Aku menggosok mata yang telahpun merah akibat menahan ngantuk yang sudah 2 jam ditahan demi filem cinta yang berdurasi selama 2 jam 30 minit dan bermula dari pukul 10.00malam.
Jam menunjukkan pukul 12.30tengahmalam dan filem cinta tadi sudahpun berakhir. Aku membuat keputusan untuk tidur,tetapi aku seperti terlupa sesuatu yang penting. Solat Isyak! Aku terlupa,tadi aku membuat keputusan untuk solat isyak selepas menonton filem ini. Malangnya,jika aku sembahyang sekarang,pastinya tidak khusyuk kerana sangat mengantuk. Disebabkan itu,aku mengeset alarm pada pukul 3.00pagi untuk Solat Isyak.
...
"kring.. kring..",aku terjaga kerana alarm fon aku yang sangat kuat. Aku memandang ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 3.15pagi. Aku baru teringat yang aku ingin Solat Isyak. Aku segera ke bilik air untuk membasuh muka dan ambil wuduk.
Semasa aku membasuh muka,terasa angin yang dingin memukul muka ku. Bulu roma ku tiba-tiba tegak. Aku segera mengambil wuduk dengan tergopoh gapah. Aku masuk ke bilik,bentang sejadah dan segera memakai telekung lalu solat dalam keadaan yang sangat takut. Bunyi hempasan sejadah yang didengari di belakang membuatkan aku melatah dan terpaksa memulakan solat. Sebelum memulakannya semula,aku memandang ke belakang dengan hati yang cuba dikentalkan. Tiada apa.
"Haha,perasaan aku je kot.",kata aku yang sudahpun lega.
Perjalanan solat aku lancar sehingga rakaat ke empat. Aku bagaikan hilang ingatan. Apa yang perlu dibaca aku lupa. Leher ku tiba-tiba berpeluh. Terasa ingin menangis. Debaran dadaku semakin laju. "Astagfirullahhaladzim!",ucap aku apabila muncul wajah yang bermata buntang sedang merenungku dari tepi. "Houuuuuuu",benda itu tiba-tiba menjerit dan aku menangis.
"Arrrrr.. Ibu!",jerit aku sehinggalah ibu masuk ke bilik dan aku dimarahi kerana melewatkan Solat Isyak.
"Ibu dah agak dah,kau mesti tangguhkan solat demi filem yang melalaikantu. Sekarang kau dah nampak,filem tu yang tolong benda tu kacau kau kan.",ujar ibu.
YOU ARE READING
Senyap
Mystery / ThrillerMereka 'senyap' dan bahaya.. Mereka manusia atau makhluk yang wujud di dunia untuk menyesatkan manusia? Kalau takde sambutan ramai.. maaf yer,terpaksa delete.