Mulutku melopong mendengar cerita angah.
"Sebab tu...Angah duduk dalam bilik.."pengakhiran cerita angah cukup membuatkan aku memahami yang angah sedang frust.
"Angah ni....Dah tahu yang minah diva tu hanya nakkan angah jatuh dalam permainan dia tapi kenapa angah bagi muka?Aduh....Ari geram betul la!"gerutu ku.Angah tersenyum pahit.
"Araz!!!!"jerit abang Hussin iaitu kawan baik angah.Di sebelahnya Syahari sedang ralik bermain telifon.Syahari ni kawan baik aku dari kecil.Abang Hussin pun aku anggap seperti abang aku sendiri.
"Syah..."panggilku sambil mencucuk bahu.Syahari menyimpan telifon bimbitnya ke dalam poket lalu wajahnya menatap aku.Angah dan abang Hussin ralik menyembang tanpa mempedulikan kami.
"Aku dengar kau nak pindah" kataku.Syahari tergelak kecil."Apa yang kau mengarut?Bukan aku nak pindah la!"Syahari menolak cap aku ke bawah.Aku mendengus geram lalu membetulkan kedudukan cap aku."Habis tu? " aku buat muka pelik.
"Kembar aku?"
"Kau nak suruh aku gelak kan?Kejap kejap...Ha...Ha....Ha...."Aku tergelak hambar.Mustahil kalau Syahari ada kembar.Sebab aku tak pernah tahu."Betul la!Kalau kau tak percaya,petang ni datang rumah aku!Bawak sekali Muffin Chocolate kau tu..."kata Syahari bersungguh-sungguh.Aku merenungnya tajam."Banyak songeh kau!Fikir aku ni kilang ke 24 jam nak buat Muffin Chocolate dekat kau.."Aku mula membantah.
"Tak ada Muffin Chocolate....Kau tak boleh datang rumah aku..."ugut Syahari.Ceh!Mengugut pula......"Ye la!"aku mengalah.Syahari tersenyum kemenangan lalu kembali bermain telefon bimbitnya.
Bibir aku mencebik."Tak pernah kau main telefon bila dengan aku?Kenapa tiba-tiba?"soal ku.Syahari memandangku sekilas."Kembar aku mesej...Dia merajuk sebab aku tak ajak dia pergi joging" terang Syahari.
"Kenapa....-"tak sempat aku menanya suara garau abang Hussin menjerit memanggil nama kami berdua..
Abang Hussin ni memang mengacau line aku!
^_^
"Assalamualaikum!!!!"jerit ku lantang.Kotak yang berisi Muffin Chocolate aku pegang kuat.Keluar seorang lelaki berambut coklat asli.Dia memandang aku pelik sambil menangkat keningnya.Oh My God!!!!Comelnya!!!Tak tahu pula yang kembar Syahari memang hensem tahap diabetes.
"Awak salegirl ke?Sorry la kami tak layan salegirl ni..."halau jejaka comel itu dengan sombong.Aku merenungnya tajam!Kerek nya! !!
"What?Awak panggil saya salegirl?Hell.....Ooo...Dasar tak sedar diri...Dah la sombong...Ehh...Sedar diri tu sikit okay yang awak tu hanya hamba Allah.Tanah yang awak pijak ni pun diri awak!Sedar sikit yang awak di mata Allah sama saja macam saya!"bebel ku.Jejaka Comel+Sombong itu tergamam kemudian dia tergelak.
"Awak nak ceramah saya?Hey!Sedar diri yang awak tu bukan alim sangat.Pakai tudung pun tak,ada hati nak ceramah orang...Awak tu pun cermin diri sendiri..."jejaka itu mula membalas.Aku menjelingnya tajam lantas membuka pagar.
"HEY!Salegirl!Dah la menjual barang yang tiruan lepas tu main masuk je rumah orang.Mana adab awak?"jejaka itu menghalang."Listen here carefully MISTER....Ini rumah kawan saya...Nama dia Muhammad Arif Syahari Bin Tan Sri Jamil....Anything clear?Untuk pengetahuan encik rumah yang besar gedabak dekat sebelah rumah ni adalah rumah saya...."Aku terus masuk ke dalam tanpa peduli.Aku terus ke dapur untuk berjumpa dengan Aunty Intan..
"Assalamualaikum Aunty...."ucapku.Aunty Intan menjawab salam aku."Aunty....Kenapa bodyguard baru Aunty tu Kerek sangat?Belagak betul...Ada ke patut dia panggil Ari,Salegirl...."aduku.Aunty Intan memandangku dengan muka berkerut.
"Apa la yang Ari merepek ni?Aunty mana pernah ambil Bodyguard...."nafi Aunty Intan.Aku menggaru kening.
"HEY!PENCURI!"
YOU ARE READING
Choclate Muffin Untuk Dia
Teen FictionPertemuan yang disebabkan 50 Choclate Muffin membuatkan Arilyn Sofea kalut..Buat tempahan last minute lepas tu nak delivery petang tu juga..Mana sempat!Itu la apa yang Arilyn geramkan. Disebabkan Choclate Muffin itu juga membuatkan Arilyn mengetahu...