Bab 14

11.8K 153 11
                                    

"Ma..Abah,Adam minta maaf yer.Tahun ini kita tak ada rezeki beraya bersama"Beg bajunya digalas.Terminal Bas di Lembah Sireh ini semakin sibuk nampaknya.Satu per satu bas memasuki kawasan terminal

"Tak apalah Adam..Dah dua kali Abah beraya dengan kamu.Abah dah biasa beraya tanpa anak.Dah bertahun-tahun dah"suara Abah sayu didengari.Ma pula menjeling Abah geram

"Abah tu buat macam Ma tak ada je disisi dia.Tak bersyukur lansung.Tiap-tiap pagi raya,muka Ma inilah yang menggembirakan hati Abah"

"Awak tu lain!!Ini perasaan beraya bersama anak,bukan bersama bini"

"Apa yang beza dua tu?!"

"Kan beza tu..anak dengan bini"

"Yelah..Bini boleh ditunggang malam-malam.Anak tak boleh ditunggang.Itu jelah bezanya"Muka Adam merah menahan malu.Ma bercakap tak ada batas lansung ditempat awam macam ni.Dengar dek orang,malu 7 keturunan Ma nanti.Keturunan aku lah nanti!!

"Tahu pun.Benar lagi kebenaran dan sememangnya dibenarkan"ujar Abah sungguh bangga dan mendabik dadanya

Adam mengerling kearah jam tangannya.Sudah menunjukkan pukul 10:30.Bas bertolak pukul 10:45.Masih ada masa lagi"Ma..rendang dan ketupat tu simpanlah untuk Adam yer"

"Boleh..tapi kena balik awallah.Kalau hari raya ketiga baru balik,jawabnya kempunanlah kamu nak makan rendang Ma tahun ni"

"Ma tipu Adam tu.Siapa nak makan rendang dia sampai habis kalau Adam tiada kat rumah.Orang kampung memang dah fasih dengan rendang hangus Ma kamu ni"Abah berbisik kepada Adam

Tawa Abah dan Adam meletus bila teringatkan hari raya tahun lepas.Memang rendang Ma dikategorikan sebagai makanan yang kurang dijamah oleh orang kampung.Makanan lain seperti sate,lemang dan ketupat..semuanya licin.Hanya tinggal rendang yang tak terusik diatas meja.Hahah kenangan mengusik jiwa betul

"Ada lah tu isu yang menggelikan hati mereka berdua.Malas nak dengar"ujar Ma.Dia tak sedar Adam dan Abah sedang mengumpat tentang rendang hangusnya

Adam melihat angka jamnya dah hampir masuk pukul 10:45 pagi.Sudah tiba masanya untuk dia naik bas.Kang terlewat,marah pula driver bas kerana perlu menunggunya walhal dia bukan kelas VIP pun

"Adam pergi dulu,Abah"tubuh tua Abah dipeluk lama seolah tak akan bertemunya lagi.Abah mengusap belakang tubuh Adam perlahan lahan.Dia faham susah nya untuk berpisah

"Ma.."Tubuh Ma juga dipeluk hangat.Dia akan rindukan Ma selama dia berada di KL.Lagi pula,lagi beberapa hari dah nak raya tapi nasib baik juga kali ini dia tak berpeluang beraya disini.Tak perlulah dia dipaksa makan rendang hangus Ma lagi.Hehehe,rendang hangus itu pun dia akan rindukan jugak.Selepas itu,Adam leraikan pelukannya

"Bye..Assalamualaikum"Adam berlalu ingin menaiki basnya.Sebelum menaiki bas,sempat lagi dia melambai kearah orang tua yang dah banyak berjasa kepadanya selama tiga tahun dia tinggal bersama.Mereka turut membalas lambaian Adam dan disertai doa kepada Allah agar perjalanan Adam selamat

********REALITY CINTA********

Baju raya semuanya dah siap dijahit by Dahlia's Boutique.Salah satu butik yang famous di semenanjung.Setiap tahun keluarga Dato Mazlan menempah baju raya dibutik ini.Kualiti jahitan dan kainnya tak boleh dipertikaikan.Padanlah dengan harga sepasang!!!

Baju dah lama ditempah tapi baru je siap.Nampak tak betapa gilanya?Berbulan-bulan sebelum puasa dah ditempah tapi tempahan siap akhir bulan Ramadhan.Dahsyat gila lah.Mana tak dahsyat kalau keluarga Dato Mazlan sahaja sudah menempah sepuluh pasang baju.Confirm orang lain pun tempah baju lebih dari sepasang

Hari ini Mia menemani Mama pergi ke Dahlia's Boutique untuk mengambil baju raya.Notis sudah dihantar melalui aplikasi Whatsapp bermakna tempahan sudah siap dan perlu diambil segera kerana butik akan ditutup 2 hari sebelum raya

Drivernya,tak lain tak bukan iaitu Papa,sambil jadi driver Papa akan jadi pengangkat barang.Kejam ke?Hehehe...Taklah kejam sangat..Hahah

"Yeay!!Boleh shopping lebih sikit kalau Papa ada kat sebelah".Teruja Mia didalam kereta.Habiskan duit Papa jelah,duit kerja sendiri belum ada

"Siapa yang nak shopping?Mama nak ambil baju yang dah siap ditempah.Bukan nak shopping-mopping.Kan Mama?"Berderai tawa Mia mendengar Papa speaking sesuka hatinya.

Mama mengerutkan dahinya.Kenapa dengan Papa hari ini?Macam tak ada duit je.Kaya tu taklah kaya sangat tetapi cukuplah untuk bermewah-mewahan.Anak-anak pun sudah ada kerja sendiri"Apa salahnya Pa?Selepas ambil baju,kita shoppinglah"

"Haaaa..yelah"mulut sahaja yang mengiyakan tapi hatinya tak.Sebab kenapa dirinya tak nak menemani Mama dan Mia shopping tak lain tak bukan iaitu mereka berdua shopping bukan main lama.Dah tu,dirinya pula yang terpaksa mengangkat barang-barang yang dibeli.Anak-beranak tu cuma tahu memilih,mencuba dan letak diatas meja cashier.

Mereka berdua tak perlu fikir mana nak cekau duit sebab segala perbelanjaan hanya menggunakan kad kredit yang ditanggung Papa.Sabar jelah.Nafkah harus ditunaikan mahupun zahir ataupun batin.Yang batin tu okaylah.Yang zahir tulah masalahnya.Kalau tak ada duit,boleh hidupkah keluarganya?

"Papa!!Jomlah cepat"

"Haaa..jom lah"

********REALITY CINTA********

Kringg!!!

Kringg!!!

Sedang asyik Papa mengekori Mama dan Mia yang memasuki satu kedai ke kedai yang lain,handphone miliknya berbunyi nyaring meminta untuk dijawab.Seiring itu pahanya bergetar hebat menyebabkan seluruh tubuh Papa juga bergetar.Orang ramai mula memandangnya pelik.Hahaha

Papa menyeluk poketnya dan menggapai phone yang bising berbunyi serta getaran yang kuat dalam poket seluarnya.Nama di screen tertulis Menantuku."Eh?Sejak bila aku ada menantu?"dia yang save nombor itu sendiri.Dia pula yang lupa.Adam.Menantu yang diimpikan

Deringan lansung mati.Hehehe.Bukan main lama dia berkhayal tentang menantu impiannya sampai dia terlupa nak jawab panggilan itu.Kesian Adam.Kali ini dia pula yang mendail nombor Adam

Tanpa menunggu lama,panggilannya terus dijawab oleh Adam.Menantu mithali ni.Baru je Call terus jawab.Ini yang kita mahu.Hehehe

"Assalamualaikum..ada apa Adam?"

"Waalaikumussalam..sebenarnya bas yang Adam naiki rosak"

"Habistu..boleh datang KL tak?"

"Boleh tu memang boleh tapi lambat sikit.Ni tengah baiki kat tepi jalan.Mujurlah rosak tak jauh dari stesen bas tempatan.Boleh juga mereka baiki.Tuhan hulurkan pertolongan Pakcik"

"Alhamdulillah..susahkan Adam je terpaksa datang beraya di KL.Pakcik rasa bersalah pula"

"Eh..Tak ada hal Pakcik.Asalkan beraya je.Tak kisah mana mana pun"

"Hahaha..Okaylah Kalau macam tu.Bila kamu sampai di terminal bas KL,call Pakcik ye"

"In Shaa Allah Taala..Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam..jaga diri elok-elok"

Papa mematikan talian.Haisshh,kalaulah Adam menjadi menantunya,tak risau dia ingin lepaskan tanggungjawabnya untuk menjaga anak perempuannya iaitu Mia.Memang bertuah sesiapa yang memiliki Adam,lebih lebih lagi orang tuanya.Bertuah kerana mempunyai anak yang soleh diakhir zaman ini

Mata Papa liar mencari kelibat isteri dan anaknya.Dia terlupa akan mereka berdua.Mungkinkah masih membeli-belah atau hilang?Ya Allah,minta jauhkanlah daripada keluarganya

********REALITY CINTA********

Baca jelah walau boring pun..Dah Nak raya dah ni..Hehehe..


Reality CintaWhere stories live. Discover now