan sejak sebelum subuh. Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Indah Permai yang gelap gelita itu menjadi terang benderang. Ramai antara kami yang menghuni asrama itu bingkas dari tempat tidur masing-masing. Kami tidak dapat tidur nyenyak semalaman, bermacam macam fikiran datang bermain di kepala, disebabkan keghairahan untuk balik ke kampung halaman masing-masing.
Nama aku Mohammad Hafizi Khairul, pelajar tingkatan 4 di sekolah ini. Aku dimasukkan asrama kerana jarak antara rumah dan sekolah adalah sekitar 38 Kilometer memandangkan sekolah ini adalah sekolah yang paling hampir.
Aku bersiap-siap dan mengemas pakaian dan barang-barang sebelum aku menjejak ke pondok pengawal untuk mencatat nama sebelum pulang ke kampung halaman tercinta. Sejak terjaga daripada tidur, ingatanku sudah melayang jauh ke kampung. Wajah emak yang tersayang bermain di kelopak mata. Perasaanku berbelah bahagi. Di samping aku gembira dapat pulang menemui ibuku, aku juga sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawanku, terutamanya dengan Harzul Idham,kawan sekelasku yang memahami dan menghormatiku selama ini.Wajahnya juga turut bermain di kelopak mataku.Ketika itu juga aku teringat sesuatu semalam , borang yang Syedqhie beri , borang untuk program Qiamullail Perdana yang diadakan di Masjid Nurul Imaan berdekatan dengan kampung halaman ku .Syedqhie ialah kawan sekampungku yang sama-sama bersekolah di SMK Indah Permai , dan kebetulan pula kami tinggal sebilik di Asrama . Aku cuba mengingati perbualan kami di koridor asrama semalam.
"Fizi,tunggu jap." Syedqhie memanggilku .
"Hah,ada apa?" balasku.
"Ni, aku nak bagi kau borang program Qiamullail Perdana ni, dekat je dengan rumah, sama-sama kita ikut, nak bagi kau bertaubat sikit " Syedqhie mengusikku .
"Program Qiamullail?" ujarku, kehairanan.
"Laa, takkan tak tau?" Memang kau ni nak kena penangan roti canai aku." Syedqhie terus mengusik.
"Heh." jawabku,sinis.
"Hah, dahlah tu,nanti kita pulak bertekak malam-malam buta." kata Syedqhie.
"Yelah, nanti aku fikir-fikir, dahlah, aku ngantuk ni." Balasku sebelum masuk ke bilik .
"Hafizi!", lamunanku terhenti apabila Syedqhie memanggilku. Suaranya yang lantang dan nyaring mendapat perhatian ramai membuat aku sedikit malu.
"Bas datang awal pagi ini. Ayuhlah cepat! Mari kita sarapan." Kata Syedqhie .
Aku dan Syedqhie berjalan menuju ke dewan makan, sarapan terakhir di asrama sebelum bermulanya cuti semester selama dua bulan. barang-barang sudah kami susun atas katil supaya tidak ada yang tertinggal ketika kami berangkat meninggalkan asrama.▪ ▪ ▪
"P i i i n n...pinn!"
Kedengaran bunyi hon bas yang baru sahaja datang memecah suasana sunyi di persekitaran asrama. Pelajar-pelajar lain mula berkerumun di bahu jalan berhampiran dengan pondok keselamatan asrama. Aku dan Syedqhie pun mengangkat barang-barang yang hendak diletakkan di dalam Tempat penyimpanan barang yang telah disediakan. Aku mengambil tempat duduk sebelah dengan tingkap dan syedqhie duduk di sebelah aku. Senyuman akhirnya meniti di bibir tatkala bas sudah mulai meninggalkan pekarangan asrama."Senyum sakan aku tengok kau ni,kenapa?" soal Syedqhie.
"Yalah, tak sabar jumpa emak." Balas Aku .
"Hm yalah, eh kau jangan lupa hadir program tu." ujar Syedqhie.
"Yalah, nanti aku fikir-fikir nak ikut ke tak." Balas aku selamba.
"Pastikan kau turut serta kalau kau tak nak penyesalan yang tiada pengakhiran." Usik Syedqhie.
Aku hanya memberikan senyuman hambar dan meneruskan lamunan yang bermain-main di fikiran sehingga terlena.
Setelah hampir 30 minit, aku pun terjaga dari tidur dan menyedari bahawa bas telah pun sampai ke kampung halaman tercinta. Aku lantas mengejutkan Syedqhie yang masih lena dibuai mimpi. Kami diturunkan berhampiran dengan tempat perhentian bas tidak berapa jauh dari rumah aku.
"Akhirnya dah sampai,yeahh!" ujarku penuh semangat."Kau boleh sabar tak? Kau dahlah kejutkan aku macam ada gempa bumi tadi." balas Syedqhie.
"Hehe,tu pun nak marah ke,nanti kau tak handsome macam Syah Inteam dah."
Syedqhie menjuih bibirnya sebagai tanda malas melayan karenah aku. Syah Inteam memang menjadi idola Syedqhie sejak dia berjinak-jinak dalam mendengar lagu-lagu nasyid. Kami berbual sebentar sebelum aku masuk ke pekarangan rumah. Rumah Syedqhie terletak beberapa meter dari rumahku. Aku melambai ke arahnya sebelum aku mulai melangkah masuk ke halaman rumah dan memberi salam.
"Assalamualaikum." Ujar aku."Waalaikumussalam, eh Wan dah balik! Masuklah." Sahut mak penuh gembira.
Wan adalah nama panggilan aku semenjak kecil yang diberi oleh arwah datuk kerana aku sangat minat menonton rancangan memasak yang dikendalikan oleh Chef Wan.
Aku menyalam tangan emak yang sedikit basah kerana emak baru sahaja selesai menjemur kain yang baru dibasuh di ampaian rumah.Aku mengangkat barang-barang yang agak banyak dan diletakkan ke dalam bilik sebelum duduk di sofa.
Sebentar kemudian emak datang dengan membawa secawan Nescafe 3 in 1 lalu duduk di sebelahku."Anak emak sihat? Macammana dekat asrama?" Emak membuka perbualan.
"Alhamdulillah sihat. Dekat asrama ok je emak, prestasi peperiksaan pun makin meningkat." Ujar ku.
"Alhamdulillah syukurlah, sejuk perut mak mengandungkan kamu." Emak mengusap rambutku perlahan.
"Emak sihat? mana adik dan ayah?" Aku mencari kelibat mereka namun tidak ada.
"Emak sihat cuma penat sikit sebab adik kau ikut perkhemahan, Ayah kau pula kerja malam. Balik rumah terus tidur. Takde yang tolong emak ni kemas rumah." Sahut emak.
Adikku bernama Mohammad Hafizul Khaizan berumur 11 tahun dan bersekolah di sekolah yang terletak di hujung kampung ini. Ayah pula dikenali sebagai Pak Uteh atau nama sebenarnya Zakaria Hussein, bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang sama tempat adik belajar.
Setelah aku menghabiskan Nescafe 3 in 1 itu, aku meminta izin emak untuk membasuh cawan tersebut sebelum masuk semula ke dalam bilik.
Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, telefon pintarku mengeluarkan bunyi menerima pesanan dari aplikasi Whatsapp."Aduh, siapalah yang kacau aku. Orang baru nak tidur." Aku merungut sebentar sebelum mencapai telefon pintar ku yang berada di bucu katil.
"Wan, kau jangan lupa program tu. Kau kalau aku tak ingatkan memang tak pandai ingat." Aku membaca chat yang dihantar oleh Syedqhie.
Syedqhie memang kenal perlakuan aku yang jenis sedikit pelupa. Lagi-lagi perkara yang aku anggap tak penting.
"Huhh!" Aku merengus kasar. Tidak semena-mena fikiranku kembali mengingati perkara tersebut.
Telefon pintarku berbunyi. Pesanan dari Syedqhie lagi."Nak pergi ke tidak?"
Aku hanya membiarkan soalannya tidak terjawab dan terlena dibuai mimpi senja.
▪▪▪
Akan bersambung part 2 , vote dan komen mana-mana yang patut yaa
DMRashidi10
YOU ARE READING
Hidayah Untukmu
SpiritualAku hanya seorang manusia biasa yang alpa dengan hiburan dan kelalaian , secara tidak langsung aku menemui cahaya hidayah yang entah datang dari mana . Yang aku ketahui , hidayah itu milik Allah dan ia datang dengan kehendak Allah !