Jam penggeraku berbunyi kencang. Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Masih lagi awal untuk bangun dari katilku. Dengan keadaan mamai, aku mengambil keputusan untuk bingkas bangun dan prepare apa yang patut.
Usai siapkan diri, aku membuat segelas air kopi panas bersama sebiji epal. Prinsip diriku, minuman berkafein akan menenangkan pagiku. Aku mengambil kunci kereta dan terus pecut laju ke tempat kerjaku.
Setibanya di office, Khairy menegur "Hah nyna! Sampai pun you. Kita ada meeting kejap lagi ni. Dengan bos baru katanya. Maybe dalam pukul 10 pagi macam tu. You prepare apa yang patutlah ye?" Aku terpinga-pinga mengangguk tanda faham.
Setibanya aku di meeting hall, semua staff yang berkenaan sudah duduk di kerusi masing-masing bersedia menunggu kedatangan bos baru. Desas desus mengatakan bahawa bos baru ini kacak orangnya.
Pintu meeting hall dikuak. Susuk tubuh seseorang yang tegap dan tinggi kelihatan di hadapan pintu diiringi oleh penjawat jawatan yang tertinggi di office ini. Semua staff berdiri memberi tanda penghormatan dengan kedatangan beliau kecuali aku. Muka beliau teramat familiar.
"Okay everyone, you may now take a seat. — Kata beliau sambil tersenyum lebar. Senyuman manisnya yang mengingatkan aku terhadap kali pertama aku bertemu dengannya.
"As you guys know or may not know, i'm the new boss in this building. If you want to share anything or you have any problem, don't be afraid to face me. Oh before i terlupa, let me introduce myself. My name is Noah Ahmad bin Ahmad Wafi. Just call me Noah." — ucapnya lebar dan ketika beliau menyebut namanya, matanya seolah-olah memandang tepat ke dalam anak mataku. Atau lebih tepat, he's looking right into my soul.
"Noah, don't do this to me please." — bisikku sambil menundukkan kepala.
Usai meeting, "bos baru" ini ingin berjumpa dengan top 5 pekerja terbaik sepanjang tahun. Antara 5 itu, namaku tersenarai. Beliau memberi sedikit kata nasihat untuk kekalkan prestasi dan naikkan lagi nama syarikat.
Sepanjang perjumpaan tersebut, mataku tidak berani untuk bertentang dengan pemilik si mata hazel jernih itu. Selesai perjumpaan tersebut, tiba-tiba..
"Nyna Amanda? Come to my office, now. We need to talk." — arah Noah tegas.
Aku hanya mengangguk tanpa bantahan. Tidak keruan aku ketika itu dan sudah pastinya seperti cacing kepanasan. Aku ada buat salah ke sepanjang meeting tadi? Aduh Noah ni baru je jadi bos dekat sini dah aim aku.
*Office Noah*
Aku mengetuk pintu biliknya tanda ingin masuk.
"Come in!" — Tegas kedengaran suaranya dari luar pintu.
Aku menelan air liur.
"Anything?" — Tanyaku dengan nada selamba sambil duduk di kerusi yang menghadapnya. Noah masih membelakangiku. Dalam hati tiada siapa yang tahu degupan jantungku bagai nak pecah.
"Hye Nyna. Nice to see you again." — Tegurnya sambil memusingkan badan. Mata hazelnya menonjolkan lagi kejernihannya di bawah sinaran mentari.
"That's it?"
"That's it." — jawab Noah selamba.
"i tahu you bos kat sini but please respect me as your staff please?" — Jawabku dengan agak marah.
Mana tidaknya, kami berdua baru je kenal. Dan malam tadi Noah follow aku dari belakang? He just invaded my privacy. And the most craziest thing is he followed me cus he forgot to wish me a "goodnight"? We just met? Then blah macam tu je? Then pagi ni tiba-tiba dia boleh jadi bos aku? And hadap lagi muka dia macam takde apa-apa masalah? Boleh naik gila aku macam ni.
Sekali lagi Noah memandang mataku dalam-dalam dan tajam. Aku lemah dengan pandangan itu. Aku jadi tidak tentu arah. Noah perasan itu dan dia sukakan reaksiku ketika itu lalu tersenyum sinis.
"Okay I'll respect you as my staff. Even more than that i boleh respect you. But in one condition. Dinner dengan i malam nanti please?" —Noah merayu kali ni.
"I nak perbetulkan balik silap i semalam cus follow you senyap-senyap dari belakang. Dah macam orang tak betulkan? I just nak you safely arrived home. I risau. Sebab dah pukul 1:30pagi waktu tu. I blah macam tu je sebab i takut you salah anggap dekat I nanti." — Jelas Noah panjang.
Aku menarik nafas sedalam yang mungkin.
"Alright Noah. Malam ni pukul 8. You lambat, i anggap cancel je okay?"
"Thank you for accepting my dinner. Jangan kata pukul 8, pukul 7 pun i sanggup tunggu depan kondo you. Just for you tahu?" — sahut Noah dengan nada riang.
"Kalau takde apa apa i nak sambung kerja ni."
"Oh yeah kerja. Haha I forgot. Okay you can continue your work now Nyna Amanda. Hati-hati kerja tu. Ada tak jadi dinner malam nanti."
Noah, what are you trying to do to me Noah? Aku asyik tersenyum je fikir pasal kau. Stop playing with my feeling. Ahhh sudah. Aku dah angau ke?
-
-
-
-
-
-To be continued-
Agak bosan part ni. Macam drama tv3 petang-petang haha. I promise i'll do better next time.
Thank you for reading!!!❤️
YOU ARE READING
Abusive Mate
Mystery / ThrillerNyna Amanda, seorang gadis yang pada mulanya mempunyai kehidupan yang normal. Kehadiran Noah di dalam hidupnya merubah persepsinya 360 darjah terhadap seseorang yang bergelar "lelaki". Noah pula seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita. Suka...