Bab 11

87 15 2
                                    

Setelah Roura makan dengan gelojohnya, Yes!!
Nanti kena naik kuda lah jawabnya. Bosan nak mampuis duduk kat belakang Leo. Award silent lahh!

Okay! Ada satu perkara yang Roura tak puas hati dengan Leo.
Sakit tekak dah dia tanya lelaki tu siapa sebenarnya dia? Apa yang berlaku seriously?

Leo hanya jawab,

"Nanti kau tahulah..",Haa! tiga patah perkataan tu ja yang keluar dari mulut dia. Hishh! Geram doh! Mintak saba' lah banyak².

"Okay, dah sampai dah"

Wahh! Ni ke istana ape tah tu?
Besa' tul.

"Woi ko berangan pe lagi? Nak aku suruh kau baru turun ke?" ,erghh! Minah ni..

"Hollaa..Kau ni, sa-", tak sempat gadis itu nak bebel panjang², dia terus jatuh bila kuda tetiba je tercongek . Leo pergi dari situ, dan tak lupa ketawa mengejeknya tu. Terkial-kial lah gadis tersebut bangun dan membototi lelaki tu.

Roura POV

Sepanjang 'perjalanan' dalam istana tu sempat jugaklah aku curi² tengok barang² yang ada dalam tempat tu sampai ke satu bilik ni. Tapi kat pintu bilik tu
Ada corak pelik. Tak lupa jugak ada rantai dengan mangga besar gedabak terhias kat situ.

"Erk..Lady Roura? ",mata aku masih lagi tengok pintu tu. Orang kat sebelah aku dihiraukan.

"Kenapa pintu ni berkunci?"

Lupa. Orang kat sebelah aku dari tadi tu ,Klya. Tugas dia macam seorang Dayang jugaklah. Tapi pangkat tinggi sikit. Ketua dayang? Lebih kurang cam tuh.

"Erk, Klya? Pintu apa ni. "

"Lady, nak tahu tu bilik siapa? Nanti saya terangkan K? Jom kita ke bilik lady dulu", Roura hanya mengikut tanpa membantah. Nanti pun tahu jugak dia. Tak payah gelojoh. Sebenarnya.. Arghh.  Nanti aku bagitahu lah.

Leo, maafkan aku sebab tipu kau.

Pemandangan di depan aku ni sangat indah. Tasik. Warna airnya unik. Tak berubah, sama macam dulu. Dah setahun berlalu. Tak sangka aku jejakkan kaki kat sini lagi.

"Cantik kan?",aku mengangguk. Leo duduk sebelah aku. Dia hanya tengok kosong je kat tasik tu. Hmm.

"Roura"

"Yup. Kenapa?"

"Kau tak payah nak tipu lagi. Aku tahu tu kau",erkk. Dia dah tahu dah ke?

"Kau tak payah nak menyorok lagilah dalam badan budak tu. Kau tahukan cara kau sekarang ni salah. Lepaskan dia. Biar budak tu tenang kat sana"

"Apa yang kau merepek ni Leo?",suara aku mula meninggi. Arghh! Dia dah tahu.

"Tolong cerita segalanya pada aku sejak kau hilang hari tu. Aku tahu kau terseksa"

"Kau ingat senang ke, nak lepaskan budak ni. Biar aku duduk dalam badan dia. Aku..aku..",air mataku bergenang.

"Aku nak balas jasa dia. Sebab aku, budak ni mati",aku ingat lagi setahun lepas. Masa aku menghilang tu sebenarnya..

Tahun lepas,

Aku masuk portal di depanku. Untuk ke dunia manusia. Aku nak belajar hidup kat sana. Kat sini, banyak sangat memori hitam. Start sekarang, aku nak lupakan apa yang dah berlaku.

Maafkan aku Leo. Aku tak bagitau kau keputusan ni. Aku nak mulakan hidup baru kat sini.

Lagipun,  aku nak buat apa kat demon world kalau aku tak penting dah di sini. Kuasa aku dah tak da. Manakala orang lain ada. Aku tak sanggup. Lagi.

Maafkan aku sekali lagi.

Setelah masuk dalam portal tu, aku keluar darinya. Aku perhati kat sekeliling kawasan ni. Hutan. Sama je kalau nak kira rupa hutan kat sini dengan hutan kat demon world.

Arghh. Sakit. Kepalaku dipegang.
Selepas tu sekelilingku menjadi gelap. Badanku rebah. Suara budak perempuan memanggilku kedengaran.

Buka mata je aku dah ada dekat dalam bilik. Tapi bilik ni bukan bilik aku. Habis tu?

"Kakak. Dah bangun? Baguslah", seorang budak berjalan ke arahku. Dia mengambil kain lembap di atas dahi aku dan menukar nya. Maksudku, kain tu dibasahkan lepastu diperah dan diletakkan kembali diatas dahiku. Hmm.

Melihat perlakuannya, mungkin aku demam kot.

"Adik siapa? Kakak kat mana ni?"

"Saya Fea. Kakak ada kat dalam bilik saya "

"Oh, nama kakak siapa?"

"Kakak Himeka", Fea hanya mengangguk. Dia pun menceritakan apa yang terjadi dan macam mana aku boleh ada kat sini.

Berdasarkan ceritanya, aku dah dua hari pengsan. Hmm mungkin aku tak biasa mana dengan persekitaran dunia ni kot.

"Adik sebenarnya tinggal dengan siapa?",masa aku berjalan-jalan rumah ni, nampak besar. Takkanlah dia tinggal sorang².
Tapi dia kata, abang dia tolong angkat aku ke sini masaku pengsan.

"Oo. Saya tinggal dengan seorang abang yang garang. Haha. Kak Himeka jangan bagitau dia, saya cakap macam ni ehh?", mendengar ketukan pintu, laju saja tangan Fea memulas tombol.
"Abang!!"dia terus memeluk lelaki tu. Aku tak berapa nampak muka dia sebab dilindung Fea.
Bila Fea turun. Lelaki tadi menoleh ke arahku.

What??!!

"Kau dah sedar",acuh tak acuh je dia tegur. Mataku dicelikkan beberapa kali. Betul ke apa aku tengok sekarang ni?

"Hasuke? Kau ke? Tu.. Wei!! Kau menghilang ke mana selama ni haa?"

"Ye. Ni aku. Jap. Siapa kau?"

"Woi! Kau tak ingat dah ke aku?", dia hanya diam. Sah dia tak leh cam wajah aku. Lupa. Mana dia boleh cam kalau tengok muka sebenar aku? Erkk.. Selama ni dia mana pernah tengok pun.
Apa ler kau ni Himeka.

"Kenal tak budak perempuan yang selalu pakai topeng? Masa kat academy Seira?",dia mengangguk.

"Aku lah dia!"

"Ohh.."

"Jap, kau Himeka ke?",aku ditiliknya dari atas ke bawah.
Aku perasan mulut dia melopong
Pahal?

"Seriously ni Himeka?",aku mengangguk.

"Gila Ah! 100% lain daripada Himeka du-"

"Abang, Fea nak pergi main dengan kawan ya? Bye"

"Pergilah. Bye"

"Erkk, sambung cerita tadi.
Lain gila. Himeka yang dulu pendek. Sekarang ni tinggi pahal?"

"....."

"Okay². Lupa."

Lepastu kitorang pun bersembang pahal ahli BH yang lain except Kaito. Aku ada jugaklah tanya mana ahli yang lain pergi. Tapi dia pun tak tahu.
Semuanya ikut haluan masing².

"Betul ke kau ni Himeka?",dia tanya hampir kali ke sepuluh.

"Ya...Berapa kali lagi kau nak tanya?"

"Hehe. Aku masih tak percayalah..",ikut pandai ko ler..

"Kalau betul kau ni Himeka, aku ingat ke muka asal kau teruk sebab kau selalu tutup dengan topeng tapi..ni..Wow! Gila Ah...",sekali lagi aku dikatakan waras.

"..muka kau nampak macam pakai mekap. Kau pakai eh.."

Mukaku ditiliknya. Sambil tu ada jugak dia cubit pipi aku. Lepas tu Hasuke tengok kat tangan dia.

"Ehh, tak de makeup pulak kat tangan aku ni..kau pakai makeup apa ehh, sampai tak leh pudar kat muka kau?"

"...."

"Erkk, sorry. Aku tak tau lak. Hehe. Ingat ke kau pakai makeup tadi"

"Hmm teruk sangat ke 'makeup' yang aku pakai ni?"

"Tak pun.."

"Habis tu pahal?"

"Kau..cute namatey. Hehe.",jelas muka dia sedikit merah.

"Tapi betul ke kau tak pakai sebarang makeup?",dahiku diketuk perlahan. Aduhai dia ni..

Fate ( Malay )Where stories live. Discover now