Dah seminggu aku sekolah sini. Entah kenapa aku rasa Jimin ikhlas nak berkawan dengan aku. Yang aku pulak, masih dengan perangai yang sama.
"Weh Hwamin, birthday kau bila?"
"19/2"
Jawabku tanpa memandang dia. Sesungguhnya, buku latihan english lebih menarik berbanding muka dia.
"Bulan depan lah kan? Aku akan jadi orang pertama yang wish!"
Papejelah Jimin.
"Mak ayah aku still yang pertama. Tolong jangan bangga sangat"
Dia diam. Sentap kot HAHAGAGAGA. Kesian pula jadi aku tanya dia balik
"Birthday kau?"
"Aku?!"
Ye kau lah babun. Aku bercakap dengan siapa lagi
"Ye"
Aku senyum kat dia. Ni kali pertama aku senyum kat namja. Sebelum ni aku senyum tapi tak pandang dia pun. Reaksi muka dia macam tahi.
"Birthday kite 13/10 lah sayang"
Ok aku menyampah. Baru kenal seminggu nak bersayang bagai.
"Kau tak bosan ke?"
"Tak bosan, seronok tengah dapatkan ilmu ni ha"
Hwamin, anda penipu besar. KELAS MATH PUN TIDUR. Dan dia diam lagi. Sentap la lelama. Kan bagus.
"Weh kau boleh tak layan aku dengan baik?"
"Kau bukan suami aku so diam"
"Memang lah tapi kita kan kawan, aku---"
"Bangun semua"
Cg Ku Man telah selamatkan aku dari mamat ni
"Macam mana? Kerja sekolah yang saya berikan tu, kamu semua dah siapkan ke belum?"
Hanya 1 dari 25 sahaja yang siap. Aku lah tu HAGAGGAAGA. Cg Ku Man mengangguk faham.
"Saya beri kamu masa 20 minit untuk siapkan, lepas tu hantar"
Omg baiknya Cg Ku Man, aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia. Ok stob Hwamin, anda tu hudoh.
"Weh Hwamin, nak tiru boleh?"
Aku pandang Jimin. Dia buat aegyo. Aku.taktahu.kenapa.tapi.dia.comel.bila.buat.aegyo. Seseorang tolong tampar aku
"Weh Hwamin, cepat lah"
Dengan bodohnya aku bagi buku aku kat dia. Ya Hwamin. Bodohnya anda. Kasi dia tiru. Bo---- *kena tampo*
______
Loveyou bebudak Bujing