3 | Buntu

53 7 0
                                    

Aku tersandar lesu. Setelah puas bermandi-manda bersama Syedqhie di sungai petang tadi, mereka berehat di sebuah pondok sekitar sungai tersebut sebelum pulang ke rumah masing-masing.
  "Seronok betul harini, tapi letih lah pulak." Aku memegang belakang badanku sambil diusap perlahan.
  "Wan,jom makan." Emak memanggilku untuk menjamu hidangan yang telah disediakan di ruang tamu. Mak Uteh mengaut sepinggan nasi dan dihulurkan kepadaku. Pelbagai juadah yang Emak masak membuatkanku kehairanan.
   "Emak,kenapa masak banyak ni? Sedap-sedap pulak tu, ada tetamu nak datang ke?" Soalku kehairanan.

   "Ayah dan Adik kau kejap lagi nak sampai rumah. Haaa,harini Emak masak special sebab dah lama tak makan sama-sama.Lagipun,Ayah kau nak sangat berbual dengan kau." Kata Mak Uteh.

Tidak lama kemudian, suasana rumah riuh dengan bunyi motor Ayah yang nyaring. Maklumlah, motor 'buruk' Ayah telah lama berkhidmat untuk dirinya semenjak diriku masih kecil. Walaupun berbelas tahun berlalu, motor ini tetap baik dalam jagaan Ayah meskipun warnanya telah lusuh dan bunyinya agak bising.

Aku menyalam tangan Ayah dan Adik sebelum membantu Adik untuk mengangkat barang-barangnya ke dalam rumah. Adik mencuit bahuku semasa masuk ke dalam biliknya.
   "Bang, bila lagi sampai?" Adik bertanya.

   "Semalam." Jawabku.

   "Ayah nak sangat jumpa Abang, dia nak spotcheck Abang." Ujar Adik dengan nada selamba.

   "Sebab?" Ujarku, cuak. Aku kurang rapat dengan Ayah kerana kegarangannya. Walaupun begitu, hubungan kami tidak renggang dan tidak pula rapat. Biasa sahaja. Kata-kata Adik membuatku tertanya-tanya.

   "Entah, jomlah makan, Ayah dah panggil tu." Kata Adik selepas mendengar nama kami berdua dipanggil untuk menjamu selera di ruang tamu.

Suasana hening seketika sebelum Aku membuka perbualan.
   "Ayah tak kerja harini?" Aku berbasa basi.

   "Ayah ambil cuti, nak jumpa kamu. Ada benda yang ayah nak tanya." Jawab Ayah.

Ayah telah meminta cuti pada hari ini kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga. Lebih tepat lagi, untuk berjumpa denganku. Gulp!

   "Ayah nak tanya apa?" Soalku. Jantungku berdegup kencang, selera makan ku seakan hilang, menanti tindak balas Ayah.

"Baru-baru ni sekolah call Ayah, keputusan ujian Wan teruk dan Wan buat banyak kes. Boleh terangkan?" Soal Ayah dengan nada yang serius.

Aku terkedu sebentar sebelum menjawab pertanyaan Ayah. Aku cuba menyusun kata-kata sebelum diungkapkan. Silap sedikit, bahaya!

   "A..yah, memang betul pun Wan ada buat kes, tapi Wan merayu Wan tak buat lagi. Wan dah cuba berusaha untuk tingkatkan keputusan ujian. Maafkan Wan, A..Ayah." Jawabku terketar-ketar.

Aku menelan air liur tatkala wajah tenang Ayah tiba-tiba berubah. Emak yang sedang memerhati sejak tadi hanya beri isyarat kepadaku agar bertenang. Aku menapak gugup. Ayah merenung tajam wajahku. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Ayah.

   "Ayah.." panggilku.

Riak muka Ayah kembali tenang. Ayah cuba untuk menyimpan kemarahannya dan meminum segelas air sebelum berkata sesuatu.

   "Kamu ada girlfriend?" Soalan cepumas dari Ayah! Aku tunduk kaku,keras,terpaku dan segala apa yang sama maksud dengannya.

Belum sempat aku berkata-kata, Ayah seakan mengerti jawapanku dan memberi aku sehelai borang dari atas meja berhampiran.
   "Ayah nak Wan ikut program ni, Ayah harap kamu akan berubah. Ayah harap kamu jumpa apa yang kamu patut dapat." Kata Ayah.

Aku memandang borang itu, tertera tulisan "QIAMULLAIL PERDANA". Sama seperti borang yang Syedqhie berikan tempoh hari.

"Pucuk Dicita,Ulam Mendatang lah jawabnya, tak perlu minta izin,dah ada greenlight dari encik Ayah, boleh jumpa awek cantik, hihi." Bisikku riang dalam hati.

   "Nak ke taknak ikut, ke nak Ayah yang sendiri ubah kamu?" Kata Pak Uteh. Tenang tetapi mengancam, Ee..

   "Nak,nak Ayah, nak! Hehehe." Aku tersenyum sakan, macam kambing daa.

Emak tersenyum manakala Adik menahan ketawa, muka adik dah macam nak tercirit. Berkerut-kerut sambil memandangku dengan pandangan mengejek. Tunggu kau lepasni!

   "Dah,jom sambung makan." Kata Ayah. Suasana kembali tenang, Semua kembali menikmati jamuan. Setelah selesai, Aku menuju ke bilik dan mencapai telefon pintar di katil sebelum berbaring. Tertera tulisan "Ika" di notifikasi Whatsapp. Aku membuka chat tersebut.

"Fizi, Ika rindu Fizi, ><." Chat Ika, penuh manja.

"Hehe, Fizi pun." Balasku.

"Ika nak tidur dulu ya, bye <3."

"Bye. Goodnight sleep tight. "

Aku mematikan telefon dan merenung ke dinding bilik. Aku cuba mengingati kata-kata Ayah semasa makan malam tadi.
"Apa yang harus aku jumpa untuk aku dapat , awek ke?" Aku cuba untuk rungkaikan perkataan ayah. Bak kata bahasa Indonesia, penasaran.

"Hmm, malaslah nak fikir" Aku berputus asa.

Tidak lama kemudian, aku terlelap di buai angin kipas elektrik. Ayah memasuki bilikku dan membelai lembut ubun-ubunku.

   "Ayah sayangkan Wan, Ayah yakin Wan dapat berubah." Ujar Ayah.

   "Ayah tak mampu bagi kamu hidayah, hanya Allah lah yang berhak. Selamat malam anakku."

Ayah menutup lampu yang dibiar pasang dan berlalu keluar.

•••

Semoga terus support karya saya ya ! Sila komen untuk penambahbaikan dan vote , hehe .

Hidayah UntukmuWhere stories live. Discover now