"Huh"keluh Mia. Hatinya begitu berdebar teringatkan peristiwa yg cukup memalukan bagi dirinya sebentar tadi. Kaki dihayun semakin laju. Langkah yg besar sengaja diambil bagi mempercepatkan dirinya ke bilik. Wajahnya berona merah. Tidak tahan lagi. Jantung berlari kencang saat ini. Ingin saja dia terbang agar segera smpai ke bilik. Dia tidak mahu lagi berada di DM (dewan makan)itu.
"Panjangnya barisan"kata Mai. "Mana farah ni kata pergi tandas nk kencing,ni bukan kencing namanya di dah terberak taik batu ni"omelnya sendiri sambil masih tegak di barisan utk mengambil makanan tengah hari. Bau lauk ayam kurma yg begitu sedap menusuk dihidungnya telah menghambat segala kemarahan yg hampir bertandang akibat menunggu sahabatnya yg baru dikenal beberapa hari yg lalu. Namun mereka telah erat seolah telah lama mereka berkawan.
Matanya ligat memandang ke kanan dan ke kiri. Tiba2 matanya tertancap pada sekujur tubuh yg berdiri tegap smbil menghulurkan pinggan kepada mak cik kantin yg bertugas. Penglihatannya agak terbatas kerana terhalang oleh tirai yg menjadi penghadang antara banat(perempuan) dan banin(lelaki).
Leka dia memandang lelaki itu. Lelaki itulah yg telah menyebabkan jantungnya berdegup kencang pada pertemuan pertama dimasjid malam kehilangan rantainya.Sedang dia asyik memandang tiba2 lelaki itu memalingkan tubuhnya setelah mengambil makanan utk beredar ke tempat duduk. Wajahnya terangkat dan terpandang Mai. Mata mereka bertembung. Sekali lagi hati Mai berdebar. Mahu sekali dia memalingkan wajahnya ke arah lain namun gagal. Dirinya seakan terpaku. Akhirnya si lelaki itu mengalihkan pandangan dan segera beredar.
Malu.
Itu saja perasaan yg dpt ditunjukkan melalui riak wajahnya. Mukanya ditundukkan ke bawah.
"Kenapa dgn aku ni??. Aku x suka dia. Aku x suka pada lelaki. Semua lelaki sama je. Tapi kenapa aku suka tengok dia??.Allahu bantulah aku. Usirlah segala perasaan kasih yg bertandang dihati ini"bisik hatinya
YOU ARE READING
Penantian Seorang Niqabis
Short StoryDia sedar yg dia harus kuat utk menempuhi perjalanan hidup yg baru ditempat yg baru. Hidup sebagai seorang bakal hafizah dlm jangka masa 3 tahun. Dia nekad. Tidak ada ape yg diharapkan di Darul Quran itu melainkan satu anugerah hafazan 30 juzuk Al q...