"Mmm",Elysa mula tersedar,lalu menggosok matanya.Jam di tangan menunjukkan pukul 9:44 malam.
"Dah malam.Berapa lama aku tidur?",
Tanya Elysa kepada dirinya sendiri.
Elysa mengurut keningnya perlahan lahan kerana sakit."Aduh..,apa yang dah berlaku?kenapa aku tak ingat semuanya?",Elysa terus bangun dari katilnya lalu berjalan menuju pintu.
Perlahan lahan Elysa turun dari biliknya dan menuju ke dapur untuk mandi.Tiba tiba dia terserempak dengan puan Dorothy,kakak kandungnya yang kelihatan sedang mengemas sesuatu berupa barang penting.
"Kakak?apa kakak buat?",tanya Elysa yang dipenuhi dengan persoalan
"Guru kelas kamu,dah bagi tahu kakak tentang masalah kamu di sekolah",jelas kakaknya tanpa menoleh kearahnya.Terlalu kecewa agaknya.
"Saya tak bermaksud nak susahkan semua orang.Tapi..,"
"Dah tu,pergi mandi.Kita bincang lepas kamu selesai",arah kakaknya lalu memasukkan borang-borang kedalam fail seterusnya menyimpan semuanya kedalam almari hitam.
Tanpa berkata dan menunggu arahan kakaknya,Elysa terus beredar dan mencapai tuala mandinya.
Lebih kurang 15 minit Elysa membersihkan dirinya,dia pun keluar dan terus masuk kedalam biliknya untuk berpakaian.Kemudian turun kembali ke bawah untuk makan.Lampu ruang tamu telah dipadam menandakan semua orang telah tidur.Elysa pun duduk makan berseorangan di meja.
"Hei,apa masalah yang cikgu kamu maksudkan di sekolah tu?",tanya kakaknya yang tiba tiba muncul dalam gelap,lalu menarik kerusi untuk duduk menemani Elysa makan.
"Tak ada apa lah,cuma masalah disiplin.Pergaduhan",balas Elysa sambil mencedok lauk kedalam pinggan.
"Kakak tahu kamu telah dibuang sekolah",jelas kakaknya lagi.
Seketika kemudian...
"Baiklah kakak,saya akan buat yang terbaik di sekolah menengah baru tu.Kakak jangan risau",
"Kalau mak masih hidup,mesti dia seronok melihat anaknya balik ke rumah.Tapi ada baiknya kamu dibuang sekolah.."
"Kakak..",
"Oh maaf,tapi betul apa.Kamu boleh teman dan bantu ayah disana.Betul tak?",
Jelas kakaknya sambil tersenyum"Bila saya akan berpindah?",tanya Elysa
"Kakak akan siapkanya nanti.Tapi ini tiket penerbangan kamu ke Sarawak",Puan Dorothy menyerahkan sampul berwarna coklat yang berisi tiket penerbangan adiknya,Elysa nanti.
YOU ARE READING
Friends To Survival
Misterio / SuspensoMengisahkan sekumpulan remaja perempuan yang cuba menyelamatkan diri dan bertahan dari serangan jutaan zombie yang semakin merebak di seluruh perkampungan tempat mereka berada.Dibantu oleh sahabat lama mereka Elysa gadis yang telah berpindah ke seko...