Bab 2

179 25 0
                                    

Kaito berjalan kearah bilik pengetua atas urusan seorang ketua pelajar.. ~Kaito seorang ketua pelajar? Macam x percaya je kan? Apa2 hal baca dulu k.

Dia berjalan melalui selekoh apa entah .Tiba2...

PAKK!

"Aduh.. Sakitnya",Kaito dan seorang gadis' selamat' menghempap ke atas lantai merintih kesakitan. Baru sahaja Kaito hendak memarah perempuan yang melanggarnya tadi, dia terus terbantut kerana tergamam melihat gadis itu walaupun wajahnya ditutupi mask. Tidak pernah dia berjumpa orang yang sangat cantik persis bidadari melainkan Sayaka. Yup, sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap perempuan itu.

Apabila gadis di depannya memandang dia, Kaito terus bangun dan membantu gadis itu berdiri. Dia sudah sedia menerima bebelan daripada orang yang x dikenali di depannya itu. Maklumlah orang perempuankan suka membebel.
Gadis di depannya bow 90°.

"Ma.. Maafkan saya!",kata gadis itu. Keito terkejut dan juga memuji tatasusila gadis itu. Yelah.. Susah nak jumpa orang yang macam ni.

"Hmm,x ape.Kamu pelajar baru ke? Saya x pernah lagi nampak kamu sebelum ni dan kamu hendak kemana ni?",kata Kaito dan gadis itu hanya mengangguk.Kaito amat mengenali setiap pelajar dan guru dalam sekolah ni, malah, pekerja di sini pun.

"Oh !Saya hendak ke bilik pengetua di sekolah ni untuk daftarkan diri"

"Kalau macam tu,jom kita kesana.Sebenarnya saya juga hendak ke sana",ajak Kaito dengan muka x berperasaan. Mereka pun menuju ke destinasi.
Tok!Tok!Tok!

"Masuk"

Kelihatan seorang pelajar perempuan memasuki ke dalam bilik pengetua."Oh!Hiuka,lama pakcik x tengok kamu.Silalah duduk",kata pengetua dengan senyuman di bibir. "Saya sebenarnya nak daftarkan nama saya disini",balas Hiuka. Dia sebenarnya tersenyum jugak, tapi senyumannya dilindung mask yang dipakainya.

"Oh, pasal tu. Tuan Felix daftar dah. Kamu cuma perlu masuk ke dalam kelas kamu jer.Kaito!saya tau kamu kat luar tu,masuklah",
kata pengetua Lernoe. Kaito pun masuk ke dalam dengan muka x berperasaan.

"Kaito,kamu hantar Hiuka ke kelas kamu.Dia sama kelas dengan kamu dan kalau kamu ada hal dengan saya,boleh jumpa lepas rehat nanti"

Oh! Dia sama kelas dengan aku ye?, bisik hati Kaito. "Hmm,baiklah pengetua",Kaito melihat ke arah pengetua dan beralih kearah Hiuka. "Jom",ajak Kaito dengan menarik tangan Hiuka keluar dari bilik pengetua. Sebenarnya setiap kali dia memandang mata Hiuka,dia teringat seseorang tetapi dia pun tak pasti siapa orangnya.
____________________________________

Writer~Maaf pendek.

Fate ( Malay )Where stories live. Discover now