⓷ ❝ kecewa ❞

997 183 8
                                    


Rabu, 28 Ogos 2017

Wahai diari. Aku akhirnya menghadapi kekecewaan. Kenapa kau buat aku begini ?

Aku nampak Album Wanna One Soora terbongkar di tepi tong sampah. Album dia penuh dengan kotoran sampah.

Aku terkejut.

Niat aku untuk mengutip , membersihkan balik album tu dan pulangkan kepada Soora.

Mesti dia kecewa kalau dia nampak Album dia macamtu. Dan semestinya aku pun benci.

Tapi niat baik aku salah.

Sewaktu aku ingin mengutip dan membuang kotoran di Album itu. Soora datang dan melempang muka aku.

Aku dituduh. Dituduh mencuri Albumnya , aku dicaci maki. Aku ditumbuk teruk. Aku difitnah oleh pelajar sekeliling yang melihatku mengutip.

Yuri menfitnah bahawa aku yang sebenarnya mencuri dari beg nya dan membuang Album itu ke dalam Tong Sampah.

Padahal aku nampak Yuri yang mencurinya dan mengotorkan.

Soora marah aku , dia dan geng Wondergirls nya memukul ku teruk. Sakit nya bukan kepalang. Niat aku yang baik akhirnya hancur.

Aku kecewa.

yang benar
Kang Eunhee

Beautiful + K.daniel ✔️Where stories live. Discover now