Bab 3

11 0 0
                                    

Ihsan masih keliru apa yang perlu dia buat untuk menyelamatkan kedua-dua insan yang dia paling sayangi. "Doktor saya sudah membuat keputusan,saya harap doktor dapat melakukan dengan sebaik mungkin". Kata Ihsan. "Ihsan!!!!! Cerita pada ummi apa yang doktor beritahu Ihsan?. "Betul tu Ihsan kami perlu tahu". Ujar bapa mertuanya. "Yang sebenarnya keadaan kandungan Ainnur sangat lemah,dan pada usia kandungan yang baru sahaja 8 bulan,membuatkan keadaan bayi sangat dalam bahaya".

"Jadi,doktor cakap apa lagi?. "Ummi mahu tahu". "Doktor cakap saya harus memilih. Sama ada isteri atau anak untuk diselamatkan". "Jika saya memilih Ainnur,bayi terpaksa digugurkan kerana semaki lama dia di dalam kandungan Ainnur,kondisi Ainnur akan semakin lemah,tetapi sekiranya saya memilih anak saya, anak saya akan dikeluarkan dengan cara vakuum. Dan doktor kata Ainnur 50/50 untuk hidup atau....."penerangan Ihsan terberhenti disitu sahaja. "Anak ibu fikir betul-betul ya, Ihsan. Ujar ibu Ihsan. "Ihsan sudah membuat keputusan ibu".

"Doktor bagaimana keadaan anak kami?. Serentak mak dan bapa mertua Ihsan bertayakan kepada doktor. "Makcik pakcik diminta bersabar dan tidak membuat kecoh di sini."ujar doktor. "Saya mahu berjumpa dengan suami kepada puan Ainnur sahaja". "Saya doktor! Bagaimana??? "Mari isteri awak mahu berjumpa dengan awak". "Ibu,ummi,abah Ihsan masuk sekejap".

"Abang! Panggil Ainnur kepada suaminya. "Sayang jangan banyak bergerak,sayang masih lemah,kan baru habis pembedahan". "Takper abang Ainnur kuat,InsyaAllah". "Abang anak kita takder apa-apa kan? "Tidak dia sihat cuma dia perlu masuk dalam mesin khas sebab dia tak cukup bulan". "Abang Ainnur haus,abang Ainnur nak air". "Nah,air suam untuk Ainnur". "Terima kasih abang"jawab Ainnur. "Abang kalau ada apa-apa berlaku pada Ainnur,Ainnur mohon dekat abang,jaga anak kita ya. Jaga dia sayang dia,macam mana abang sayang Ainnur". "InsyaAllah Ainnur". Kata Ihsan

Selepas beberapa hari kemudian,keadaan Ainnur semakin tenat. Ainnur mengalami pendarahan yang amat teruk menyebabkan Ainnur kehilangan banyak darah,manakala bayi mereka mengalami sakit kuning yang agak membimbangkan. "Ainnur,kena kuat untuk abang dan anak kita Ainnur, kata Ihsan kepada Ainnur. "Abang Ainnur mengantuk,Ainnur rasa Ainnur nak tidur, boleh abang selimutkan Ainnur. "Ainnur mimpikan abang dalam setiap tidur Ainnur ya,kata Ihsan. "Abang ampunkan segala dosa Ainnur ya". "Aaaaabang...... Ainnur tunggu abang di sana ye". "Lailahhailallah, Ainnur mengucap Ainnur"kata Ihsan. Ainnur mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh tenang. Selepas itu, Ainnur mengucapkan "terima kasih abang bahagiakan Ainnur". Ihsan mula menangis dan tidak sanggup melihat kesakitan isterinya apabila ajal menjemputnya. Tiba-tiba,ummi,abah&ibu mula masuk ke dalam bilik Ainnur untuk melihat keadaan Ainnur. "Ainuuuuuuuuuuurrrrrrr,ya Allah anak ummi. Jerit ibu mertua Ihsan. "Ummi sabar Ainnur sedang tenat" kata Ihsan. "Berammmbussss kau,sebab kau anak aku jadi macam ni". "Astagfirullah,apa awak ni". Kata bapa mertua Ihsan. "Ummi,abah,ibu ampunkan segala dosa Ainnur ya,Ainnur mintak ampun atas segala dosa Ainnur selama ini......kata Ainnur... Tiba-tiba tangan yang digengam oleh Ihsan iaitu tangan Ainnur,tiba-tiba sahaja terlepas dan Ainnur terus menghembuskan nafas terakhirnya dengan penuh tenang. "Ainnnuuurrrrr,Ya Allah abang anak kita". "Inalilahiwainailairojiun" kata ibu Ihsan. Ihsan menundukan kepalanya sambil menangis dan menyimpan kesedihan yang sangat dalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dosa terampunWhere stories live. Discover now