BAB 1
Pengenalan
Aku mencari kelibat mak menggunakan pandangan tajamku. Fuh. Dia tidak kelihatan lagi. Lantas, aku mengatur langkahku ke bilikku. Tetikus yang berada di atas meja komputerku digerak-gerakkan. Skrin kaca yang tadinya gelap tiba-tiba bercahaya. Aku tersenyum.
Punggungku dilabuhkan di atas kerusi. Kerjaku yang tergendala tadi disambung kembali. Bunyi riuh rendah dari arah luar bilik, tidakku hiraukan lagi. Selagi ada peluang yang tersedia, selagi itulah aku cuba menggenggamnya. Bagi aku, masa itu adalah emas. Aku pun tak faham maksud sebenarnya pepatah itu tetapi entahlah. Bukankah menghadap berjam-jam di hadapan komputer semata-mata hendak mengemaskini blog dan status facebook (fb), boleh dikatakan membuang masa?
"Ah. Lantaklah diorang nak cakap apa." Kataku sendiri.
Mataku memerhati sambungan cerita yang telah aku karang diblogku yang bernama Cinta??? Never!!! Lantas aku menyambung ceritaku yang tergendala tadi. Tidak lupa pada fb, komen-komen dari teman-teman maya yang mencurah-curah ke wallku. Aku turut membalasnya. Walhal status aku hari ini begitu mudah sekali iaitu 'Kahwin??? Sendiri mau ingatlah.', mereka tetap mengomen walau ada yang tidak bersetuju dengan statusku itu. Siap memaki hamun lagi di ruang jawapan tu.
Aku mendengus
"Hey, ini wall aku. Yang kau nak menyibuk nak kutuk-kutuk aku apahal?" kataku sambil menahan rasa marah.
Setiap orang yang mengutuk aku itu, akan aku remove mereka dari senarai teman. Dan jika orang yang mengutuk itu adalah orang yang aku kenali, maka aku akan block mereka dari membaca wall aku. Aku tidak mahu mereka membongkar rahsia kehidupanku dengan menceritakan sebab kenapa aku sebegitu.
Memang tidak dinafikan, pencipta laman sosial fb ini sangat bijak dan boleh dikatakan genius. Dia boleh memikir ke hadapan tentang apa yang akan berlaku pada laman sosial ciptaann nanti. Sakit hati juga baca komen yang mengutuk aku hidup-hidup ni. Antara kata-kata mereka yang membuatkan aku mengetap bibir.
Tak setuju. Kahwin itu best. Orang tak rasa, dia tak tahu...
Ntah. Apa banganglah orang yang tak puas hati.
Dia ni putus cinta kot.
Tak bleh blah.
Tanganku berkali-kali menekan tetikus. Pengomen tidak berbayar tadi, telah aku buang dari senarai. Kau tak setuju, kau punya hal lah. Dan orang yang menyokong aku itu, sudah tentu memberi komen bahawa mereka setuju. Mereka berjaya membuatkan hatiku berbunga-bunga kembali. Lantas, butang like aku tekan berkali-kali.
Aku menyambung pula cerita di blog aku. Oh ya. Terlupa aku hendak beritahu kenapa aku taruk nama blog aku sebegitu. Untuk pengetahuan, aku ini memang anti dengan alam cinta. Bagi itu, kata-kata membuatkan telinga aku bernanah. Mata aku pula seperti berselaput apabila melihat pasangan bercinta. Ah. Aku tidak suka perkara yang berkaitan dengan cinta. Bunga, coklat, pasangan cinta. Semualah. Benci. Benci.
Tanganku laju menari di atas keyboard. Menterjemah kata-kata yang terbit dari akal dan fikiran. Tidak lupa juga, aku akan membalas komen-komen terhadap post-post yang sebelum ini. Semua itu juga berkaitan dengan tanggapan negatifku terhadap cinta.
Tidak dinafikan, ramai juga orang yang menjadi pengikut blogku. Mungkin mereka yang membaca blogku itu, mempunyai sealiran pemikiran denganku. Atau mungkin mereka sekadar ingin membaca untuk pengetahuan pandangan seorang yang sewel berkenaan dengan cinta. Mustahillah di dunia ini tidak ada orang yang mencintai dan ingin dicintai. Bukankah sewel namanya tu?
YOU ARE READING
Cinta? Never!!!
HumorKisah seorang blogger yang terlalu anti dengan cinta. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti, cerita ini pernah keluar di penulisan2u sekejap. Dan untuk makluman, tulisan ini semasa di tahap bertatih dalam bidang penulisan. Maybe tak sempurna. Happy...