Sang Lelaki
Zaid Aiman menghempaskan tubuhnya ke kerusi empuk di pejabatnya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan sri Norman tadi benar-benar membuatkan jiwanya semakin tertekan. Syarikat mengalami kerugian ekoran daripada projek-projek yang diterima sebelum ini, tidak dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Entah apa yang berlaku sebenarnya. Sebelum ini, perkara ini tidak pernah berlaku sebegini. Saat dia dinaikkan pangkat sebagai ceo syarikat, banyak pula masalah-masalah yang timbul yang menyebabkan ahli lembaga pengarah yang lain kelihatan seolah-olah menyalahkannya pula. Seingat dia, dia tidak pernah tidak mengikut prosedur semasa menjalankan projek syarikat. Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Aiman mendengus.
"Apakah ada orang ingin mensabotaj aku?" katanya sendiri.
Tiba-tiba, lamunannya terhenti apabila ada orang mengetuk pintu.
"Masuk."
Kelibat seseorang yang dikenali iaitu Salina, pembantu peribadinya berada dalam pandangan. Aiman menarik nafas panjang lantas mengukir senyuman. Pintu ditutup. Tekanan jiwa tadi berjaya dilenyapkan seketika apabila kekasih gelapnya itu memberikan dia layanan sepatutnya terhadap dirinya.
Gadis itu menempatkan badannya di atas Aiman yang duduk di atas kerusi berkenaan. Kepala Aiman diusap manja.
"Kenapa stress ni?" soal dengan manja ke arah Aiman.
"Entahlah. Dalam boardroom tadi, I kena marah dengan pengerusi. I pun tak tahu di mana silapnya. Setahu I, I buat kerja dengan elok selama ini. Tiba-tiba semuanya hancur." Kata Aiman dengan nada yang mengeluh.
"Ala. Sabarlah. Lama-lama nanti oklah." Nasihat Salina berbasa basi sekadar mahu menyenangkan sedikit Aiman.
"I hope so."
Aiman menggariskan senyuman. Memang gadis itu banyak memberi sokongan kepadanya selama ini. Rambut Salina dibelai manja tanda dia benar-benar menghargai cara gadis itu berkata-kata.
"Ni haa. Ada satu lagi masalah yang tak pernah nak selesai."
"Apa dia?" soal Aiman dengan senyuman lagi.
"Bila kita nak kahwin?" soal gadis dengan nada yang dibuat semanja mungkin. Berharap agar kali ini dia mendapat jawapan yang positif dari lelaki itu.
Bagaikan dipanah seseuatu, senyuman yang terukir lebar dibibir Aiman tadi tiba-tiba hilang. Lantas dia bangun sehingga membuatkan salina yang berada di atas ribaanya terjatuh tersungkur ke bawah.
"Apa you buat ni."
Aiman menumbuk keras mejanya.
"Kan aku dah cakap banyak kali, aku tak nak dengar kau ungkit pasal tu. Sekarang ni aku nak kau keluar dari bilik aku. Berambus!!!" Pekik Aiman yang benar-benar marah ketika itu.
Salina bangun dan menyapu debu-debu yang melekat di baju. Wajah kasihan sengaja diukir kerana ingin meminta simpati daripada lelaki itu supaya tidak memarahinya.
Aiman menjegilkan matanya ke arah Salina lagi.
"I said, get out bitch..."
Salina tersentap. Kejam sungguh kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu. Apa dia ingat aku lapar sangat dengan dia. Bukankah kalau dia susah hati, dia datang cari aku. Kau tu yang son of the bitch. Keluarga porak peranda, ada hati nak kutuk-kutuk orang. Salina melangkah keluar daripada bilik Aiman dengan rasa geram.
***
Telefon Aiman berdering. Lantas tangan mencapai telefon yang berada di atas meja di ruang tamu. Ketika itu, dia sedang menonton tv walaupun tumpuan dan akalnya tidak selari dengan jalan cerita yang disiarkan. Hanya sekadar ingin mematikan resahan akibat daripada mesyuarat tadi. Aiman menjawab panggilan yang diterimanya.
YOU ARE READING
Cinta? Never!!!
HumorKisah seorang blogger yang terlalu anti dengan cinta. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti, cerita ini pernah keluar di penulisan2u sekejap. Dan untuk makluman, tulisan ini semasa di tahap bertatih dalam bidang penulisan. Maybe tak sempurna. Happy...