Tangannya sedikit menggeletar tatkala pintu wad yang menempatkan sehun disentuhnya. Hatinya tidak tenang. Dengan perlahan, pintu tersebut dibuka memperlihatkan Sehun yang sedang terbaring tidak menyedarkan diri diatas katil. Balutan diperut dan tangan Sehun membuatkan hatinya patah."S-Sehun.. " bisiknya sebelum berjalan rapat kearah katil Sehun.
Kerusi yang tersedia di sebelah katil itu diduduki dan merenung wajah Sehun yang masih dalam keadaan tidak menyedarkan diri. Mungkin disebabkan effect dari pembedahan yang dilaluinya semalam. Tangan lelaki itu diambil dan digenggam dengan erat.
"Saya lambat datangkan? I'm sorry. Nurse kat luar tak bagi masuk tapi terima kasih dekat Jongin tolong saya." Yoonji memulakan perbicaraan.
"Tangan awak sejuk." bisiknya sebelum menggosok perlahan tangan Sehun cuba menghangatkannya. "Kita tak jumpa 2 hari je tapi kenapa awak nampak kurus? Bila tengok awak macam ni, memang saya tak dapat nafikan yang awak memang Woojin oppa. " Yoonji tertawa kecil, rambut Sehun yang menutupi matanya dikuak ke tepi.
"I... I'm sorry. " ucapnya, bibir diketap mengelakkan air matanya jatuh. "I'm sorry.. Saya tak benci awak. In fact... " ayatnya terhenti, teragak-agak untuk menyambungnya.
"In fact.... Saya suka awak. Saya cuma tak dapat terima cara awak tinggalkan saya dulu. I think i depends on you a lot when we were kids that i felt so sad when you gone, Saya tak pernah benci awak. " katanya.
Wajahnya dibenamkan pada tangan Sehun, masih menahan air matanya. "Boleh tak awak bangun and bagitahu saya betul-betul yang awak tak mempermainkan saya? Yang awak buat semua ni untuk saya and awak takkan tinggalkan saya macammana family saya buang saya? "
"I told you right? " suara Sehun membuatkan dia tersentak, dengan pantas kepalanya diangkat melihat ke arah Sehun yang matanya terbuka sedikit dan masih kelihatan terlalu lmah. " Han Woojin or Oh Sehun exist just because of you.. " ujar Sehun, suaranya perlahan.
Yoonji mengetap bibirnya. Air mata yang ditahan akhirnya keluar. "Sehun.. " esaknya.
Sehun tersenyum kecil, tangannya dibawa ke kepala gadis itu dan mengusapnya. "Aku tak mempermainkan kau.. Aku cuma nak kau ingat sendiri.. " terang Sehun.
"Saya minta maaf.. " ucapnya.
"You did nothing wrong baby doll. Don't cry." pujuk Sehun.
"But.. Awak cedera sebab sayakan? "
"What are you talking about? Of course not. "
".. Ch-Chanyeol oppa cakap awak distracted.. And he assumes it's me the reason you are out of action.. " ujarnya.
"Hey.. Aku dah biasa dengan tembakkan.. Setakat 2 peluru tak akan bunuh aku. "
Yoonji mengerutkan dahinya. "Janganlah cakap macamtu.."
Sehun tertawa perlahan. "Kau nak aku maafkan kaukan? " Yoonji mengangguk mendengar soalan Sehun. Sehun mula tersenyum sinis sebelum mengesotkan badannya ketepi sedikit sebelum menepuk ruang kecil disebelahnya.
"Lay here beside me.. "
Yoonji mengetap bibirnya. Wajahnya sedikit kemerahan sebelum menggeleng. Jika dia menerima permintaan Sehun, ianya akan membuatkan dia menjadi terlalu dekat dengan Sehun. Ianya akan menjadi sedikit kekok baginya.
"I thought you said you like me? " Sehun menyoal dengan selamba.
Yoonji dengan pantas berdiri dan menarik tangannya dari genggaman Sehun membuatkan Sehun sedikit terkejut dengan reaksi gadis itu tetapi melihatkan wajah Yoonji yang sudah merah menyala dia hanya tersenyum.
YOU ARE READING
Not Your Girl (Sehun) -Complete-
Fanfiction-Welcome to the Mafia's world- -Oh Sehun -Kim Yoonji -EXO -Warning cuma sebab bahasa yang kurang menyenangkan dan sedikit kekasaran. Saya x type cerita hal ehwal dlam bilik haha.. 😊😊