Aku menghempas tubuh di kerusi kulit dalam bilik bacaan.Buku rujukan dan kerja sekolah menimbun penuh di atas meja.Tidur lewat la agaknya lagi.
Ayah masuk lalu menghulurkan secawan nescafe untukku.Aku menyambut dengan senyuman.
"Penat betul Ari ya?"duga Ayah.Aku membalas dengan anggukan.Ayah memang memahami."Pekerja dekat bakery tu ramai...Buat apa Ari nak bertungkus-lumus buat segalanya?"duga ayah lagi.Aku tidak membalas.Air nescafe aku cicip perlahan kerana masih panas.
"Tak apa la Ayah...Hal kecil je...Bukan teruk mana pun" balas ku selamba.Ayah menggeleng."Perangai kamu tak ubah macam ibu...Keras kepala..."tegur ayah.Aku tersengih pahit."In sha Allah Ari okay.....Ayah tak perlu risau..."aku cuba melegakan hati ayah.Ayah tersenyum..
"Ayah doakan Ari bahagia dan berjaya dunia dan akhirat" ucap ayah lalu keluar dari bilik bacaan.Aku hanya memandang langkah ayah pergi lalu menyambung menyiapkan kerja sekolah dan membaca beberapa bahan bacaan.
Selesai menyiapkan semua tugasan,aku melihat jam.Hampir pukul 5 pagi.Hati kembali mendongol geram.
Flashback...
"Tempahan baru!!!50 Choclate Muffin untuk delivery petang ni!!!"jerit Felisya lantang di dapur.
Arilyn terkejut.Mana tidaknya,sekarang sudah jam 3 petang.Dia hanya ada 2 jam sahaja untuk siapkan 50 Chocolate muffin.Sudah tentu ia bukan jumlah yang sedikit.Belum masuk dengan hiasan yang memang mengambil masa 1 jam untuk siapkan bagi 50 biji muffin.
Cepat Arilyn mula merasa panas.Nasib Kamil turut membantu menyiapkan muffin itu juga.
"Kalau dah tahu nak suruh delivery petang ni juga,kenapa la tak tempah pagi tadi?Sekarang juga dia buat kita kelam kabut."gerutu ku.Kamil hanya tersengih.
Tanganku lincah menghias Choclate Muffin dengan chipchoclate dan cream Choclate bagi membangkit selera.
Selesai semua aku terus menyusunnya ke dalam kotak lalu diletakkan di atas kaunter supaya mamat delivery yang diupah akan menghantarnya ke alamat yang diberi.
Selesai semua aku masukkan kek dan kek cawan ke dalam peti sejuk.Kek dan kek cawan yang ditempah akan di hantar esok.
Aku terduduk di lantai dapur setelah mengemas semuanya.Kamil yang meneguk air sejuk hanya memandang aku dengan senyuman.
End Flashback
Lamunan aku terhenti apabila suara Angah menjengah ruang pendengaran.
"Ari...Siap untuk solat subuh"arah angah.Aku membuat thumbs up.Angah kembali keluar dari bilik bacaan.Angah agak dingin sejak dua menjak ni..Dan cepat marah..Ia membuatkan aku hairan.
Angah ada masalah serius ke?aku mula menyoal hati.
^_^
Hari ini memang hari cuti sedunia.Uhuks....Actually hari ni hari ahad dan bakery tutup hari ni.Jadi aku menjalankan tugas untuk berseronok di atas katil empuk iaitu tidur lepas menyiapkan sarapan dan mengemas rumah yang akan tamat pada jam 8 pagi sebab aku memang pantas buat kerja rumah.Lagi-lagi memang Kak Long tolong sebab 2 minggu dia bercuti.Lepas 2 minggu tu dia balik hostel dia la.Cuma angah je ulang alik dari Klang ke Shah Alam.
Setelah siap semuanya,aku keluar berjoging bersama angah di tasik berdekatan dengan rumah.
Sepanjang perjalanan berjoging,aku dan Angah tak bercakap langsung.
"Angah....."panggilku untuk mencetuskan suasana antara kami.Angah memandangku sekilas lalu duduk di bangku berdekatan.Aku membontoti langkah Angah.
"Ari cakap ni...Angah jangan marah ya?"aku mula mengambil langkah berhati-hati.Angah hanya menangguk."Kenapa dengan angah?Sejak dua menjak ni...Angah macam nak larikan diri dari Ari,Kak long dan ayah...Angah selalu terperap dalam bilik...Ari bukan nak menyibuk tapi Ari rindukan angah...Angah yang selalu mengusik dan mengacau Ari buat Muffin sampai Muffin Ari bantat dan tak kembang...Ari rindukan semua tu...Tapi angah seakan tak ambil peduli tentang Ari...Angah ada masalah ke?Atau Ari ada buat silap pada Angah?Ari minta maaf sangat...Ari selalu buat salah pada angah"bebelku panjang.Air mata tak dapat dibendung lagi.Berjujuran air mata membasahi pipi.
Spontan tangan angah hinggap di kepala ku.Angah mengusap lembut kepala ku.
"Angah....Angah tak tahu nak cerita pada siapa..Jadi angah ambil keputusan untuk menyendiri...Angah tahu Ari mesti tak suka bila angah cakap tentang ni..."angah masih ingin berdalih.Aku menyeka air mata lalu menatap wajah angah.
"Sebenarnya...Angah putus cinta..."
YOU ARE READING
Choclate Muffin Untuk Dia
Fiksi RemajaPertemuan yang disebabkan 50 Choclate Muffin membuatkan Arilyn Sofea kalut..Buat tempahan last minute lepas tu nak delivery petang tu juga..Mana sempat!Itu la apa yang Arilyn geramkan. Disebabkan Choclate Muffin itu juga membuatkan Arilyn mengetahu...