5 | Sedar

22 3 0
                                    

Sesi pendaftaran telah tamat , Aku dan Syedqhie menyimpan beg dan barang mandi di tempat yang telah ditetapkan oleh AJK Program . Kami pun bergegas menuju ke tapak untuk para peserta berkumpul iaitu di hadapan perkarangan masjid.

Aku mencuit bahu Syedqhie sewaktu kami sedang menuju ke tapak berkumpul.

  "Kau tahu tak tadi , aku asyik dengar dari peserta-peserta lain antaranya sekolah di tahfiz dan pondok, aku rasa meluat!" Kataku sinis, dengan riak wajah seakan ingin muntah.

"Kenapa pulak?" Soal Syedqhie ingin tahu.

"Aku rasa diorang ni penuh kepuraan, hipokrit. Semua perkataan nak kena bubuh insyaAllah lah, MasyaAllah lah , SubhanAllah lah." Aku menjawab pertanyaan Syedqhie.

"Sama lah dengan budak bajet warak dekat sekolah kita dulu, depan ustaz ustazah punya main baik, insyaAllah lah apa lah, bila dah keluar kelas PAI, hilang terus kewarakan!" Sambung Aku.

"Tapi kan Fizi," Belum sempat Syedqhie mengulas tuduhanku , Pengumuman dari pihak urusetia untuk berkumpul di tapak program dengan segera bergema memecah suasana hening petang. 

Kami pun segera menuju ke tapak program, Syedqhie terpaksa menyimpan hasratnya untuk berbincang mengenai tuduhan aku yang tidak berasas dan hanya penuh dendam, sesuatu yang aku simpan sehingga menjadi luka, semakin lama semakin parah, dibiarkan menjadi sembilu yang menyerang kalbu, persepsiku terhadap golongan "bajet alim" ini.

"Sedangkan batu yang keras dapat dihakis oleh air yang terus mengalir, inikan pula hati manusia?" bisik Syedqhie dalam hati.

●●●

Program ini dimulai dengan slot "Ice Breaking". Slot ini bertujuan untuk para peserta berkenalan antara satu sama lain dan memecahkan tembok di antara mereka agar konsep ukhuwwah dapat diterapkan.

Moderator program ini bernama Abang Burhan. Dia menerangkan kepada semua peserta tentang apakah itu Ta'aruf, Tafahum dan Takaful.

"Adik-adik yang abang kasihi, slot ice breaking atau sesi suai kenal adalah bertujuan untuk para peserta lebih mengenali antara satu sama lain serta berkenalan dengan abang dan kakak fasilitator yang berada di hadapan adik-adik semua."

Aku mengerling setiap susuk tubuh para fasilitator yang berada di hadapan sebelum kembali fokus kepada abang moderator tersebut.

Abang Burhan membahagikan peserta yang berjumlah 52 orang terdiri daripada 24 lelaki dan 26 perempuan. Istilah yang terpakai bagi lelaki ialah muslimin manakala perempuan ialah muslimat. Kami dibahagikan menjadi 4 kumpulan muslimin dan 5 kumpulan muslimat.

Aku berada di kumpulan yang kedua seramai 6 orang. Aku tidak mengenali seorang pun kerana rata-rata mereka berasal dari kampung seberang. Semua fasilitator masuk ke kumpulan masing-masing dan Aku melihat seorang pemuda berkulit cerah dan berjanggut tipis menghampiri kumpulan kami sambil mengukir senyuman.

"Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh."

"Waalaikumussalam." Jawab kami serentak.

"Lain kali jawab penuh tau, biar kita semua dapat pahala lebih, hehe." Abang fasilitator memberi teguran lembut.

Kami semua mendiamkan diri dan mengangguk sebelum dia mengarahkan kami duduk dalam satu bulatan dan dia memulakan perbualan.

"Bismillahirrahmanirrahim, adik-adik sebelum kita mula, jom kita bertaaruf dahulu. Nama abang, Naim Zulfikar dari Kota Marudu Sabah, Abang berumur 23 tahun dan sedang menyambung pelajaran di UiTM Kota Kinabalu. Hobi abang duduk tengok pemandangan hijau sambil baca buku, sebab rasa tenang sambil zikir-zikir, ilmu senang masuk, Abang suka warna hijau,hehe."

Abang Naim memulakan perbincangan, aku fokus mendengar dan bertanyakan satu soalan.

"Bang, kenapa bagitahu warna kegemaran ?" Soalku penuh kehairanan.

"Dik, benda benda biasa begini lah nanti bila kita dah kenal sahabat kita, perangai mereka dari A sampai Z, benda sekecil inilah yang mampu membuat sahabat kita gembira." Abang Naim menjawab sambil tersenyum manis.

"Nama saya Mohammad Hafizi Khairul, umur 16, tinggal berdekatan sini, hobi main telefon, warna kegemaran? I have no favorite in particular. But if I have to choose, I will choose black."

Aku cuba untuk menjadi sedikit 'peramah', memandangkan aku menjadi sedikit retorik pada diri, tapi aku juga sedikit sebanyak mula berjinak-jinak dengan persekitaran 'bajet alim' ni.

"Hmm hitam?" Abang Naim mengulang  kenyataanku sebentar tadi.

"Ha'ah bang, hitam. Saya suka hitam sebab.., tak tahu kenapa, akhir-akhir ni warna ni sangat menarik di pandangan."

Abang Naim hanya berdiam sebelum memberi isyarat tangan untuk menyambung sesi perkenalan.

"Nama aku Salman bin Din, tinggal di kampung sebelah, hobi saya menuntut ilmu bang..,sebab saya suka nak belajar benda baru, warna kegemaran saya warna putih." Seorang peserta menyambung perbualan untuk memperkenalkan diri.

"Putih? menarik." Abang Naim memandang wajah peserta yang memperkenalkan diri sebagai Salman itu.

"Selalunya orang yang suka pada warna putih, dia selalu bersangka baik kepada orang. Benda yang paling signifikan adalah sifatnya memang sangat baik." Ujar Abang Naim.

Salman hanya mengukir senyuman, tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan.

"Nampaknya takdir berjalan indah, sebab Allah dah susun cantik dah, cuma kita yang akan mencari hikmahNya yang tersisip nanti..., Salman dan Hafizi ni akan jadi sahabat karib nanti, hehe." Abang Naim memandang Aku dan Salman yang masih keliru.

"Saya sebenarnya nak cakap sesuatu, terus terang saya memang 'anti' sikit dengan watak pemakaian kopiah dan tudung labuh ni bang, sebab diorang ni buat saya meluat, berlagak suci dan maksum! Saya minta maaf kerana bercakap begini tapi , kami berdua tak akan menjadi sahabat." Aku sedikit beremosi.

Abang Naim tersenyum mendengar kata-kata yang ku sangka menusuk ke dalam hati.

"Hafizi, abang dah selalu dah jumpa orang, banyak ragam. Tapi tak ada yang pernah berterus terang macam Fizi. Tapi percayalah, ada hikmah kenapa Allah pilih kamu untuk ikut program ni. Boleh jadi apa yang kamu suka bukan yang terbaik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu tak suka, itulah yang terbaik buat kamu." Kata Abang Naim, dengan nada yang tenang.

"Sekalipun apa yang dilakukan oleh orang itu salah dan berdosa, jangan dihukum pemakaiannya kerana itu adalah benda yang betul dilakukan. Tudung labuh, stokin, handsock, semua itu adalah benda yang baik dan patut dicontohi. Abang tak tahu apa sejarah kamu sehingga anti dengan orang macam ini. Tapi satu saat nanti, kamu akan berubah persepsi." Abang Naim menyambung.

"Macammana abang boleh begitu yakin?"

"Setiap kata-kata itu akan diuji, oleh itu jangan terlalu membenci, Hafizi."

●●●

Hidayah UntukmuWhere stories live. Discover now