Bab 1:Bosan

3 1 0
                                    

   "KRING!!",kedengaran bunyi loceng Sekolah Menengah Seri Kota Puteri mula berbunyi dengan kuatnya menandakan jarum jam menunjukkan pukul 7:10 pagi,iaitu tepat-tepat masa perhimpunan akan bermula sebentar lagi.

   Muncul dua susuk tubuh,yang memakai baju seragam sekolah dari susur gajah.

   "Sun,kau dah siapkan kerja rumah matematik yang diberikan cikgu Naim,semalam?",Tanya gadis bernama Elysa

   "Yang mana tu?",jawab ringkas gadis yang memakai tanda nama yang bertulis Sunita.

   "Alaa,buku kerja muka surat..,70,71,73,77 tu",

   "Ouhh,yang itu!",Balas Sunita dengan nada yang lantang dan riak muka seperti telah menyiapkan tugasan matematik tersebut.
  
    "Haa,yang tu lah.Dah ke belum?",tanya Elysa lagi.

   "Belum",Balas ringkas rakanya itu

   "Emm,tengok muka macam dah siap tadi",Sunita mula tersengih.Dan mereka terus duduk.

 
   Keadaan dalam kelas 3kualiti pada masa cikgu tiada memang huru hara jadinya.Tak hairan lah kalau hampir semua cikgu yang tak suka mengajar kelas tersebut,walaupun kelas kedua.Sudah sinonim kelas 3kualiti tersebut dipanggil zoo.

   "Cikgu tak masuk",bisik Gibbson yang baru sahaja muncul dari belakang dengan riak muka yang bahagia.Siapa saja yang tak gembira kalau cikgu tak masuk serta tak belajar dan menghabiskan 1 jam dengan berbual.

   "Jadi nak buat apa je?",tanya Wardina dengan selamba.

   "Main kad UNO jom",Ajak Sunita sambil mengeluarkan permainan kad yang dimaksudkanya sebentar tadi.

   "Tak nak aku,bosan lah",Suara Gibbson yang menjengkelkan mula menolak ajakan rakanya itu.Lantas Sunita menutup kembali zip begnya dan meletakkan kepala atas meja.Bosan agaknya.

   "Pergi tandas jom",ajak Zarifah pula kepada kawan baiknya Wardina.Lalu meniggalkan medan perbualan.

   "Weh,semalam korang dua tengok berita tak?",Tanya Gibbson menggangu suasana boring mereka bertiga,setelah Wardina dan Zarifah beredar.

    "Tak aku,benda tu lagi bosan dari apa yang tengah kita buat sekarang ni",balas Sunita dengan selamba.Manakala Elysa hanya mendiamkan diri melayan perbualan dua rakanya itu di tepi

   "Maksud aku...",

Imbas kembali,

Semalam,

   "Laporan harian tv 3 diteruskan dengan berita di luar negara.Pihak jawatankuasa perubatan bersama Profesor Charles telah menemui ubat yang mampu mencegah penyakit seperti Tibi,Kanser otak dan penyakit kulit.Bersama kita Profesor Charles",

   Gibbson menguatkan lagi jumlah volume televisyenya,seolah olah tertarik dan berminat dengan berita harian yang disiarkan tersebut.

   "Saya dan bersama kru saya yang lain telah mencipta satu virus kuat yang mampu meneutralkan jangkitan bakteria jahat dan virus berkaitan masalah kesihatan.Ianya dipanggil virus Nemesia.Akan tetapi kami telah menjumpai masalahnya dan kesan yang serius pada seekor tikus,dan efeknya sangat mengejutkan.Tikus yang menjadi bahan uji kaji itu mati seolah olah telah terkena racun dan..."

Sekarang,

   "Hidup kembali tetapi dalam keadaan tidak berakal,dan boleh dipanggil pra- zombie.Itu lah yang dijelaskan semalam",
Elysa dan Sunita mendiamkan diri dan riak muka mereka berdua berubah rentak,dan anak mata hanya ditujukan pada gerak geri mulut Gibbson yang sedang asyik bercerita.

Friends To SurvivalWhere stories live. Discover now