AIRAYYAN
#TEASER 5 ♥️
"Awak okey?" soal Humaira prihatin.
"Apahal pula aku tak okey?" Soalan itu dipulangkan Rayyan dengan soalan.
Humaira masih dengan reaksi yang sama. Dia tersenyum lagi. Walau ia hanya sekadar mempamerkan keikhlasan, bukannya kemanisan. "I know what has happened to your father. My father told me."
Entah mengapa, seorang Rayyan Harith tertawa sendiri. Tawa itu kedengaran perlahan. Sumbang. Mendatar. Tanpa nada. Tanpa rasa. Tanpa jiwa.
"Rayyan..." Humaira menghembus nafas berat. Sesak pula rasa hatinya mendengar ketawa yang langsung tidak ikhlas itu. Dia tahu jejaka itu terluka dalam dengan apa yang menimpanya. Namun, si dia sedaya upaya mahu menunjukkan bahawa dia seorang lelaki yang kuat.
"Just care about yourself, Cik Humaira. You don’t have to worry about me or my family. Aku pernah cakap, kan… yang aku tak perlukan sesiapa," ungkap Rayyan dengan suara yang masih kedengaran mendatar.
#airayyan
#penghulubidadariku
#mrmasenterprise
YOU ARE READING
AIRAYYAN | E-BOOK
Teen FictionRayyan Harith - seorang remaja yang terperangkap dalam kisah silam yang menyakitkan bersama si ibu kandung membuatkan dia tegar menyakiti saat ada seseorang yang cuba menghulur tangan. Menawarkan keprihatinan. Aisyah Humaira - seorang guru sementar...