Bab 2

11 2 0
                                    

Beberapa bulan kemudian,kandungan Ainnur sudah semakin sarat dan Ainnur mula tidak bermaya, Ainnur telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya bagi memastikan keadaan ibu dan bayi selamat. Seharian, Ihsan menunggu isterinya di hadapan wad bersalin. Setelah beberapa jam berlalu,ibu Ihsan dan mak mertuanya serta bapa mertuanya iaitu ummi dan abah bergegas meluru ke arah Ihsan. "Bagaimana keadaan Ainnur? Ihsan". Tanya bapa mertuanya. "Belum tahu abah,tetapi doktor kata kita hanya perlu berdoa agar tidak berlaku sebarang komplikasi.

Setelah 3 jam berlalu, doktor keluar dari wad dan terus ingin berbincang dengan Ihsan. Selepas beberapa minit, Ihsan keluar dari bilik doktor, Ihsan menangis tanpa mengatakan sebarang perkataa. Ummi bertayakan mengenai keadaan anaknya serta bakal cucunya. "Bagaimana keadaan anak ummi Ihsan?" Ujar ibu mertuanya. Ihsan sambil teresak-esak berkata,"ummi Ihsan harus memilih untuk menyelamatkan anak kami atau Ainnur". "Ummi tidak faham! Apa maksud Ihsan?" "Bersabar normah jangan terburu-buru Ihsan terlalu sedih dan harus membuat keputusan"kata ibu Ihsan.

"Encik Muhamad Ihsan! "Ya,Saya ada apa nurse,puan Ainnur mahu berjumpa dengan encik. "Baiklah"kata Ihsan. "Sayang mahu jumpa abang ya,"abang Ainnur rindu nak berada dalam dakapan abang". "Ainnur bila-bila masa sahaja Ainnur boleh berada dalam dakapan abang"kata Ihsan sambil teresak-esak. "Abang pernah janji dengan Ainnur apa pun jadi,abang tak boleh menangis kan". "Mana ada abang menangis,abang bersin tadi,Ainnur tahu kan kalau abang bersin memang nampak menangis."

"Abang Ainnur tahu abang kuat,abang hebat dan boleh menjaga keluarga kita. Jadi abang kena kuat ya". Abang kalau diberi pilihan abang harus memilih Ainnur atau anak kita,Ainnur rela abang memilih anak kita ya,Ainnur tak sanggup hidup tetapi kehilangan insan yang baru sahaja hendak bernafas di bumi tuhan ini. Abang,Ainnur sangup dan merelakan jikalau abang ingin mencari penggati Ainnur abang"." Ainuuuuuuuuuuurrrrrrr,to to tolong jangan kata begitu. Abang tak sanggup kehilangan Ainnur dan anak kita". "Encik Ihsan,doktor mahu berjumpa dengan encik sila ikut saya". "Baiklah"kata Ihsan. "Encik Ihsan sudah membuat keputusan?. "Saaaaaya"........

Dosa terampunWhere stories live. Discover now