BAB 27 VOICE WRECKER

680 34 11
                                    

Asap putih berkepul-kepul keluar dari mulut Pakcik John. Pokok yang berdekatan dengan gua tersebut dijadikan sasarannya untuk melabuhkan punggung. Sudah hampir lima minit berlalu sejak keenam-enam remaja itu masuk ke dalam gua.

Baru sahaja Pakcik John ingin melabuhkan punggungnya. Tiba-tiba...

Warghhh!

Kedengaran bunyi ngauman yang menyakitkan telinga datang dari dalam gua tersebut.

Pakcik John dengan segera membetulkan posisinya, bersiap siaga akan apa yang bakal terjadi. Matanya memandang jauh ke dalam gua yang gelap itu. Matanya dikecilkan, cuba untuk mencari sebarang pergerakan di dalam gua itu.

Usaha Pakcik John berjaya apabila dia melihat kilauan berwarna kuning yang berkelip setiap satu saat.

Ahhhh!!

Bunyi jeritan yang kuat datang dari dalam gua tersebut.

Pakcik John cuba menumpukan perhatian kepada cahaya kuning tersebut, alangkah terkejutnya Pakcik John apabila melihat Edward sedang melompat dengan laju keluar dari gua tersebut. Setiap lompatannya menghasilkan petir untuk menambah jarak lompatannya.

"Aih, cepatnya diorang selesai, baru berapa minit kut. Budak-budak ni memang hebat lah". Pakcik John tersenyum gembira dengan kejayaan mereka.

Pakcik John melambai-lambaikan tangannya kepada Edward dengan riangnya. Kemudian dia melihat Edward menggerakkan mulutnya berulang ulang kali. Seperti sedang mengulangi perkataan yang sama.

"..ri!!"

"Apa dia Edward? Pakcik tak dengar lah!"

Pakcik John menumpukan perhatian sepenuhnya kepada suara Edward yang tenggelam timbul itu.

"..ri!!"

Suara Edward sekali lagi tidak dapat didengari oleh Pakcik John.

"Hah?! Apa?!!"

Pakcik John melihat Edward menarik nafas sedalam yang mungkin. Bersedia untuk laungan terakhir.

"LARI!!"

Pakcik John terkejut mendengar perkataan itu. "Aik kenapa pulak dengan budak-budak ni?".

Sebelum sempat pertanyaannya terjawab, bunyi ngauman yang bergema dengan kuat datang dari dalam gua tersebut. Pakcik John terpaku, kakinya tidak dapat digerakkan walaupun nalurinya  sudah memberi arahan agar lari, lari dan lari.

Edward sudahpun berjaya keluar daripada gua tersebut. Dengan kepantasan kakinya Edward berlari menuju ke arah si tua yang tidak berdaya itu. Lalu sepantas kilat Edward berjaya melintasi Pakcik John untuk menyelamatkan dirinya.

Seketika kemudian muncul pula lima orang pemuda dari dalam gua tersebut cuba untuk menyelamatkan nyawa mereka yang berharga itu. Kesemua mereka sedang menjerit ketakutan kecuali Reina. Apa yang korang harapkan dari Reina kan?

Walaupun jeritan mereka bagaikan anak-anak kecil, tetapi kaki mereka menjalankan tugas dengan baik.

"Woi Edward!! Sampai hati kau tinggal Pakcik John macam tu je, nama je pelatih kesatria!!". Freyla melaung dari jauh dengan muka yang geram.

Mereka berlima telahpun keluar daripada gua tersebut sementara cengkerik itu masih lagi berada di dalam gua.

"Sara!"

"Baik!"

Dengan arahan yang sangat mudah, Reina dan Sara mengeluarkan element masing-masing. Sara menghentam tanah menggunakan penumbuknya manakala Reina mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Elemental World: The Cursed BoyWhere stories live. Discover now