Selepas seminggu berlalu, demam Jimin beransur pulih dan kembali ke sekolah.
"Hai Jimin, awak dah sihat?"
Jimin hanya diam dan duduk.
"Maaflah tak datang jenguk awak. Saya sibuk"
"Diam. Aku taknak cakap dengan kau"
Jineul terdiam.
"Awak kenapa ni? Ada masalah ke?"
"Awak?"
Jineul memegang bahu Jimin. Dia menepis kasar.
"Boleh tak kau diam? Aku semak lah dengar awak awak awak"
Jimin bangun dan meninggalkan Jineul di dalam kelas.
"Dia maybe stress, kau jangan amik hati sangat. Nanti dia ok lah tu"
Jin memujuk Jineul. Dia hanya mengangguk sambil menunduk.
"Nanti dia dah ok, kau tunggu je dia tegur dulu. Dia stress tak lama pun"
"Hm nae"
Jimin termenung seorang diri di rooftop.
Flashback
Jimin membaling barang di merata tempat tapi langsung tak kena Hwamin.
"Pergi!! Jangan ganggu aku!"
Hwamin menangis.
"Kenapa kau bunuh aku.."
Jimin menutup telinganya tapi suara Hwamin masih dapat didengari.
"Aku terseksa kat sini..."
"Jimin.. kenapa? kenapa kau bunuh aku.."
"JAWABLA!"
Hwamin menjerit sehingga pecah cermin rumahnya.
"Aku benci kau! Pergi!!"
Jimin menangis. Tak sanggup hadap semua ni.
"Aku...akan balas dendam Park Jimin.."
"ARGHHH AKU CAKAP PERGI!"
Hwamin smirk.
"Aku.. akan ada dengan kau setiap masa Jimin.."
"Aku akan pastikan... kau ikut aku"
Hwamin berubah wajah.
"Aku takkan biarkan kau hidup kat dunia ni.."
"Kau mesti ikut aku!"
Hwamin berundur dan hilang.
End Flashback
Jimin mengusutkan rambutnya.
"Jimin~ tsk.. tsk"
"Kenapa bunuh aku.."
Jimin menutup telinganya.
"Kenapa.."
"Jimin~"
Jimin menggeleng sambil menangis. Dia tak tahan.
"Jimin~"
"Pergi!!"
"Jimin?"
Jineul mendekati Jimin dan memeluknya.
"Pergi hantu! Pergi!! Jangan ganggu aku lagi!!"
Jineul memeluk Jimin erat.
"Ni saya lah!! Jineul!"
Jimin memandang Jineul dan memeluknya.
"J-jineul.. aku takut"
"Kenapa ni?"
Jineul mengusap belakang Jimin.
"A-aku takut.."
"Haih.. demam awak macam belum sembuh lagi je"
Jimin hanya diam. Dia menggigil. Jineul membawa Jimin ke bilik rawatan untuk berehat.
"Awak rest lah. Saya balik kelas dulu"
Jimin memegang tangan Jineul.
"T-teman aku"
___________