Bab 2

5.3K 360 91
                                    

Ayra bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah.

Setelah peristiwa petang semalam, dia tekad untuk mengubah sekolah 'juvana' ini ke sekolah elit yang akan dipandang tinggi oleh sekolah lain.

Selepas mandi, dia memakai uniform yang dibekalkan oleh pihak sekolah; baju kemaja, blazer dan tali leher. Skirt pula dibeli sendiri oleh Ayra, coraknya sepadan dengan corak tali leher. Dia menyarungkan stoking hitam dan kasut hitam lalu turun ke dewan makan untuk sarapan Bersama Fikri.

°■°■°

Tepat pukul 7 pagi, Ayra sudah terpacak depan pagar sekolah. Buku nota dan pen di tangannya. Fikri sudah ke keals dahulu memandangkan dia bukanlah pengawas.

Murid-murid mula sampai ke sekolah. Ayra memulakan spot-check dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Dia memastikan rambut mereka kemas dan pendek, jikalau panjang perlu diikat. Baju uniform haruslah lengkap dengan tali leher, berpakaian kemeja dan seluar haruslah tidak ketat dan bukanlah jeans. Bag juga di periksa untuk memastikan barang yang terlarang tidak dibawa.

Oleh kerana spot-check ini sangat terperinci, barisan panjang telah wujud di pagar sekolah.

Sudah tentu ada yang buat perangai dengan mencaci dan mencarut dekat Ayra. Yelah pelik dan menyampah dengan Ayra. Sebelum ni, tiada sesiapa pun yang menjaga pagar sekolah. Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang tuntut dia ketua pengawas dan mereka harus dengar kata-katanya.

Bagi Ayra pula, mendengar caci-cacian dan maki-makian pelajar sudah menjadi sebati dengan hidupnya. Sebaliknya dia menulis nama-nama mereka. Kalau ada yang mula gunakan kekerasan, dia pun akan gunakan kekerasan.

Tepat jam 8 pagi, dia menutup pagar dan menguncinya dengan mangga.

Ayra tersenyum bangga. Hari pertama melakukan tanggungjawabnya sebagai ketua pengawas berjalan dengan sangat lancar. Dia berjalan menuju ke bangunan sekolah untuk ke dewan memandangkan perhimpunan selama 30 minit diadakan hari ini.

Namun, suara seseorang yang menyakitkan hati membuatnya terhenti berjalan.

"Oi betina tak guna! Bukak pagar ni!"

Ayra menoleh ke belakang. "Sorry dear, dalam buku peraturan, pelajar yang datang selepas pukul 8 tidak perlu dilayan." Ayra menunjukkan kunci mangga. "Bye bye loser!" Dia melambai tangannya sambil senyum sebelum sambung berjalan.

Ktaang! Ktuung!

Ayra menoleh ke belakang.

Bunyi tersebut datang daripada Wisy yang baru lepas memanjat pagar. Wisy menepuk-nepuk seluarnya untuk membuang habuk yang melekat selepas dia mendarat di tanah. Dia memandang Ayra lalu berlari ke arah Ayra.

"Huh?" Dengan sekelip mata, Wisy sudah ada di depannya. Wisy merampas kunci di tangannya lalu berlari ke arah pagar sekolah. "Hei, bagi balik lah!" Ayra tidak sempat nak mengejar Wisy kerana Wisy sudah berada jauh ke hapadan.

Wisy membuka mangga lalu menolak pagar sekolah ke tepi. Ahli Kings tersenyum melihat reaksi Ayra, iaitu muka merah menahan geram.

"Good job Wisy." Puji Joey sambil menepuk-nepuk bahu Wisy. "Now to meet my babe."

"Bluek! Nak termuntah rasa." Kata Ayra apabila mendengar Joey panggilnya 'babe'.

"Babe, lama-lama you akan rasa biasa je cause I will only call you that." Joey mengenyitkan matanya sambil meletakkan tangan di bahu Ayra.

"Buaya. Disgusting." Ayra mencubit tangan Joey dengan kuat lalu menjauhinya.

"Ouch ouch ouch babe!" Joey mengaduh kesakitan. "Sakit I tau."

Disciplining Gangsters (Editing)Where stories live. Discover now