Jam 8.00 Pagi, Aku terbangun dari tidur ku yang lena kerana sudah menjadi satu kebiasaan untuk aku terjaga pada waktu seperti ini , kerana aku tidak sembahyang subuh.
"Abang."
Aku mengangkat pandangan. Adik memanggilku kerana ingin bertanyakan sesuatu, penting katanya.
"Kenapa?" Soalku.
"Adik nak tanya ni, kenapa kita perlu menyembah Allah sedangkan adik belajar yang Qada dan Qadar sudah ditetapkan, ada yang ditakdirkan masuk neraka dan syurga." Adikku menyoal.
"Kau ni, aku dahlah baru saja terjaga dah ditanya soalan begini. Jangan tanya aku, aku bukan ustaz mahupun ulamak, tugas untuk sampaikan benda ni adalah kerja diorang." Ujarku penuh selamba,dan sinis. Tak semena-mena ingatan ku kembali mengingati seorang rakan sekolahku yang aku gelar 'bajet' alim dan warak.
Sejak dari dahulu lagi aku anti dengan golongan 'bajet' alim dan warak ni. Setiap kali benda yang aku buat mereka akan tegur. Setiap kali itu juga aku naik angin.
"Cerminlah diri sendiri, kau pun buat benda sama juga dulu!" Tempelakku.
Azim hanya mengukir sebuah senyuman dan berlalu pergi. Azim adalah rakan sekolahku yang berlainan kelas. Dia terkenal dengan budaya usik mengusik dan mengejek orang ramai di sekolah dahulu. Sehingga menjadi pelajar yang tidak disukai pelajar, dan guru. Tetapi selepas sahaja cuti beberapa minggu semester awal tahun. Aku mula nampak sedikit perubahan secara berperingkat dalam dirinya. Daripada menjadi seorang yang suka mengejek dan seorang 'saiko' sehinggalah menjadi orang yang sangat disenangi rakan-rakan pelajar dan juga guru.
Dia menegur dan menasihatiku sewaktu aku ber'dating' dengan Ika tempoh hari sewaktu kami sedang berdua-duaan di padang sekolah.
"Ya memang aku tak sempurna dan aku layak untuk cermin diri sendiri kerana betapa teruknya aku dahulu. Tapi itu tak bermakna aku tidak mampu untuk berubah. Sebenarnya Fizi, jika kita hendak cermin diri sendiri, sampai bila kita nak tunggu jadi sempurna barulah kita dakwah orang? Perbaikilah diri dan ajaklah orang lain. Aslih Nafsak Wad'u Ghairak." Azim berhujah dengan tenang dan berhikmah.
"Ah, aku taknak dengar bebelan kau kat sini, baik aku berambus." Jawabku lalu mengangkat kaki.
Ika hanya berdiam diri dan menganggukkan saja perbuatan ku. Riak wajahku seakan tidak kisah dengan kata-kata Azim sebentar tadi, tapi jauh di sudut sanubari, ia memberi impak yang mendalam, membuatkan dendamku padanya kian membara. Sejak itu aku anti dengan golongan yang aku katakan ini.
Adik mencuit bajuku sehingga aku terbuai dari lamunan yang mencetuskan ingatan yang,..menyakitkan hati.
"Abang Wan tahu ke tak?" Soal adikku .
"Tak." Jawabku.
"Abang ikut program tu kan? Tolonglah tanyakan pada ustaz-ustazah dekat sana nanti." Rayu adikku.
"Yalah." Jawabku, longlai.
Tanpa berlengah, aku terus mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi dan bersiap-siap untuk ke program.
•••
Setelah selesai semua barang kelengkapan dikemas, aku meminta izin Emak untuk ke tapak program. Setelah beberapa minit, aku pun tiba di perkarangan masjid. Seorang lelaki berkopiah menyapaku. Raut wajahnya tenang dan terdapat jambang yang kemas menghiasi wajahnya. Dia mengukir senyuman dan mempelawa aku untuk ke kaunter pendaftaran sebelum kami menjamu sarapan pagi.
"Adik asal sini?" Soalnya memulakan perbualan.
"Ya, rumah dekat saja dengan masjid bang." Jawabku selamba.
"Nama abang, Azrin, panggil Abang Azrin atau Abang Rin,nama adik apa?" Dia memperkenalkan diri dan bertanyakan namaku.
"Hafizi,Mohammad Hafizi Khairul, boleh panggil Fizi." Jawabku sebelum mencapai cucur udang yang masih panas.
"Abang asal mana?" Aku berbasa-basi.
"Abang asal Selangor, jauh datang sini, hehe."
"Jauh ya bang? Sanggup datang sini."
"Sanggup, sebab dapat banyak gaji."
"Gaji? Siapa yang bayar?"
"Allah."
Aku kebingungan. Dia seakan mengerti dan menyambung kata-katanya.
"Allah bayar gaji dengan pahala yang berlipat-ganda kepada orang yang sanggup melaksanakan tuntutanNya." Ujarnya sambil memberi senyuman yang sangat manis.
"Abang minta diri dulu ya, ada kerja sikit. Jemputlah makan." Abang Azrin berlalu menuju ke bilik mesyuarat masjid.
Sebentar kemudian, aku lihat sebuah lambaian dari sesusuk tubuh. Ya, Syedqhie melambai-lambai sebelum menghampiriku.
"Jom, kita simpan barang. Dah nak mula dah ni." Ajak Syedqhie.
"Okay, jom." Aku mengangguk.
Tidak lama kemudian, berpusu-pusu peserta-peserta program ini tiba. Kelihatan banyak orang yang sebaya dan beberapa pengiring yang klise, biasa aku nampak.
"Tudung labuh,kopiah,stokin,handsock." Aku seakan menilai.
"Apa kau cakap seorang-seorang ni." Ujar Syedqhie kehairanan.
"Tak ada, golongan maksum dah sampai."
Syedqhie hanya mendiamkan diri. Jelas riak wajahnya masam. Namun dia kembali tenang dan menghiraukan kata-kataku dan tersenyum.
"Ish kau ni, tak baiklah kata macam tu. Dahla, jom kita masuk ke tempat kuliah."
"Aku pun pernah menganggap mereka ini maksum, Fizi. Sabarlah, sikit lagi kau akan faham."
•••
YOU ARE READING
Hidayah Untukmu
SpiritualAku hanya seorang manusia biasa yang alpa dengan hiburan dan kelalaian , secara tidak langsung aku menemui cahaya hidayah yang entah datang dari mana . Yang aku ketahui , hidayah itu milik Allah dan ia datang dengan kehendak Allah !