Pertama kali...

7 0 0
                                    

24 Ogos 2017

Harini adalah hari yang seronok bagiku.Papa kata dia akan membawa kami sekeluarga pergi berjalan-jalan bersama malam ni.Bestnyer...Lama dah kami sekeluarga tak berjalan bersama akibat kesibukan kerja yang dialami oleh ahli keluargaku.Dengar cerita keluarga kawan papa akan ikut sekali malam ni sebab mereka sekeluarga baru sahaja berpindah ke sini.Hmm...Maksudnya malam ni jadi meriah lah kan sebab banyak orang.Sampai di sini sahaja lah yang ingin aku ceritakan..

"Ami.Kamu dah bersiap ke belom?"

Tiba-tiba sahaja ibu masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu membuatkan pensel yang dipegang oleh aku terpelanting masuk ke dalam tong sampah kecil di sebelah meja tulis aku.

"Opocot! Adohai ibu.Kenapa tak ketuk pintu dulu.Kejut ami dibuatnya."

"Hahaha maaflah.Ibu terlupa.Kamu ni bila nak berkemas lagi?Papa kamu dah nak balik tu.Bagus kamu bersiap cepat."

"Baiklah,ibu"

Sebaik sahaja ibu aku melangkah keluar dari bilik aku.Aku cepat-cepat mengambil baju gaun yang berwarna oren di pintu almari lalu memakainya.

"Ibu saya dah sedia ni.Mana ayah dengan abang?"

"Oh abang kamu dengan ayah kamu tengah tunggu kita dalam kereta tu.Jum lah keluar nanti marah pulak ayah kamu tu nanti."

"Baiklah."

Selesai sahaja kami mengunci semua pintu di rumah,kami cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

"Amboi lamanya bersiap."

Kata ayah aku yang duduk di tempat duduk pemandu.

"Hehehe maaflah."

Balasku dengan nada lembut dan manja.

"Oh ya.Kawan abang tu dah sampai dah ke kat restoran tu?"

Tanya ibuku kepada ayahku.

"Belom lagi.Mereka cakap mereka masih dalam perjalanan."

"Oh,tak silap saya mereka ada sorang anak lelaki yang sama umur dengan Ami tu kan?"

"Hah!?"

Aku terkejut sekejap.Rupa-rupanya ada seorang anak kawan papa sebaya dengan aku.Adohai.Ni mesti sama sekolah ni.

"Kenapa Ami?"

Tanya ibuku hairan.

"Hehehe takde pape."

Sampai sahaja kami di restoran,kami cepat-cepat mencari meja nombor 8 di mana kami semua berkumpul dengan makan malam bersama.

"Hah Encik Hairi.Sampai pun.Lama betul kami tunggu.Hahaha."

"Maaflah Amir.Ni hah dua orang dara ni hah lambat betul berkemas."

Aku dan ibuku menjeling tajam ayahku.

Ayahku hanya ketawa lalu duduk di sebelah kawannya manakala ibuku duduk di sebelah puan maria.Aku pula duduk bersebelahan dengan anak kawan papa.Aku pun menyapa nya.

"Hai,selamat berkenalan.Saya Amira.Nama awak apa?"

Dengan perasaan yang malu aku memberanikan diri untuk bersalaman dengan dia.

"Nama aku Arish.Kau ni mesti budak perempuan yang sebaya aku tu kan?"

Aku terkejut dengan cara percakapannya padaku.Ingat nak baik-baik tapi dia ni memang tak gentleman langsung.

"Mm...ya..."

"Hah Ami.Arish ni akan duduk satu kelas dengan Ami nanti.Jadi Ami berkawan lah dengan dia ok?"

"Oh..umm...baik lh uncle."

"Tapi papa tak kan lah saya nak duduk sebelah dia."

Marah Arish dengan suara garaunya itu.Memang tak gentleman langsung lah dia ni.

"Arish.Tak baik kamu cakap macam tu.Ami ni classmate kamu tahu tak?"

Marah ibunya.

"Baiklh,ibu.Maafkan saya ye Ami.Saya harap kita dapat berbaik-baik lh ye."

Terkejut pulak aku melihat perubahannya selepas ditegur oleh ibunya.

"Mm...yelah."

Selesai sahaja kami makan malam,kami semua pergi berjalan-jalan di tepi pantai pada malam itu.Angin yang kuat pada malam itu membuatkan aku berasa sangat sejuk.
Apabila Arish melihat gelagat aku yg kesejukan,dia pun memberikan jaketnya kepada aku.

"Ami.Nah pakai jaket aku ni."

"Eh?Kenapa pulak ni?"

"Haih saya tahu awak sejuklah sekarang ni.Pakai je."

"Mmm...ok.Terima kasih Arish."

"Mm.."

Kami berdua berjalan berdua di tepi pantai tersebut sehingga tidak sedar yang ibu bapa kami membiarkan kami berjalan berdua sambil berbual.

"Sebenarnya kan Ami....Ni lah buat pertama kalinya dalam hidup saya....saya berjalan berdua dengan perempuan."

"Eh tipu sangat tu.Tak kan lh sebelum ni awak tak pernah jalan berdua dengan classmate perempuan awak."

"Betul ni.Saya tak tipu.Awak lh orang pertama yang jalan berdua dengan saya."

Mendengar kata-katanya itu membuatkan muka aku merah.Aku tidak berani lagi ingin melihat mukanya.Sebaliknya menundukkan kepala aku.Tiba-tiba sahaja ada tangan yang mendongakkan kepala aku ke atas.Tidak aku sangka yang Arish berani buat begitu kepada aku.

"Kenapa kau tunduk?Malu ke?"

"Eh...Tak lah.Aku ngantuk jer hehe."

"Baiklh.Jum patah balik.Jauh sangat dh kita jalan ni."

"Ok."

Sepanjang kami berpatah balik ke arah keluarga kami yang sedang melepak di luar kereta.Arish dengan tiba-tibanya memegang erat tangan aku.Aku hanya kaku tidak tahu mahu buat apa.Melihat gelagat nya itu,aku mula berfikir...'Dia sukakan aku ke?'....Tapi tak kan lah kan sebab kami baru sahaja berkenalan.

"Ami."

"Ye?"

"Mulai harini kita kawan baik ye?"

Aku memandang wajah Arish.Senyumannya membuatkan hati aku cair dan tidak dapat berkata apa2.Tapi aku memberanikan diri untuk menjawab soalannya itu.

"Ok."











Bersambung~
#vote
#like
#loveu

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Love You?Where stories live. Discover now