Bab 6

122 23 0
                                    


6 tahun yang lalu,

Kelihatan seorang gadis menuju ke sebuah kamar dengan membawa sepucuk surat. Gadis itu ialah princess Himeka, anak kedua King Louis.

"Hmm,tak sabar pulak aku nak mintak kebenaran ayahanda", surat yang dipegang dipandang lama dengan hati yang gembira.Tapi itu tak lama apabila dia terdengar suara ayahandanya yang sedang mengerang kesakitan. Surat tersebut lantas terlepas dari pegangan tangannya. Air mata mula bertakung apabila terlihat ayahandanya sedang terbaring lemah di atas lantai dengan darah diperut seperti telah ditikam. "Ayahanda!",Himeka berlari menuju ke dalam kamar tersebut.

"Ayahanda ! Macam mana boleh terjadi macam ni dan siapa?Siapa yang tergamak lakukan ni?",tanya Himeka dengan mata yang masih bertakung. Dia cuba untuk menyembuhkan luka ayahnya dengan menggunakan sihir perubatan tetapi tidak berjaya. Dicuba lagi - lagi dan lagi malah mendapat keputusan yang sama. Kebetulan Drake lalu kat kawasan tu. Dia maju ke arah Himeka.

"Apa yang berlaku ni?Himeka?"

Himeka langsung tidak mempedulikan soalan itu kerana dia sangat resah. King mula bersuara lemah..

"Himeka,janji dengan ayahanda suatu hari nanti kamu akan memerintah kerajaan ni ye?Jangan bagi 'dia' yang mengambil alih."

"Apa yang ayah mengarut ni?Tak,tak..ayahanda"

"Drake,bawa Himeka lari dari sini!Tempat ni dah tak selamat,cepat!Himeka..ayahanda nak Himeka tahu yang ayahanda sayang kamu..",itulah kata-kata terakhir King Louis sebelum badannya menjadi debu.

"Ayahanda.."

Selepas itu, istana mula bergegar menandakan ia mahu runtuh .Drake mendukung Himeka keluar dari istana.Di luar, para hulubalang istana mula mengepung mereka dan memberikan laluan. Seorang perempuan mula berjalan ke arah Himeka dan Drake.

"Hahahaha,kau dah terperangkap Drake.Serahkan Himeka kalau kau nak hidup dan biar aku bunuh dia macam aku bunuh ayahnya",katanya melalui telepati.

"Shit!Takguna kau Roseline",tanpa melengahkan masa, Drake mula memegang tangan Himeka dan membuka portal. Mereka berdua menuju ke sesuatu tempat yang lebih selamat iaitu Istana Vampire melalui portal itu.

"Huhh!Suatu hari nanti aku akan bunuh jugak budak tu.Kau larikanlah dia walau serata demon world pun.Aku akan bunuh jugak dia.Hahahaha"-Roseline.

Di istana vampire,Drake telah ceritakan segala apa dia tahu tentang tragedi pagi tadi kat King Vampl,adik kepada King Louis.Rupa-rupanya Himeka telah diperangkap oleh Queen Roseline,isteri kedua King Louis dan dia sudah lama merancang strategi itu untuk menakluk kerajaan Angelist. Drake sempat memesan kepada Himeka supaya lebih berhati- hati sebelum dia pergi.Di sana,Himeka tinggal di dalam istana.King Vampl selalu melatih Himeka untuk menjadi lebih kuat. Dia bangga terhadap Himeka kerana boleh menempuh segala ujian walaupun masih kecil.

Pada malam itu,

Himeka membuka tingkap istana di dalam biliknya dan merenung bulan dan bintang.

"Bonda,ayahanda ..
Suatu hari nanti Himeka akan balas perbuatan dia kat keluarga kita. Himeka janji.",kata Himeka dengan tangisan. Tak lama kemudian, shooting star pun kelihatan.Himeka membuat satu hajat,

"Semoga suatu hari nanti saya jumpa awak,Ichi..",senyuman dikutumkan. Selepas shooting star itu hilang, mata mula bertakung. Air mata mengalir selaju-lajunya. Itulah malam yang penuh tangisannya. Nasib tidak didengari oleh orang lain.

Dia sudah bertekad ..

Sejak peristiwa itu berlaku, Himeka yang dulu bukanlah yang sekarang.. dia sudah tak seceria dulu dan senyumannya tidak dilebarkan. Panggilan yang digunakan pun ditukar,dari saya-awak ke aku-kau kecuali ketika dia bercakap dengan orang tua. Ketawa, senyuman, beramah mesra, semua itu tidak wujud lagi dalam dirinya. Kalau ada pun hanya lakonan untuk menutup kesedihan yang dipaparkan.

Hidup Himeka kini berubah dan mempunyai banyak lakonan dalam dirinya. Sejak itulah juga dia menutup separuh wajahnya dengan mask sehinggalah dia bertemu dengan...

'dia',Ichi nya.


____________________________________

Sorry sebab pendek dan lambat update.

Memo-

•Drake berada di istana Angeloust ketika itu atas satu urusan.Dia pernah menjadi ketua hulubalang di kerajaan vampire.

• Keluarga Himeka sebenarnya ada banyak keturunan.

Fate ( Malay )Where stories live. Discover now