Bab 3

864 9 0
                                    


Ketika dlm perjalanan menuju ke biliknya, lehernya terasa gatal pantas jarinya yg putih melepak itu menggaru leher. Kemudian baru Mai perasan bahawa rantai emas yg dihadiakan oleh ayah dan ibunya tiada dan tidak tergantung di lehernya. Mai mula menggelabah. Dia segera mendapatkan Kak aimi yg kebetulan berada berhampiran dgnnya.

"Assalamualaikum kak,maaf menganggu akak rantai saye hilang saye x tahu tercicir kat mane. Macam mane ni kak?" Tanya Mai sedikit risau. "Ya Allah macam mane boleh hilang,x pe cuba Mai pergi tengok kat masjid mungkin terjatuh disana." Aimi memberi cadangan. "Hmm baik kak"jawab Mai. "Tapi akak minta maaf tau x boleh teman Mai sbb akak ada perjumpaaan biro dakwah sekarang.Maaf ye." Kata aimi sedikit berasa bersalah. "Ehh x pe kak. Kita jumpa kat bilik ye"kata Mai seraya tersenyum.

Kaki dihayun pantas memasuki masjid. Mata nya melilau mencari rantai miliknya itu. Puas dicari namun masih belum ditemui."Hmm mungkin bukan rezeki aku,x pe lah aku redha Ya Allah"gumamnya sendiri. Mai berdiri utk keluar dari masjid dgn hampa. Saat wajahnya dipalingkan ke kanan matanya seakan mahu keluar kerana memang jelas yg dilihatnya itu rantai miliknya. X henti2 bibirnya mengucapkan syukur. Perlahan Mai berjalan menghampiri satu sudut yg agak terbuka juga kerana rantainya itu mungkin disepak oleh org lain tanpa sengaja ketika hendak keluar.Ketika dia mahu menunduk utk mengambil rantainya,matanya menangkap satu tangan yg terlebih dahulu mangambil rantai itu. Membulat matanya kerana dia dapati tidak ada stokin yg tersarung di kaki manusia yg mengambil rantainya. "Aduh... macam mane aku boleh terlupa?! Mane boleh lepas sempadan." Bibirnya diketap. Masih tertunduk.Perlahan2 Mai membangkitkan tubuhnya supaya berdiri tegak. Dadanya berombak saat matanya melihat tubuh seorang lelaki dihadapannya itu. Jarak antara mereka hanya sekadar 3inci.  Mukanya merah padam. Tidak berani utk mengangkat muka.Pantas dia berlari anak ke pintu keluar masjid. Namun langkahnya terhenti apabila dia menangkap suara yg menyebut namanya. "MAISARAH IRDINA" sekali lagi dia mengetap bibirnya. Kakinya seakan terpacak disitu.

"Ni awk punya ke?"tanya lelaki tersebut. Mai berpaling menghadap lelaki itu namun masih menundukkan wajah. Malu. "Ya"jawabnya perlahan cukup hanya dia sahaja yg mendengar. "Apa?!"sekali lagi suara yg sama bertanya. Saat ini tekaknya berasa pedih menelan air liur. Sekali lagi dia memberanikan diri utk menjawab."Ya saya punya"jelas kedengaran getar dihujung suara Mai.

Tangan yg beralaskan telekung dihulur. Lelaki tersebut yg sedari tadi memegang sebuah buku segera meletakkan rantai emas itu di atas bukunya lalu dihulurkan kepada Mai.Mai terkejut. Laju tangannya mengambil rantai emas yg berkilau itu. Dia mengucapkan terima kasih seraya matanya memandang lelaki itu.

Saat mata mereka bertentang,jantungnya bagai berlari kencang.Lelaki tersebut melarikan pandangan. Mai turut melakukan hal yg sama setelah menyedari kesilapannya itu. "Hmm lain kali jangan cuai ye"pesan si lelaki kepada Mai. "Ouhh ya baiklah,terima kasih" jawabnya. Segera kaki dihayun ke pintu keluar.

Penantian Seorang NiqabisWhere stories live. Discover now