7

237 22 22
                                    

Fuh nasib lah Jimin lepas aku malam tadi. Kalau tak. Mati.

"Hi Hwamin"

Dia smirk di tempat duduknya sambil mengasah pensel tapi aku buat tak tahu ja.

"Kau ingat aku akan diam macam tu je? Tak"

Aku tak hiraukan kata-kata dia.

"Eh ala Ara dengan Aerin tak datang lagi. Kalau tak boleh tengok buku latihan Math diorang"

"Hoi pempuan"

Aku memandang dia tajam. DIA. PANGGIL. AKU. PEMPUAN? HOI AKU ADA NAMA. NAMA AKU SEDAP LAGI KOT.

"Panggil pempuan terus pandang, belum lagi panggil babi"

Dia tergelak. Dia ni psycho ke duh. Dulu happy-go-lucky je sekarang macam serial killer yang bakal bunuh aku tak lama lagi. Takut aku.

"Kau nak apa Jimin? Sudah lah"

"Aku cuma nak berkawan"

Tak habis-habis lagi ke. Desperate gila duh.

"Tapi memandangkan kau tak nak, aku dah plan nak buat aktiviti yang menarik"

"Pftt. Kau ni macam budak-budak l--"

"Ya memang."

Aku diam. Dia bangun dan datang mendekati aku.

"Aku akan buat kau sampai betul-betul terima aku jadi kawan kau"

"Sudah lah. Aku tak nak tu tak nak lah, jangan lah paksa"

"Aku tak kira Han Hwamin. Aku nak juga"

Nasib lah pelajar-pelajar lain dah masuk. Berpeluh aku hadap si Jimin ni. Argh stress.

Dia balik ke tempat dia sambil smirk. Sudah sudah aku menyampah dengan smirk kau Jimin.

"Kau asal ni Hwamin? Nampak stress je?"

Aku memandang Ara dan Aerin.

"Aku rasa nak nangis je weh"

"Asal ni? Cerita lah"

Jimin membaling penselnya sampai terkena kepala aku. Aku tak tahan. Aku bangun dan menampar dia.

Semua orang yang dah berada dalam kelas pandang aku dengan Jimin. Ya diorang semua terkejut. Angin singa Hwamin dah keluar uolls *tampar diri sendiri*

"Kau kenapa?! Boleh tak jangan ganggu aku?"

Dia memegang pipinya sambil memandang aku.

"Aku? Kacau kau? Haha"

"Kau kenapa Hwamin? Jimin tak pernah kot kacau yeoja semenjak dua menjak ni"

Ha kenapa pulak kawan sekelas yang lain nak bela Jimin? Diorang ni kena sampuk ke apa.

Sabar jelah Hwamin. Aku duduk di tempat aku semula. Aerin dan Ara dari tadi tercengang melihatku.

"Pegi mampus ah semua. Aku takda mood"

Aku tahu. Orang belakang tu tak habis-habis lagi smirk. Ah bencinya.

______

[C] Dendam 복수 + pjmWhere stories live. Discover now