GIGI KUNING
Hai semua.. Hari ni author nak kongsi fakta tentang gigi kuning. Mestikan kita selalu sangat tengok dekat cermin setiap hari, lagi- lagi lepas berus gigi sama ada gigi kita dah jadi putih ke tetap kuning macam biasa.
Hah..!!!!
Dekat sini author nak kongsi. Sebenarnya warna gigi secara semula jadinya bergantung kepada kulit kita. Kalau kamu semua perasaan. Biasanya orang yang berkulit hitam gigi mereka lebih putih.
Manakala, orang melayu macam kita ni yang kulit sawa matang biasanya memiliki gigi yang Agak kekuningan. Orang cina pula mempunyai gigi antara putih dan kekuningan.
Selain itu, perubahan pada warna gigi boleh disebabkan banyak faktor yang boleh dibahagikan kepada kesan ekstrinsik( luar) dan intrinsik (dalaman).
Ekstrinsik
Contoh daripada makanan. Sayur sayuran, kopi dan teh. Belum lagi yang merokok. Lagi cepat warna gigi berubah.
Intrinsik
Contoh faktor keturunan, trauma pada gigi. Yang boleh menyebabkan warna struktur dalaman gigi berubah.
Faktor lain gigi kuning.
1. Tidak gosok gigi.
Hah.. Ni mestilah.. Siapa suruh tak gosok gigi memang tak akan putih dengan bau lagi. Allahu.. 😂😂2. Minum minuman beralkohol wain, kopi dan teh secara berlebihan.
3. Merokok berlebihan.
4. Tidak membersih cebisab makanan yang tersekat pada gigi yang boleh menyebabkan makanan menjadi asid pada celahan gigi dan melemahkan gigi. Gigi menjadi kotor dan mudah membuat gigi bertukar warna.
5. Minum banyak air bergula.
YOU ARE READING
Inilah Fakta ✔
AcakSemua dalam ni adalah fakta yang di cari untuk memberi pendedahan kepada anda semua. Bukan hanya tentang manusia. Semua. Kalau anda ada fakta yang ingin di kongsikan. Boleh pm author ye. 😉