AIRAYYAN
#TEASER 9 ♥️
Serta-merta, Rayyan mengangkat topi di kepalanya sebelum dia meraupkan rambut ke belakang dan topi kembali diletakkan di tempat yang sama dengan kedudukan yang sama. Kemudian, dia tertawa sendiri. Sinis. Sungguh sinis tawa yang kedengaran di cuping telinga si gadis.
"Simpan kau punya bodoh tu. Aku dah kata aku tak perlukan sesiapa dan itu bermaksud… kau juga tersenarai dalam nama orang yang aku tak perlukan. Kau hadam elok-elok apa yang aku nak cakapkan ni, Cik Humaira..." Rayyan merenung tajam wajah ayu di sisinya itu.
"Berhenti masuk campur urusan aku. Berhenti buat baik dengan aku. Urusan aku, langsung tak ada kena mengena dengan kau. You once said to me… do not break the ethics between us and that is it. Kau hanya guru yang langsung tak ada hak dalam hidup aku. Kau hanya seorang wanita yang langsung tak bertempat dalam ni..." Rayyan menekan jelas suaranya semasa menuturkan ayat itu dalam pada anak mata masih tidak lepas menikam tajam sisi wajah Humaira yang sedang menunduk. Sempat juga dia menampar kuat dada sendiri. Demi menggambarkan bahawa wanita itu sememangnya tiada kepentingan dalam hidupnya. Bukan seseorang yang layak mengambil berat atau diambil berat oleh dirinya.
#airayyan
#penghulubidadariku
#mrmasenterprise
YOU ARE READING
AIRAYYAN | E-BOOK
Teen FictionRayyan Harith - seorang remaja yang terperangkap dalam kisah silam yang menyakitkan bersama si ibu kandung membuatkan dia tegar menyakiti saat ada seseorang yang cuba menghulur tangan. Menawarkan keprihatinan. Aisyah Humaira - seorang guru sementar...