Chapter 13:Taruhan

24 0 0
                                    

"sebenarnya.....".

************************************
***

Liyana berjalan menuju ke tempat perjumpaan rumah merah diadakan.

"Ramainya".kata Liyana Di dalam hati.

Lalu dia berjalan masuk ke kelas itu Dan duduk Di sebuah kerusi Yang sedia Ada.

"Ok sekarang Cikgu Akan memulakan perbincangan Merentas desa untuk minggu hadapan".

Liyana kurang memberikan perhatian kerana dia tahu dia bukan laa peserta Yang diharap untuk menang Merentas desa ini.

"Suka cita Cikgu memaklumkan bahawa ramai atlit Kita Yang terlibat dengan persediaan SPM,latihan sukan Dan hal kecemasan,jadi Liyana".

Liyana terkejut namanya dipanggil secara tiba tiba..

"Ya Cikgu".kata Liyana sambil berdiri.

"Seperti Yang awak tahu,awak seorang sahaja senior Yang Ada untuk Merentas desa bagi minggu hadapan".

"Jadi Cikgu?".

"Saya mahukan awak menang minggu hadapan demi nama rumah merah".

Lalu seorang pelajar bangun..

"Tapikan Cikgu..dia nih bukannya bagus dengan sukan.Lari 200 meter pon sudah mengah".

Perasaan sakit hati mula timbul Di hati Liyana..

Liyana memilih kesabaran daripada pertelingkahan..

Dia hanya mendiamkan dirinya..

Dia sedar dia tidak sehebat pelajar lain..mungkin keahlian dia Di rumah merah ini hanya kesilapan teknikal.

"Cikgu benarkan saya ke tandas".kata Liyana.

"Baiklah".

***************************************

"Ouhh sebab itu laa awak serius tentang Merentas desa ini".

Liyana menganggukkan kepalanya..

Tuk tuk..

Seorang pelajar mengetuk pintu bilik rawatan..

Dia membuka kasutnya Dan memasuki bilik itu..

Lalu berdiri Di hadapan Liyana..

"Aku sudah kata orang macam kau tidak layak menjadi ketua".

"Apa kau kata?!!".Zul menjadi berang mendengar kata pelajar itu.

"Kau nak lindungi dia? Selepas apa Yang dia sudah buat".kata pelajar itu.

Zul berdiri Dari kerusinya..

Rasa tidak puas hati menguasai dirinya..

"Maafkan aku".kata Liyana..

"Kau ingat dengan Minta maaf cukup ke?".

Zul terus mencekak Baju pelajar itu..

"Sekurang kurngnya dia mencuba daripada Lari daripada tugas dia".

"Zul!! Jangan mulakan pergaduhan".

Lalu Zul melepaskan genggaman tangannya.

"Aku sarankan engkau keluar Dari rumah Merah".

Surat cinta untukmuWhere stories live. Discover now