Bab 1

4 0 0
                                    

Semuanya bermula apabila aku Nur Arilyn Sofea Binti Ahmad Zamdi...Seorang anak yatim yang kehilangan ibu pada usia 8 tahun,cukup buat aku terkesan.Nasib Ayah ada untuk uruskan makan dan minum aku.Twin juga bagi banyak sokongan.

Sekarang aku sudah berusia 16 tahun..Masih sibuk untuk persediaan SPM yang akan aku hadapi pada tahun hadapan.Twin iaitu kakak dan abang kembar aku...Sepasang kembar okay?

Kakak adalah yang sulung.Nur Airyn Zaila.Dan kembarnya abang aku,Ahmad Araz Zairin.Kak long dan Angah banyak tolong aku untuk kembalikan semangat aku.Sejujurnya aku memang rapat dengan arwah ibu.Sebab itu kehilangan ibu memberi impak yang besar buat aku.Tapi aku redha dengan semua ketentuan ilahi.

Kak long merupakan pelajar UITM dalam bidang Dentistry di Shah Alam.Sama juga Angah belajar di UITM Shah Alam cuma dalam bidang Civil Engineering.

Bangga aku dapat kakak dan abang yang memang bijak tentang akademik.Manakala aku lebih terbuka dalam bidang bakery dan Law.Saranan Ayah lepas aku habis SPM adalah Law.Tapi saranan Twin suruh aku perkembangkan bakery sebab itu bakat aku.Tapi itu fikir lepas SPM la....Yang sekarang aku kena fokus untuk persediaan SPM bagi tahun hadapan...

^_^ ^_^

"Good morning!!!"ucap Kak long dengan gembira.Memang la dia gembira sebab exam untuk semester pertama dah habis.Yang aku ni....Baru terkulat-kulat dengan orientasi.Jadual aku di sekolah memang penuh dengan pelbagai aktiviti untuk pelajar kemasukan baru yang boleh tahan ramai juga.Memandangkan aku sekolah harian...Lagi-lagi sekolah harian yang memang payah untuk pelajar lain mendaftar masuk menyebabkan aku sebagai pengawas yang berwibawa(perasan sangat)...Jadi aku busy.

"Angah mana?"tanya ku.Kak long hanya ambil tak peduli.Yang penting perut dia tu kenyang."Ayah mana?"tanya Kak long."Ayah sarapan luar hari ni...Katanya ada hal jumpa kawan....Kak...Kejap lagi akak kemas semua ni tau!Ari nak ke bakery..."kataku.Muncung habis mulut Kak long.

"Kenapa tak jual je bakery tu?Kesian akak tengok Ari....Awal pagi pukul 5 dah terpacak dekat bakery sebab nak buat kek dengan siapkan tempahan...Lepas tu pukul 7 pagi baru balik...Itu pun sekejap...Pastu kejap lagi pergi balik...Awak tu tak ada homework ke nak siapkan?"tanya Kak long tidak puas hati.

"Kak long ni....Bakery tu kan amanah dari ibu untuk Ari....Ari kena usaha untuk Bakery tu...Lagi pun kebelakangan ni..Choclate Muffin Ari laku...Takkan la Ari nak stop pula..."aku mula memberi alasan.Aku meneguk secawan susu lalu mengambil beg sandang yang berat dengan buku belajar tangan kanan dan kiri sarat menjinjing kotak choclate muffin.

"Naik apa?"tanya Kak long..."Naik motor la Kak....Macam tak biasa pula k " balasku.Lalu memakai topi keledar dan mula membonceng motosikal ke Bakery.Tak ada la jauh sangat..Tapi ada la juga makan masa 15 minit.

Sampai sahaja di Bakery, ramai pelanggan yang datang bersarapan pagi.Felisya tak menang tangan untuk ambil order sama juga dengan pekerja lain yang turut membantu aku.

Kerja aku senang saja iaitu jadi cashier,bakar kek,cupcake dan macam-macam lagi,ambil pesanan dan siapkan kerja sekolah.Mudah bukan?Tak ada la mudah mana...Cuma penat.Nasib Bakery ni memang buka tepat pukul 9pg-9mlm..Itu pun penat juga.

Aku ke dapur belakang untuk menyiapkan beberapa adunan dan menghias.Pekerja di dapur tak ramai.Cuma aku dan seorang pekerja lelaki nama dia Kamil.Dia menguruskan bahagian membakar dan mengira sukatan yang perlu di adun.

"Ari!Hari ni kita busy sikit sebab tempahan banyak...Lebih kurang 15 tempahan semuanya.."kata Kamil.Aku hanya menangguk sambil tangan lincah menghias kek dan cupcake.

"Brownies dengan Red velvet tolong full kan dekat depan...Sebab tadi kebanyakan dah nak habis.Terutama brownies kacang.Choclate muffin yang Ari bawa datang tadi tu pun letak dekat depan."terang ku.Kamil hanya menangguk lalu mengeluarkan brownies kacang dan Red Velvet dari peti ais.

"Tempahan baru!!!50 Choclate Muffin untuk delivery petang ni!!!"jerit Felisya lantang di dapur.

Choclate Muffin Untuk DiaWhere stories live. Discover now