"Mai hati2 ye kat sini jaga diri. Ibu sayang mai. Mai belajar elok2 tau.Jangan lupa ibu ayah n kakak ok? Nasihat Puan Hidayah ibu maisarah atau nama manja nya Mai, dgn wajah yg sedih kerana tahu akan berpisah sementara.
"Baik ibu..Ibu jangan lah sedih Mai pulak risau nk tinggal Ibu... Mai kat DQ ni x lama lah bu.. 3 tahun je ..ibu jgn risau k...Mai pun sayang ibu"lantas tubuh ibunya didakap erat bagi mengusir segala kesedihan yg bertamu dihati ibunya itu... Terasa hangat tubuh ibunya.
Air mata pula mengambil alih tugas... kelihatan air mata hampir tertumpah di tubir mata Maisarah.
"Ok lah Mai,makin lama makin sedih ibu kamu nanti..ayah minta diri dulu..jaga diri kalau x cukup duit beritahu ayah ok?" Pesan ayahnya encik Harraz..
"Ok ayah"jawabnya ringkas bagi menyembunyikan kesedihan yg mula menyapa emosinya. Hanya lirikan mata Mai yg menghantar ibunya ke kereta. Sebak mula bertandang.
Enjin kereta mula dihidupkan. Lambaian dari kedua org tuanya itu sedikit sebanyak menyebabkan wajahnya mendung. Senyuman terus dilemparkan kerana bimbang org tuanya turut bersedih.
Kereta Honda Civic berwarna putih milik ayahnya meluru laju ke pintu pagar Darul Quran. Empangan air mata yg ditahan akhirnya pecah jua. Pantas pipinya yg putih itu dijamah bagi menyeka air mata itu.
Dia sedar yg dia harus kuat utk menempuhi perjalanan hidup yg baru ditempat yg baru. Hidup sebagai seorang bakal hafizah dlm jangka masa 3 tahun. Dia nekad. Tidak ada ape yg diharapkan di Darul Quran itu melainkan satu anugerah hafazan 30 juzuk Al quran.
Seusai itu,Mai terus berjalan seorang diri ke bilik nya."Kau permudahkamlah YA ALLAH" doanya dalam hati.
YOU ARE READING
Penantian Seorang Niqabis
Short StoryDia sedar yg dia harus kuat utk menempuhi perjalanan hidup yg baru ditempat yg baru. Hidup sebagai seorang bakal hafizah dlm jangka masa 3 tahun. Dia nekad. Tidak ada ape yg diharapkan di Darul Quran itu melainkan satu anugerah hafazan 30 juzuk Al q...