Halo, bonjour,sawadikap, annyeonhaseyo, apa khabar--k stop.
Aku anggaplah benda ni diari aku. Tapi orang boleh baca haha.
Tapi aku mohon sangat-sangat, kalau baca diari ni jangan dikecam. Aku akan letak banyak 'ajinomoto' (atau ayat kasarnya menganjing) dan banyak mengedik.Masa pertama kali SM umumkan Malaysia tersenarai dalam ujibakat tahun lepas. Aku rasa macam nak menangis tahap babun sebab aku tunggu dari umur 10 tahun. Kau bayangkan?
Pada mulanya, aku pun rasa berat hati gila sebab keluarga aku jenis tak sokong kecuali mama dan kakak aku.
Tu pun, so-so orang kata.Aku terus search macam mana nak mohon ujibakat SM. Ada tiga cara sebenarnya iaitu menggunakan Email,Everysing (kalau tak silap aku) dan website rasmi SM.
Dan untuk audition ni, dia tak macam kat Malaysia yang boleh pergi tak payah register online tu semua. Terus serbu tempat audition.
SM atau senang cerita company dari korea, kalau nak audition kena daftar online dulu. Dan kalau dibalas barulah boleh ke langkah seterusnya.
Kalau kau pergi walaupun permohonan tak dibalas. Aku tak tahu apalah yang bakal terjadi.
Aku nak rasa lagi senang guna website sebab diorang dah sediakan apa benda tah yang lengkap alamat, nama semua tu. Cuma tinggal isi maklumat diri je.
Tapi tak pandai guna masa tu, jadi aku pun guna email walaupun aku banyak kali search tentang maklumat diri yang masih tak lengkap lagi.
Tu belum lagi dengan macamana nak lampirkan gambar.
Gambar nak kena natural tak boleh ada filter yang menampakkan kulit cerah tu semua. Posing pun tak boleh tutup muka apa jadah semua.
Lepas tu, aku terus hantar ke email SM yang khas untuk Malaysia punya.
Aku ingat aku sorang lah yang beria nak pergi, rupanya kawan aku pun nak merasa audition tu juga. Sebagai musibat eh sahabat yang baik kena lah bantu kawan kan?
Aku bagitahu dia apa yang patut semua and dia ikut apa yang aku ajar.
Aku hantar masa 7 September 2017. Kawan aku tu taktahu dia hantar bila. Aku tak ambil kisah sangat.
Dan setelah lama aku menunggu, SM balas email aku dengan dua bahasa iaitu English dan Melayu.
Sebenarnya kawan aku yang berjasa sebab ingatkan aku tentang audition tu. Dia perasan awal pastu hantar screenshot kat Whatapps.
Aku memang tak perasan sebab noti tak keluar. Masa aku dapat tahu tu.... Dia punya feel tu macam TENGOK BOLA SEPAK PASTU TEAM KITA SOKONG MENANG.
Diorang balas 2 Nov. Tapi aku perasan 8 Nov, takpelah sekurang-kurangnya belum sampai hari tu pun.
Aku nak bagi tahu mama memang payah gila sebab takut dia tak bagi pergi.
Last-last aku kuatkan semangat dan bagitahu yang aku terpilih untuk pergi audition tu. Mama memula macam tak bagi sebab risau.
Me: Mama, Ain dapat pergi audition.
Her: Audition apa?
Me: Nyanyi korea.
Her: Betul ke audition tu? Tah-tah nak menculik orang.
Me: Ini syarikat besar dari korea. Takkanlah nak culik orang pula.
Her: Sebab luar negara lah mama takut.
Me: Alah, bolehlah~
Her: Siapa nak hantar?
Me: Ain dah bincang dengan kawan nak pergi sama-sama.
Ini conversation dengan mama masa dia siram bunga. Cuma aku dengan dia je kat luar rumah. Tu yang berani mati .
Mama bagi izin, start dari hari tu, aku berlatih dance sebab suara aku tak mengizinkan.
SYEDIH HATI TITEWWW
YOU ARE READING
Experience: SM Global Audition II MY 2017
Non-FictionThis is my real experience 💚 I wrote this in malay language because my english not so good 🍉