CHAPTER 9

103 12 0
                                    

{YOONA POV}

tiba-tiba masa lalu terkenang diminda aku dalam keadaan kepala masih tersembam dimeja aku

-flashback-

selepas je jihyo keluar dari rumah usang, aku yang terbaring dekat lantai berlumuran darah terus bangun serta mendekati tiffany

"fany fany yahh! bertahan sikit fany"

aku gunakan semua kudrat aku untuk memapah tiffany. aku tetap memapah kawan aku even perut aku sendiri sakit akibat tusukan jihyo. nasib tusukan itu  tak dalam sangat. tapi? jihyo sengaja tak tusuk dalam-dalam ke? sebab nak bagi kitorang hidup ke?

jalan punya jalan, aku terjumpa jalan raya dan ada kereta lalu-lalang, aku terus minta pertolongan.

{SKIP}

tiffany koma, aku pulak? kena tahan kat hospital buat sementara waktu sebab luka kat perut aku tambahan pulak kesan seksaan jihyo

polis yang siasat kes ini meminta aku untuk jujur

"saya nampak ada seorang lelaki guna topeng serta hoodie kelabu yang buat semua ini, saya tak nampak muka dia"

aku tipu polis semata-mata demi jihyo. ternyata tindakan jihyo beri kesan impak kepada aku

polis pun berlalu pergi selepas dengar penjelasan aku

'emm hyo, aku harap kau dapat maafkan aku hyo. aku banyak sangat buat dosa kat kau. gara gara aku dengan tiffany kau ada masalah mental macam ni. kalau dapat undur balik masa, aku akan jaga kau macam kakak aku hyo. aku sayang kau hyo' bisik yoona kecil sambil menangis

selepas semua ni, aku mengalami trauma. setiap malam aku akan mimpi buruk dimana tragedi jihyo seksa aku dengan tiffany. lepas je tiffany bangun dari koma selama sebulan, tiffany mengalami masalah kemurungan serta sering mimpi buruk macam aku

parent tiffany bawa tiffany balik ke tempat kelahirannya di los angeles untuk dapatkan rawatan disana

aku pula sambung kehidupan seperti biasa tetapi aku jadi lebih baik berbanding dulu yang gedik dan suka buli orang tapi disebabkan kebaikan aku, aku pula sering jadi mangsa buli disekolah. memandangkan tiffany takda dan aku alone so aku jadi mangsa buli dorang untuk balas dendam masa dulu

aku pasrah

{END YOONA POV}

PSYCHOPATH Where stories live. Discover now