Bab 1

8 2 0
                                    

1976,di sebuah kampung,dua mempelai telah disatukan dengan ikatan cinta dan restu kedua ibubapa mereka, Ihsan dan Ainnur telah lama mengenali antara satu sama lain. Cinta yang dipupuk dari sekolah rendah telah membuahkan hasil apabila mereka telah disatukan dengan sekali lafaz sahaja oleh Ihsan.

1977,Ainnur telah pun mengandung anak pertama mereka, Ihsan pula berkat rezeki anak pertamanya dia telah berjaya membuka sebuah warung kecil yang berdekatan kediamannya. Sebelum ini, Ihsan bekerja sebagai buruh di pekan. Sedikit sebanyak duit gajinya,disimpan untuk membuka warung tersebut.

Hasil diwarung membuahkan hasil yang agak memberangsangkan apabila ramai penduduk kampung datang singgah ke kedainya. Setelah selesai berniaga di warung Ihsan akan pulang secepat mungkin untuk melihat keadaan isteri tercintanya.

"Lambat abang balik hari ini ya,ujar Ainnur kepada suaminya. "Abang minta maaf,sayang abang agak sibuk kerana ramai pelanggan dikedai tadi." Tidak mengapa abang sayangku, Ainnur faham keadaan abang yang sanggup bersusah payah demi kami." Demi kami??? Tersentak Ihsan. "Abang jangan lupa abang sudah menjadi ayah bukan,"Astagfirullah"mengucap panjang Ihsan. Apabila dia terlupa akan kandungan isterinya.

"Sampai hati abang lupa anak kita". "Tidak! buah hati pengerang jantung abang,abang tidak lupa cuma sejak akhir-akhir ini abang terlalu penat memikirkan perniagaan warung kita itu".ujar Ihsan. " Tidak mengapalah abang,abang rehatlah ya",Ainnur sediakan abng kopi panas". Terima kasih Ainnur dapat buatkan air kegemaran abang,air kopi, Ihsan tersenyum sambil memandang ke arah isterinya yang paling disayanginya.

Keesokan harinya,"abang Ainnur mahu tanya abang sibuk ker besok"? " Agak sibuk juga Ainnur tetapi mengapa Ainnur tanya yer,inipun abang tak boleh lama tengok Ainnur,abang harus pulang ke kedai semula". "Oh,begitu ker tak mengapalah kalau begitu". "Ainnur bagi tahu abang kenapa? Ainnur ada masalah ker"? "Abang tahu kan Ainnur ada masalah kencing manis yang sangat teruk sejak mengadung ini,dan akhir-akhir ini tekanan darah rendah Ainnur juga agak membimbangkan."

"Ya,Allah kenapa Ainnur tidak ceritakan dekat abang selama ini. "Ainnur abang sanggup tutup warung demi melihat Ainnur dan anak kita sihat dan selamat". "Ainnur minta maaf abang, Ainnur cuma ceritakan hal ini kepada ibu,ummi,dan abah." Ainnur bukan apa tak mahu susahkan abang sahaja."jawab Ainnur.

"Ainnur, mulai sekarang abang mahu Ainnur pergi klinik dengan abang,faham! "Baiklah abang,Ainnur akan sentiasa dengar cakap abang". "Ainnur abang mahu Ainnur selamat dan bahagia bersama abang sayang." Kata Ihsan. Mulai hari itu,Ainnur sentiasa membuat pemeriksaan bersama suaminya.

Dosa terampunWhere stories live. Discover now