"Ab.. abang, sakit.."rintih ibu dengan nada penuh kesakitan.
Tali pinggang Encik Aeshad masih menyinggah melibas belakang badan ibu. Ketika ibu tersungkur menyembah lantai rumah, sebuah sepakan singgah pada perut ibu. Serentak itu, ibu melaung kesakitan.
Beberapa kali ibu merayu agar diberi belas namun Encik Arshad langsung tak pedulikan rintihan ibu. Dia masih dengan sepak terajangnya. Tubuh ibu seperti bola mainan pada kakinya. Terus menerus disepak dan ditunjal tanpa rasa ihsan.
"Engkau ni.. memang bini tak gunalah! Dah tahu aku balik, tak pandai nak masakkan makanan untuk aku ke hah! Dasar betina sial!"herdiknya sambil menarik rambut ibu kuat.
Serentak itu, ibu menjerit kesakitan. Rambutnya yang ditarik oleh Encik Arshad dipegangnya sambil dia berkali-kali merayu. Namun percuma sekali, lelaki itu langsung tak menghiraukan rintihannya.
"Lepaskan bang, sakit.."berkali-kali ibu ulang ayat yang sama.
Air mata ibu berjurai turun membasahi kedua-dua belah pipinya.
Aku hanya mampu sembunyi di balik tirai bilik. Anak patung doraemon aku dakap erat sambil mataku tak lepas mengintip apa yang terjadi antara ibu dan Encik Arshad. Ibu suruh aku bersembunyi dan dia minta supaya aku tak berganjak. Kerana itu, aku turutkan saja katanya.
Air mataku bercucuran. Apa yang aku lihat di depan mataku aku rasakan sangat sadis. Haiwan pun pandai sayang keluarga, kenapa perlu manusia bertingkah seperti binatang yang tak berotak? Apa guna ada hati kalau tak ada setitik pun rasa ihsan? Apa guna akal kalau tak dapat nak fikirkan pahala dosa?
"Patutlah, laki kau buang kau. Aku pun tak hadap duduk rumah ni tengok kau!"makinya lalu menolak kasar kepala ibu.
Kepala ibu menghentam kuat lantai. Aku lihat darah merah pekat mengalir di birai kepalanya. Serentak itu aku tergamam.
Encik Arshad bingkas berlalu keluar dari rumah meninggalkan ibu terkial-kial kesakitan sendiri. Aku dengar bunyi enjin motor buruknya meninggalkan perkarangan rumah. Serentak itu, aku keluar dari tempat persembunyian ku.
Kepala ibu aku letak ke atas ribaku sambil air mataku tak hebti-henti mengalir deras. Namun, ibu masih tersenyum menahan perit luka di badannya. Dia tak mahu aku risau.
"Sayang, ibu okey. Jangan nangis." bohong ibu sambil membelai ubun kepalaku.
Dia bangkit lalu duduk bersimpuh memeluk bahu kecilku. Air mata dan darah yang bersisa di wajahnya cepat-cepat disapu.
"Jangan nangis sayang, ayah kamu main-main saja tadi."tambah ibu cuba untuk menghilangkan gusar di hatiku.
Walaupun aku masih berusia lapan tahun, tak semudah itu untuk aku diperbodohkan. Aku ada akal yang masih boleh bezakan mana satu gurauan mana satu realiti. Kalau dah sepak terajang, itu bukan lagi gurauan.
"Ibu.."seruku masih menangis teresak-esak.
Serta-merta ibu menarikku dalam pelukannya. Tubuhku dia peluk erat dab lembut. Air matanya bercucuran. Dia tak mahu nangis di hadapanku.
"Jangan risau, Zya. Ibu okey. Lepas ni, kita main masak-masak ya."pujuk ibu sambil membelai ubun kepalaku.
Aku gelengkan kepala. "Taknak ibu, Zya cuma nak ibu rehat. Zya taknak ibu sakit."luahku lalu tanganku melingkar memeluk tubuhnya.
Akhirnya, ibu diam. Dia mengesat air matanya yang masih bercucuran membasahi tubir matanya.
Alangkah aku dapat hidup bahagia seperti budak-budak lain. Ada seorang ayah yang menyayanginya, seorang ibu yang gembira dan juga sebuah keluarga yang harmoni. Kawan-kawan di sekolahku mengimpikan kasut baru, beg baru dan baju baru tetapi aku.. Aku hanya mahu sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan cinta.
Sejak aku berusia tujuh tahun, aku disajikan dengan penderitaan ibu. Setiap hari, hanya suara ibu yang merintih sakit menjadi lagu ditelingaku. Tubuh ibu dijadikan tempat untuk Encik Arshad melepaskan amarahnya. Kalau kalah judi, makin teruk lah tubuh ibu terima tempiasnya.
Kalau boleh diputarkan waktu semula, aku mahu kembali ke masa aku masih berusia lima tahun. Ketika itu, aku rasakan manis berlaku. Aku tak perlu sedih dan merana, ketika itu juga ibu masih kelihatan senyum bahagia di wajahnya.
Encik Arshad adalah ayah tiriku. Aku adalah anak kandung kepada Tan Sri Jaafar Wildan.Seorang pengusaha syarikat yang ternama. Ibu adalah isterinya dan Tan Sri adalah suami ibu yang pertama.
Tan Sri Jaafar dua ratus peratus lebih baik daripada encik Arshad. Dia sayangkan ibu, layan ibu dengan baik dan tak pernah sakiti hati dan tubuh ibu. Dia juga seorang ayah yang penyayang. Apa yang aku mahu, dia turutkan. Ketika itu, aku kaya segalanya. Cinta dan kasih sayang lebih daripada cukup.
Namun, nampaknya cerita itu tak berpenghujung bahagia. Ibu menjadi mangsa fitnah kepada temannya sendiri. Aku adalah saksinya. Pada malam itu, Tan Sri Jaafar pulang ke rumah lewat. Ketika dia memasuki bilik tidurnya, dia dapati ibu sudah mamai di atas katil bersama tukang kebun rumah kami, Encik Arshad. Encik Arshad pula berura-ura mahu menindih ibu.
Malam itulah permulaan hidup kelamku dan ibu. Tan Sri Jaafar ceraikan ibu pada malam itu juga dan dia halau ibu keluar dari rumah. Aku yang kasihan pada ibu, terus memilih untuk menuruti ibu.
Bukan itu sahaja, selepas selesai tempoh idah.. Tan Sri Jaafar terus nikahkan ibu dengan Encik Arshad. Walaupun ibu tak setuju namun demi kasih pada Tan Sri Jaafar.. ibu turutkan saja. Dan.. Encik Arshad bukannya lelaki yang baik buat wanita sebaik ibu. Encik Arshad adalah lelaki paling kejam yang pernah aku jumpa seumur hidupku.
Tak lama lepas itu, ibu dapat khabar bahawa Tan Sri Jaafar menikahi teman baiknya sendiri, Puan Saripah. Wanita itu juga iblis bertopengkan manusia. Dia gunakan ibu untuk dapatkan perhatian Tan Sri Jaafar. Perempuan tak guna!
Dia memiliki seorang anak perempuan yang perangainya dua kali lima saja kejamnya. Aina, dia seumuran denganku dan satu sekolah denganku. Hampir setiap hari, aku diejeknya sebagai anak luar nikah. Kerana dia lah, beberapa orang pelajar membuliku.
Dia tak berhati perut.
...
YOU ARE READING
Sleeping Prince Love (✔Completed)
Romance(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan. Apa yang dia mahukan hanyalah sebuah keluarga yang bahagia dan ihsan daripada bapanya. Namun, bagin...