Bab 4

3.9K 189 3
                                    

"Lunaa! " lantang kedengaran suara Puan Lily melaung nama anak daranya.

"Yes,mummy," Luna terus menuruni anak tangga dengan laju menuju ke dapur. Ada apa la mummy ni panggil2 nama aku.

"Ya Allah,ni kenapa x siap lagi ni, dah kenapa pakai track dengan baju sweater ni,hang fikir hang hipster ka,?" Haa kau dah keluar loghat dia.

"Ceq malaa la nak bercantiaq cantiaq sangat,cukupla kecantiaqan asli ceq ni mak, petiaq jari,10 dtg mari,lagipun ni kan nampak swagg,oh yeah" bangga Luna membalas kata kata Pn Lily.

"Ahhh,xdenya,hang pi naek tukaq baju, SEKARANG!"

Luna terus berlari naik ke biliknya,malas mahu mendengar leteran mummynya.

"Haishhh,baju apa aku nak pakai ni,dah macam nk jumpa mak mertua je gaya,padahal kawan lama daddy ngan mummy je pun,lagipun aku x de kena mengena pun,"

Akhir sekali dia membuat keputusan untuk mengenakan baju kurung daripada jenis kapas bewarna pink berbungga kecil hitam.

"Pon bolehla,"

Kedengaran bunyi loceng ditekan diluar rumah, lalu Luna terus merapikan baju yang tersarung di tubuhnya, x terlalu ketat, x terlalu longgar. Sedang sedang saja.

Bedak muka ditempek sedikit ke,wajahnya. Ok set. Let's go!

Luna berjalan menuruni tangganya dengan berhati hati. Kang kalau tergolek kat sini tak ke naya buat malu je depan tetamu. Hilang ayu tak pepasal.

Luna menghampiri mummy dan daddynya di ruang tamu itu.

"Ni ke anak perempuan kau tu,Lily?" tanya seorang wanita lebih kurang sebaya mama. Disisinya berdiri seorang lelaki yang sedikit beruban. Mesti suami dia. Luna menyalam wanita itu perlahan. Mestila tunjuk ayu. Baru bangga mummy ngan daddynya ada ank seperti dia. Hoho waddehel.

"Aahla,ni la anak tunggal perempuan aku,Maria," Pn lily pula membalas.

"Ehh duduk duduk,takkan la nak berdiri je kat sini kan,",En Zarif menjemput tetamunya itu. Semua sudah tergelak.

"Hah mana anak kau Maria,x ikut ke?" Pn Lily bertanya. Matanya dililaukan ke arah luar rumah.

"Adaa,tadi dia jawab call jap kat luar tu," Datin Maria membalas.

"Dia seorang je ke ikut?" En Zarif pula bertanya. Luna terus berlalu ke dapur apabila mummynya mengarahkan dia menghidangkan minuman yang telah dibuat.

"Dia seorang je la yang ikut, kakak sulung dia tu da kahwin,duduk dengan suami kat Perak,abang dia pula sambung study dekat India,tinggal la dia ni sorang,tu pun dah nak berpunya nanti," Datin Maria tersenyum penuh makna. Tak kurang juga Pn Lily yang seakan akan faham senyuman yg dilemparkan kawannya itu.

Luna membawa dulang yang berisi jug air dan beberapa buah cawan. Dia meletakkan dulang tersebut dgn berhati hati di atas meja kopi di tengah tengah kawasan sofa tersebut lalu disusun di atas meja dengan cermat.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam," serentak semua menjawab kecuali Luna. Dia sedang tekun menuang air ke dalam jug dengan berhati hati. Buatnya tumpah dekat situ,dia yg malu juga.

"Laa ni ke anak kau,makin segak naa," Pn Lily mula memuji.

"Haaa Luna kenalkan ni anak aunty,.." Datin Maria mengamit Luna.

Luna meletakkan jug yang tinggal separuh airnya di atas meja dengan cermat. Luna segera berpaling sebelum matanya terbuntang. Dia terus bangun dari simpuhnya.Lelaki itu juga terbuntang melihatkan Luna disitu.

Playboy Dingin Tu Dah Fall In Love!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang