Bawah Katil

11 2 0
                                    

    Aku terjaga dari tidur yang terasa lama. Tetapi aku rasa tidak sampai lapan atau tujuh  jam aku tidur. Aku bangun. Terasa ringan. Jam dinding dikerling.

    "Hah?",aku terkejut. Tak silap aku semalam aku tidur pada waktu ini. Aku tidur pada jam satu pagi. Situasi lebih menghairankan apabila aku terbau benda busuk di dalam bilik ini.

    Aku tak selesa,jadi aku keluar dari bilik tidur.
   
    "Anis!",tiba-tiba kedengaran jeritan seseorang dari tingkat bawah. Pelik. Siapa yang berada di dalam kawasan rumah aku sedangkan pagar aku kunci dan mustahil untuk sesiapa panjat kerana pagarnya tinggi hanya jarak sejengkal dari atap.

    Aku kaku di atas. Tapak kaki orang berjalan semakin hampir ke tingkat atas didengari. Aku terus meluru masuk ke dalam bilik tidur. Takut. Tak lain tak bukan,minda aku yakin itu makhluk halus.

    Pintu bilik diketuk. Aku kaku di tepi katil. Apa perlu aku buat? Tanpa berfikir panjang,aku terus masuk ke bawah katil.

    "Astaghfirullah!",aku terkejut dengan mayat yang terbaring di bawah katil. Bajunya seperti aku kenal.

    "Ada sesiapa?",tanya seseorang dari luar bilik lalu kedengaran tombol pintu dipulas. Cuainya aku dikala cemas begini. Kunci pintu pun lupa.

    Aku tak sempat bertindak. Mustahil untuk aku elakkan dia nampak aku.

    Dua orang lelaki bertubuh sasa dengan uniform lengkap polis masuk ke dalam bilik. Mukanya ditutup dengan topeng mulut. Aku bergerak ke arah mereka.

    "Encik,saya tak tahu siapa tapi bawah katil saya ada mayat. Saya bersumpah saya tak tahu apa-apa tentang mayat tu.",ujar aku kepada dua pegawai polis itu.

    Aku tidak diendahkan. Mereka mendekati katil lalu mencari sesuatu. Apabila tubuh mayat telah mereka jumpa,mereka terus keluarkan mayat itu. 

    Aku tak sanggup untuk lihat wajah si mayat,namun ada perasaan yang memaksa. Wajah mayat itu dilihat.
   
    Wajahnya mirip.. Aku! Apa yang sedang berlaku? Adakah itu hanya seseorang yang mirip aku? Kemudian pakaiannya aku lihat. Sama. Pakaian yang dipakainya sama dengan pakaian aku sekarang.

    "Ini mustahil. Ini tak mungkin terjadi. Itu bukan aku. Ini pasti mimpi.",monolog aku dalam ketakutan.
   
    "Mangsa yang dikenali sebagai Anis dipercayai telah mati dua hari lepas. Di leher mangsa terdapat kesan tali. Setakat ini kami percaya mangsa dijerut menggunakan tali sehingga mati ketika tidur. Namun,walaupun bukti ini masih belum kukuh. Kami percaya mangsa bukan bunuh diri.",kata salah seorang pegawai polis. Aku terkejut. Kenapa begini? Aku tak ingat apa-apa. Aku hanya ingat yang aku tidur bersama.. Najwa!
   
    "Arghhh!",aku jerit. Ini tak mungkin berlaku

    "Anis!",panggil Najwa lantang membuat aku terjaga dari tidur lena dalam bilik berjawatan tinggi yang baru jadi milik aku minggu lepas kerana kenaikan pangkat.

     "Wah,seronok tidur kau ye. Macam mana lah boleh naik pangkat.",tanya Najwa. Aku menggosok mata. Penat aku lengkapkan semua laporan tapi mereka hanya nampak aku tidur.

    "Pukul berapa?",tanya aku mamai.
    "9 malam. By the way aku ingat nak tidur rumah kau. Banyak benda pasal projek aku nak tanya kau. Yelah,kau kan dah naik pangkat.",kata Najwa. Aku hanya tersenyum.

    Aku dan Najwa bergerak ke kereta masing-masing bersama. Najwa berjalan di sebelah aku sambil memikul beg laptop serta memegang beg yang berisi tali.

   Kejap.. tali?

SenyapWhere stories live. Discover now