🌹Chapter 2🌹

47 10 3
                                    

"Hrmm, kat mana Popular ni?? Aku dah penat bakar lemak kat Aeon ni..."kata Amiera. "Hah, panjang umur aku dah jumpa pon!!" kata Farisya. Amiera terus tersenyum. Namun apakan daya... Rupanya Farisya jumpa Padini Concept Store.

"Kuang ajo, aku fikir dia dah jumpa Popular, rupanya lain... Dasar fake hope 😭😭" kata Amiera. "Hah, tu pun Popular!!! Sya!! jom!!!" Ajak Amiera dengan teruja.

"Wait²!! Korang nak pergi ke mana-mana pun boleh tapi pastikan pukul 10.00 korang dah kena terpacak kat sini!" kata Mariam dengan gaya dah macam komander.

"Okay!" kata mereka semua dan mereka terus berlari menuju ke destinasi masing-masing"Mak aih... Kalau shopping laju gila, kalau cikgu suruh pusing padang 5 kali, lembab macam siput. Entah-entah siput lagi laju" kata Mariam.

{Padini}
[Mariam,Siti,Alya,Shabirah dan Evvendah P.O.V

"Oh my!!! god!!! Cantiknya baju kat sini!!" kata Shabirah. "Aku nak tu, tu dan tuuu!!" kata Siti. "Hrmm, oi² kawalla buat malu je orang pandang..." kata Mariam.

"Hihihi..Sorry sis.." Mohon Shabirah.Mariam dan yang lain hanya menggelengkan kepala.

"Weyh! Mariam! Cantik tak baju ni?!" Tanya evven. "Cantik tu cantik...tapi.. muat ke?" Tanya Mariam. Dia berasa ragu kerana Evvendah mengambil baju yang bersaiz 'S'. "Aku rasa baik ko amik saiz 'L' lah..Evven. Nanti jimat 2 tahun" kata Siti berselamba. "Aku setuju tu..." kata Shabirah pula.

"Ok2..bagus jugak idea korang..aku amik 'XL' teruslah." Kata Evvendah. Lalu dia mengambil hoddie bewarna putih dan meletakkan ia didalam bakul mereka. Dan mereka mula mengambil beribu ribu ribu pasang baju.

"Weyh! Dah2 lah tu shopping jom pergi bayar dulu!" Laung Mariam dari tempat berhampiran kaunter. Semua yang berada dikedai itu tidak endah. *yelah! Ade discount beli 10 percuma 5 dengan harga RM250 semua sibuk shopping lah*

Apabila mereka semua berkumpul untuk bayar habis hancur rupa mereka kecuali mariam. "Ya allah! Korang ni main bola ke shopping! Patutnya tak payah pergilah!" Marah Mariam. Mana kau tak marah habis rosak baju tudung.. nasib tak terkoyak

"Errggh! Sikit je ni..jom bayar" lalu Mariam diheret oleh rakan-rakannya. "Adik2 ni umur berapa?" Tanya cashier perempuan yang berumur dalam linkungan 20 tahun.

"13 kak..kenapa?" Tanya mariam. "Eh! Korang bukan muda sangat ke nak jalan tanpa pengawasan parents?" Tanya cashier tersebut.

"Kitorang just nak tenangkan fikiran lepas habis sekolah je..Kenape kak?" Tanya Siti pula. Menyampah asyik ditanya soalan.Orang datang nak shopping. "Just nak tanya..mana parents korang? Takkan tak reti jage anak?" Tanya cashier itu dengan sinis.

"Eh! Achik cepatlah sikit. Kat belakang ni ramai lagi orang!" Alya sengaja hendak mengalihkan perhatian cashier itu. "Eh! Kau panggil aku achik? Mak bapak tak ajar ke hormat orang? Kurang ajar betul!" Tengking cashier itu.Pelanggan2 yang ada di Padini memandang kami sambil berbisik.

Kami semue sudah geram.Masing2 menunggu mase untuk meletop.

"Eh..pahal aku rase bahang eh? Kat sini ade aircon kot.." Soal Siti dalam hati.Dia memandang Mariam disebelahnya.

"Astaghfiruallahalzim.." Siti mengucap perlahan." Patutlah aku rase bahang..Mariam nak meletop rupenyee..Haishh..nasib kau lah akak cashier..Mariam kalau meletop,susah nak redakan balik.." Gumam Siti.

" Parents saye ajar kak..Tapi,parents saye ajar untuk menghormati seseorang yang baik dan menghormati orang lain.Ape yang akak cakap tadi,menunjukkan yang akak tak layak untuk dihormati sebab akak dah melampau! Akak cakap parents kitorang tak ajar adab dan akhlak? Habistu akak tu? Parents tak ajar ke untuk menutup aurat dengan sempurna?!" Tengking Evvendah.Ramai yang lihat drama tidak berbayar mereka.

1 Rusyd Sesat Dekat Rome [H]Where stories live. Discover now