Bab 5:Perpisahan

3 1 0
                                    

   "Mmm",bunyi keluh dalaman Elysa mula kedengaran.

   "Minggu depan dah kena tinggalkan mereka ke,tapi aku tak nak semua ni",keluh hatinya lagi

   "Fikir apa tu!"Sergah satu suara dari belakang.Selepas menoleh,Elysa melihat orang yang dikenalinya dan sangat karib denganya,Sunita.

   "Tak ada apa,cuma ada benda yang aku tak boleh bagitahu kat kau sampai cukup masanya",jawab Elysa kepada rakanya,Sunita.

   "Kau asyik rahsia,rahsia,rahsia.Tak boleh bagitahu ke,walaupun sedikit?",Balas Sunita yang agak kecewa pagi itu

   "Aku cerita masa rehat",

   Kelihatan ramai pelajar berpusu pusu turun tangga dan menuju ke kantin untuk makan.Jam di tangan Elysa menunjukkan pukul 10:15 pagi.Waktu rehat.

   "Minggu ni minggu terakhir aku dekat sekolah ni.Dan aku akan berpindah semula ke Sarawak..,pada hari Ahad ni",

   Kawan kawanya terkejut dan kening masing-masing telah berkedut.

   "Tapi,itu maksudnya.Hanya hari ni,Jumaat dan Sabtu saja masa terakhir kita akan bersama",muka Sunita telah berubah rentak kepada sedih

   "Tak boleh ke pindah sekolah lain,tapi dalam negeri?",tanya Wardina pula yang sedang asyik makan dari tadi.

   "Kakak aku dah uruskan semuanya,cuma tingga tunggu aku bertolak hari Ahad saja",
Balas Elysa kepada kawan kawanya.Keadaan menjadi diam seketika

   "Hei,aku ada idea!",tiba tiba suara Elysa kembali mencelah

   "Apa?cara untuk tidak berpindah?",tanya Sunita dan Gibbson serentak yang semakin risau untuk melepaskan kawan baik mereka itu.Tanpa Elysa,mereka bertiga tak akan bertemu

   "Tak,tapi.Aku nak korang datang rumah aku.Sabtu,pukul 12 tengah hari",kata Elysa lalu beredar.

   Hari pun kian malam dan menjelang siang dan malam kembali dan siang lagi.Iaitu hari Sabtu telah menjelang.Hari dimana Elysa menyuruh kawan kawanya datang ke rumah.Untuk apa?

   "Dah pukul 12,mana dia tak keluar pun",tanya Zarifah yang makin panas dibawah matahari yang terik

   "Gib",panggil Sun.Dan Gibbsob pun memandang kearahnya.

   "Semalam,aku ada mimpi pelik.Aku tak ingat sangat.Tapi,yang aku ingat ianya ada kaitan dengan perpindahan Elysa",Jelas Sunita lagi kepada Gibbson secara berbisik biar Wardina dan Zarifah tidak mendengar

   "Bagaimana?",tanya Gibbson lagi.

   "Sesuatu yang besar,sesuatu yang....",

   "Hei,awak dah datang!",Elysa membuka pintu dan memberi senyuman lalu mempelawa kawan kawanya masuk.

    Sebaik sahaja masuk,alangkah terkejutnya kawan kawanya apabila melihat,banyak belon dan perhiasan lain digantung.Seolah olah ada sebuah parti kecil.

   "Apa semua ni Lysa?",tanya Wardina

   "Untuk kali terakhir aku jumpa korang.Aku buat plan,untuk make Parti kepada kita semua.Boleh dikatakan parti perpisahan lah",jelas Elysa lagi

   Kawan kawanya terharu mendengar dan melihat usahanya untuk membuat semua itu.Sunita dan yang lain datang mendekatinya,lalu mereka berpelukan

   "Terima kasih!",balas kawan kawanya serentak kepada Elysa.

   "Selamat Hari Perpisahan",serentak mereka berkata begitu lalu mencium pipi Elysa,kecuali Gibbson.Sebab dia seorang sahaja yang lelaki.

   Hari Ahad pun menjelma.Kelihatan kakak Elysa,dan kawan kawanya berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat tinggal untuk kali yang terakhir.Yang lain tu ponteng sekolah sebenarnya.

    "Terima kasih sebab datang",ucap Elysa

   "Kami mesti rindukan kau nanti.Jaga diri okey",kata Sunita.

   "Jangan lupakan kitaorang tau",Zarifah mula bersuara.

   "Bye..",Ucap Wardina pula

   "Mm,dan satu lagi.Jangan rembat mana mana jantan tau disana.Kalau tak habis lah kau pindah kesana sini nanti",ujar Gibbson yang seperti pak ustaz.Mereka ketawa dan Elysa sudah sedia untuk pergi.

   "Terima kasih korang,aku tak akan lupakan korang semua",kata Elysam sambil mengalirkan air mata

   "Penerbangan Airasia dari Johor Bahru,ke Kuching Sarawak akan berlepas sebentar lagi",pengumuman diberikan

   Elysa melangkah dan melambai untuk kali yang terakhir.Dan masuk ke zon pemeriksaan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Friends To SurvivalWhere stories live. Discover now