BAB18 THE JOURNEY BEGINS

1.8K 178 39
                                    

Kringg!!

Bunyi loceng akademi bergema di setiap sudut kawasan itu menandakan yang waktu persekolahan telah tamat. Freyla berjalan keluar daripada kelas A1 berseorangan. Biasanya dia akan pulang ke rumah bersama-sama Erlan tetapi hari ini tidak. Erlan tidak hadir ke sekolah dan perkara itu menjadi tanda tanya kepada kawan-kawannya yang lain. Sara yang juga sedang keluar daripada kelas ternampak Freyla di hadapannya lalu bergegas menuju ke arahnya. Sara menepuk bahu Freyla menyebabkan Freyla berasa sedikit terkejut dan hampir melatah. Nasib baik sempat dikawalnya.

"Eh Freyla, awak tahu tak kenapa Erlan tak datang harini?" Tanya Sara sambil berjalan di sebelah Freyla.

"Entahlah, saya pun tak tahu, sejak kita jumpa dia di bilik rawatan tu, saya langsung tak nampak dia dah." Kata Freyla.

"Tapi kan, selepas kita lawat Erlan haritu, saya ada nampak Pengetua Willow masuk dalam bilik Erlan. Jadi saya dengan gaya seperti seorang spy, pergi mengintip apa yang Pengetua Willow buat di bilik Erlan. Lepastu, semasa saya tengah intip tu, saya ada terdengar suara Pengetua sedang bercakap dengan Erlan, mesti ada sesuatu yang diorang bincangkan." Sara berkata sambil meletakkan jari telunjuknya di dagu, gaya seperti sedang berfikir.

"Ye ke? Jadi maknanya semasa Pengetua sedang lawat Erlan tu, dia dah sedar lah. Tapi apa agaknya yang mereka bincangkan ye?" Freyla pula berkata sambil mengangkat jari telunjuknya di paras kepala.

"Jadi, mari kita pergi tanya Pengetua sendiri, nak tak?" Sara memberi cadangan, mukanya kelihatan teruja.

"Jom!" Freyla menyahut riang.

Mereka bergegas ke arah bilik pengetua yang berada di hujung bangunan itu di tingkat tiga. Sampai sahaja di depan pintu bilik pengetua itu, mereka berdua ternampak Ridus, Edward, dan Reina juga berada di hadapan pintu itu. Mungkin mereka juga ingin berjumpa dengan pengetua. Tapi sebab apa?

"Hye, apa korang buat kat sini?" Tanya Freyla kepada ketiga-tiga rakannya itu.

Reina berpaling ke arah Freyla lalu berkata, "tengah goreng ikan, tak nampak ke?" Perkataan yang keluar daripada mulut Reina itu cukup membuatkan Freyla dan Sara terkesima. Bukan kerana lawaknya yang tak berapa nak kelakar tetapi kerana Reina yang bersifat dingin itu membalas soalan mereka dengan membuat lawak hambar. Jarabg sekali perkara ini dapat dilihat oleh mereka berdua.. Eh bukan, mereka berempat sekali dengan Edward dan Ridus yang juga sedang mempamerkan muka terkejut mereka. Sungguh hodoh dipandang orang.

"Kami nak jumpa pengetua, nak tanya pasal Erlan." Kata Edward tidak berdalih. "Haa, kan senang kalau macam ni, jawab je terus, tak payah lah buat lawak hambar!" Freyla berkata dengan nada yang geram kepada Reina..................di dalam hati. Tidak berani agaknya dia nak bersuara dengan Reina kerana mungkin dia akan dibelasah dengan teruk lepasni kalau bercakap begitu.

"Eh, yeke? Kami pun nak jumpa pengetua sebab nak tanya pasal Erlan juga. Jadi jom masuk sama-sama." Kata Sara lalu membuka pintu bilik pengetua itu. Lalu apabila pintu itu dibuka keluar cahaya yang sangat terang menyilaukan mata mereka semua. Setelah cahaya tersebut hilang, kelihatan sebuah ruang yang besar dan cantik menghiasi mata mereka. Bilik itu sangat bersih, warna-warna yang menghiasi bilik ini menjadikan bilik itu kelihatan sungguh elegan. Beberapa perisai besi berada di bahagian tepi bilik menjadikan bilik itu kelihatan sungguh unik.

Mereka berlima memasuki bilik tersebut sambil melihat sekeliling. Suasana bilik tersebut telah memukau mereka sehingga terlupa bahawa Pengetua Willow sedang berada di hadapan mereka. Pengetua Willow memandang mereka dengan pandangan yang selamba. Perkara sebegini sudah biasa terjadi apabila pelajar akademi masuk ke dalam biliknya, sedangkan tukang sapu akademi pun selalu terpegun apabila masuk ke dalam biliknya walaupun sudah banyak kali menghadap bilik pengetua ini.

"Ek..ehem!" Pengetua Willow sengaja berdehem dengan kuat menyebabkan kesemua mereka sedar daripada lamunan kecuali Edward. Edward masih lagi kaku di tempatnya. "Ehem!!" Sekali lagi pengetua berdehem menyebabkan Edward tersedar.

"Jadi, kamu semua mahu apa datang ke sini?" Tanya Pengetua Willow kepada mereka berlima.

"Ka..kami nak ta..tahu kenapa Eelan tak datang harini sebab tuan adalah orang terakhir yang berjumpa dengan Erlan, jadi kami datang untuk tanya tuan pasal tu." Sara menjadi wakil kepada mereka berlima.

"Owh, pasal tu.."

Pengetua Willow mula menceritakan yentang Erlan kepada mereka berlima.

_________________________________________

"Ok baju dah siap kemas dan semua barang yang aku perlukan dah ada." Erlan bercakap seorang diri di dalam biliknya, jika orang lain lihat dia, pasti disangkakan gila.

Erlan menggalas beg yang bersaiz kecil, semua barang keperluannya sudah ada di dalam beg itu. Jika dilihat di dalam beg itu hanya terisi sepasang baju dan seluar dan satu kantung yang diisi air biasa. Hanya itu yang diperlukannya untuk memulakan pengembaraannya ke Bandar Iexus.

Baju sweater bewarna hitamnya dipakai dan pedangnya yang berada di penjuru katil dicapai dan diletakkan(?) di belakang badannya. Tetapi kali ini, pedang yang digunakan adalah berbeza, dulu dia menggunakan pedang jenis katana tetapi sekarang dia menggunakan pedang yang berbeza rupanya tetapi corak di pedangnya sangat unik dan menarik. Bilah pedang itu bewarna hitam menjadikannya sangat sepadan dengan warna pakaian Erlan yang bertemakan warna hitam. Dari atas sampai bawah, kesemuanya hitam, nasib muka je yang tak hitam. Pedang itu adalah harta peninggalan ayahnya. Semasa dia keluar daripada bilik rawatan, pengetua Willow datang berjumpa denganya dan menghadiahkan pedang tersebut katanya peninggalan daripada ayahnya sendiri. Jadi Erlan membuat pilihan untuk menggunakan pedang tersebut dalam pengembaraannya ini.

Gambar keluarganya yang berada di atas meja diambil dan ditelitinya terlebih dahulu lalu menyimpannya di dalam poket seluarnya. Erlan mencapai tombol pintu rumahnya lalu menarik daun pintu itu.

Apabila sahaja pintu terbuka, kelihatan lima figura berbentuk manusia sedang berdiri di hadapan rumahnya. Mereka ialah kawan-kawannya. Erlan terkejut melihat kedatangan tetamu yang tak diundang itu.

"Apa yang korang buat kat sini.. Dengan beg lagi ni?" Erlan bertanya sambil menundingkan jarinya ke arah mereka berlima.

Kesemua rakannya hanya tersenyum dan hanya Edward sahaja yang tersengih seperti kerang busuk.

"Kami datang sini sebab nak temankan awak dalam perjalanan ke Bandar Iexus. Bandar tu bukannya dekat tahu, dahlah berada kat Wilayah Fulgurim pulak tu, jauhh.. Lagipun awak pergi jalan kaki, kalau naik Walker mesti cepat sikit, tu pun ambil masa seminggu baru boleh sampai." Sara berkata sambil menundingkan jarinya ke arah kaki Erlan.

"Jauh... Jauhhh..." Edward tiba-tiba muncul di sebelah Erlan sambil membuat gema 'jauh' berhampiran telinga Erlan. Hyperactive nampaknya budak ni.

Mata Erlan tiba-tiba berkaca. Perlahan-lahan air mata gugur seperti hujan. Menangis. Tetapi dia menangis bukan sebab terharu akan kebaikan rakan-rakannya, tetapi kerana Edward dengan pantas menggeledah rumahnya untuk mencari bekalan makanan. Habis bersepah kesemua barang yang disimpannya. Kemudian Edward keluar bersama beberapa biji buah di tangannya beserta beberapa cucuk sate minor yang telah disimpan oleh Erlan untuk dimakan ketika pulang nanti. Sudah bersusah payah untuk mendapatkan sate tersebut kerana ianya edisi terhad, tetapi akhirnya orang lain yang kenyang.

"Tapi macam mana awak semua boleh tahu tentang perkara ni?" Tanya Erlan curiga.

"Ooh, pengetua Willow yang bagitau, jadi kami semua bercadang untuk teman awak, selepas apa yang kita dah lalui bersama, kami tak akan tinggalkan awak dan kami juga nak tahu tentang kuasa awak yang pelik tu kalau kita tanya abang awak." Freyla pula yang menjawab menggantikan tempat Sara. Sara kini sedang sibuk mengejar Edward kerana ingin mendapatkan sate minor edisi terhad itu. Perangai, kalah budak-budak.

Walaupun Erlan tersenyum ketika mendengar kata-kata Freyla itu, tetapi hatinya sedang menyumpah-nyumpah Pengetua Willow itu kerana memberitahu mereka tentang perancangannya.

"Jadi, terima kasihlah sebab awak semua sanggup teman saya ke Bandar Iexus dan terima kasih pada Edward kerana dah kosongkan makanan saya kat dapur." Erlan berkata sambil menjeling ke arah Edward, Edward hanya tersengih.

"Jadi, mari kita pergi, jom!!" Jerit Erlan lalu memulakan langkah pertamanya menuju ke bandar Iexus.

"Jom!!" Sahut kesemua rakannya dengan gembira.

Elemental World: The Cursed BoyWhere stories live. Discover now