AR | TEASER #01

10.8K 453 49
                                    

AIRAYYAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIRAYYAN

#TEASER 1 ♥️

"Eh, budak ni… tanya lagi! Dah abah yang suruh panggil abah, tak kan tak boleh pula? Dah, panggil abah aje. Tak payah segan-segan. Isteri abah ni, kamu panggil umi. Yang anak abah tu…"

Sengaja Encik Khalid berjeda. Wajah si anak dan jejaka di sampingnya ditatap silih berganti. Dapat dia melihat kedua mereka saling berpandangan sambil menunggu bicara daripada dirinya.

"Panggil ustazah macam tadi lah. Cikgu agama kamu. Hormat kena ada pada orang yang mendidik kita. Walaupun anak abah jadi cikgu segera dekat tempat kamu sebab pengaruh abah sebagai bekas pelajar dekat situ, tapi… tetap kena jaga etika guru dan pelajar. Jangan berlebihan. Hari ni tak apa, Aira bawa balik Rayyan ke sini. Lepas ni, tak mahu dah kalau bukan abah atau umi yang jemput. Lebih-lebih lagi kalau kami tak ada dekat rumah. Tak manis pada pandangan orang. Faham?" Encik Khalid kembali serius. Tegas. Menujukan bicara buat si jejaka dan juga anak gadis sendiri.

"Baik, abah."

"Err… ba… baik, abah."

Hampir seiring bicara kedua anak muda itu. Seorang akur dengan suara yang perlahan. Seorang lagi sedikit teragak-agak dan janggal.

Setelah itu, mereka semua makan dengan suasana yang damai. Langsung tidak ada hatta sepatah perkataan yang keluar daripada bibir mereka.

#airayyan
#penghulubidadariku
#mrmasenterprise

AIRAYYAN | E-BOOKWhere stories live. Discover now