Bab 10

17.4K 183 10
                                    

Rumah Dato Mazlan dirasakan amat sunyi pada hari ini.Jika Adam masih menumpang tidur disini,pasti suara azan subuh akan bergema seisi rumah.Setiap ahli keluarga juga akan dikejut untuk bangun solat subuh berjemaah

"Adik!!!Dah hampir pukul 7 ni.Tak pergi kerja ke??"soal Mama bersama ketukan dipintu.Tua-tua pun masih mengharapkan Mama untuk datang mengejutkannya bangun daripada tidur

"Adik dah siap Ma"balas Mia perlahan dan tak bermaya.Semangat nak bekerja down.Semua ini gara-gara Adam.Baju kurung moden yang mengikut saiz badan disarungkan ke tubuh

"Okay..jangan tidur balik tau"pesan Mama.Risau tak bertempat betullah Mama ni.Dah siap mandi bagai,nak tidur balik buat apa

Mia berdiri dihadapan cermin almari yang besar.Ditilik tubuhnya dengan pelbagai 'posing'.Takut terlalu ketat sehingga menjolok mata.Lips gloss dicalit sedikit dan tak lupa juga bedak sikit.Buat apa nak tebal-tebal,dia dah cantik natural lagi berkeyakinan

Sudah berpuas hati dengan penampilannya,Mia mengambil handbag LV beserta beberapa fail berkaitan pelajarnya.Diharap hari ini ada sinar buat dirinya.Azamnya untuk bekerja penuh tekun supaya fikirannya tak akan terfikirkan Adam lagi

"Adik..nak breakfast dulu ke??breakfast dah siap,kejap lagi Bibik hidangkan"tegur Mama sebaik Mia turun dari tangga

"It's okay Ma..Adik breakfast dekat sekolah je"Mia selalu breakfast dekat sekolah je.Perutnya kurang diberi makan pada waktu pagi begini"Abang Zack dan Kak Lia mana??"soal Mia

"Abang Zack dan Kak Lia macam tulah!!Selalu bangun lambat.Tabiat dari kecil sukar nak diubah"bebelan Mama menggelikan hati Mia

Mia membuka almari kasut dan mengambil sepasang kasut tumit rendah lalu dipakainya"Nanti Mama kejutkanlah mereka berdua tu.Kalau Mama tak kejut,alamatnya mereka berdua tak pergi kerja lah hari ini"

"Hurmm,yelah..Memang dah jadi tugas Mama tiap-tiap hari.Sabar jelah!!"luah Mama.Mia tersengih seperti kerang busuk.Langsung tak rasa bersalah kerana dah menyusahkan Mamanya

"That's why we love you Mom."Tangan lembut Mama disalam penuh hormat dan tak ketinggalan dua kucupan dipipi.Perbuatan itu diajar oleh Mama sendiri dan diamalkan sejak kecil lagi.Sudah sebati dengan itu semua

"Nah..bye,see you soon"Mia berjalan kearah keretanya sambil melambai kearah Mama.Ketika hendak memasuki keretanya,dia baru teringat sesuatu

Langkah diambil menuju kearah Mama kembali."Adik ada tertinggal barang ke??"soal Mama.Mia tersenyum simpul.Tak berkata apa-apa

"Adik terlupa nak tinggalkan hati Adik kepada Mama"tangan Mama menyentuh dahi Mia"Adik demam eik??nak tinggalkan hati bagai"

"Bukanlah Ma..Adik nak tinggal kepada Mama supaya Mama boleh jaga hati ini untuk Abang Adam"Mia tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik

"Nak suruh Mama cia kan ke??Tak adanya orang yang nak culik hati kamu disekolah tu.Nak suruh Mama jaga..habis Papa tu siapa yang nak jaga??"

"Alah Mama ni..nak suruh jaga pun susah.Bukannya suruh hiris,masak gulai"Muka Mia masam sahaja.Tak ketinggalan muncungnya

"Alelele..anak Mama ni dah pandai merajuk.Merajuk sebab Mama tak nak jaga hati dia yer??"pujuk Mama sambil mencuit pinggang Mia.Dalam diam,Mia termakan pujuk juga

"Jadi Mama setuju nak jaga hati Adik??"

Mama tersenyum manis pada mulanya lepastu riak wajahnya bertukar seperti singa betina yang lapar"Dah!!pergi kerja sekarang.Dah lewat ni,nanti kena marah pulak!!"betullah komen reader,such a Drama Queen.

"Yelah-yelah!!"muncungnya masih memanjang dan gerak-gerinya juga seperti budak yang merajuk kerana tak dapat coklat

"Jangan nak bermuncung-muncung macam tu.Pelajar-pelajar yang tengok akan kata mulut kamu disumpah menjadi mulut itik"

Reality CintaWhere stories live. Discover now